NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Berpolitik Atas Dasar Perintah Agama Dan Tuntutan Syahadah



oleh :Ustaz Dr Muhamad Zuhaili bin Dr Hj Saiman

19 ZulKaedah 1440H bersamaan 22 Julai 2019

▪️Pengenalan

Firman Allah SWT :

ŁˆَŲ„ِŲ°ْ Ł‚َŲ§Ł„َ Ų±َŲØُّŁƒَ Ł„ِŁ„ْŁ…َŁ„Ų§Ų¦ِŁƒَŲ©ِ Ų„ِŁ†ِّŁŠ Ų¬َŲ§Ų¹ِŁ„ٌ ŁِŁŠ Ų§Ł„Ų£Ų±ْŲ¶ِ Ų®َŁ„ِŁŠŁَŲ©ً Ł‚َŲ§Ł„ُŁˆŲ§ Ų£َŲŖَŲ¬ْŲ¹َŁ„ُ ŁِŁŠŁ‡َŲ§ Ł…َŁ†ْ ŁŠُŁْŲ³ِŲÆُ ŁِŁŠŁ‡َŲ§ ŁˆَŁŠَŲ³ْŁِŁƒُ Ų§Ł„ŲÆِّŁ…َŲ§Ų”َ ŁˆَŁ†َŲ­ْŁ†ُ Ł†ُŲ³َŲØِّŲ­ُ ŲØِŲ­َŁ…ْŲÆِŁƒَ ŁˆَŁ†ُŁ‚َŲÆِّŲ³ُ Ł„َŁƒَ Ł‚َŲ§Ł„َ Ų„ِŁ†ِّŁŠ Ų£َŲ¹ْŁ„َŁ…ُ Ł…َŲ§ Ł„Ų§ ŲŖَŲ¹ْŁ„َŁ…ُŁˆŁ†َ

Maksudnya : Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat: "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi". Mereka berkata: "Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu orang yang akan membuat kerusakan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami senantiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan menyucikan Engkau?" Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui.” - al-Baqarah : 30

Berdasarkan kepada ayat di atas, menjelaskan tanggungjawab yang dipundakkan ke atas manusia ialah selaku khalifah dalam mengurus tadbir bumi Allah SWT. Atas dasar tanggungjawab ini, penubuhan PAS sebagaimana yang termaktub dalam Perlembagaan PAS, pada fasal 5 menerangkan tujuan PAS iaitu :

"Memperjuangkan wujudnya di dalam negara ini sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana di dalamnya nilai-nilai hidup Islam dan hukum-hukumnya menuju keredhaan Allah. Mempertahankan kesucian Islam serta kemerdekaan dan kedaulatan negara."

Tuan Guru Dato Seri Abdul Hadi Awang di dalam penulisan kitab beliau yang berjudul “Bagaimana Islam Memerintah?” menjelaskan matlamat dan tanggungjawab penciptaan manusia ini atas 3 faktor :

1. Pengabdian diri selaku hamba Allah berdasarkan ayat 56 dalam Surah az-Zariyat.
2. Khalifah dalam urus tadbir bumi berdasarkan ayat 30 dalam Surah al-Baqarah.
3. Menggalas amanah berdasarkan ayat 72 dalam Surah al-Ahzab.

Justeru, politik termasuk dalam tanggungjawab ke atas manusia dari sudut kefahaman khalifah tersebut. Ini kerana Syeikh Abu Hasan Ali an-Nadwi mendefinisikan khalifah dengan :

Ų„Ł‚Ų§Ł…Ų© Ų§Ł„ŲÆŁŠŁ† ŁˆŲ³ŁŠŲ§Ų³Ų© Ų§Ł„ŲÆŁ†ŁŠŲ§ ŲØŁ‡

Maksudnya : “Menegakkan agama dan mengurus tadbir dunia dengannya (agama)”

▪️Politik Punca Kuasa Perlaksanaan Syariat Islam

Firman Allah SWT :

ŁˆَŁ„ْŲŖَŁƒُŁ†ْ Ł…ِŁ†ْŁƒُŁ…ْ Ų£ُŁ…َّŲ©ٌ ŁŠَŲÆْŲ¹ُŁˆŁ†َ Ų„ِŁ„َŁ‰ Ų§Ł„ْŲ®َŁŠْŲ±ِ ŁˆَŁŠَŲ£ْŁ…ُŲ±ُŁˆŁ†َ ŲØِŲ§Ł„ْŁ…َŲ¹ْŲ±ُŁˆŁِ ŁˆَŁŠَŁ†ْŁ‡َŁˆْŁ†َ Ų¹َŁ†ِ Ų§Ł„ْŁ…ُŁ†ْŁƒَŲ±ِ ۚ ŁˆَŲ£ُŁˆŁ„َٰŲ¦ِŁƒَ Ł‡ُŁ…ُ Ų§Ł„ْŁ…ُŁْŁ„ِŲ­ُŁˆŁ†َ

Maksudnya : Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang ma'ruf dan mencegah dari yang munkar; merekalah orang-orang yang beruntung. - Ali Imran ayat 104

Untuk mencapai cita-cita bagi menegakkan amar makruf nahi mungkar, ia tidak boleh dilaksanakan dengan sempurna dan menyeluruh kecuali mempunyai kuasa politik (kerajaan), kerana kerajaan sahaja yang boleh melaksanakan perintah dan larangan apatah lagi yang memerlukan punca kuasa bagi perlaksanaan sesuatu perundangan. Inilah yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW ketika berada di Madinah. Dalam Piagam Madinah, Baginda SAW telah meletakkan hukum tertinggi iaitu al-Quran dan al-Sunnah. Ia merupakan punca kuasa bagi perlaksanaan syariat.

Sehubungan itu, antara tanggungjawab dan peranan penting ahli politik selaku Ahli Parlimen dan juga Ahli Dewan Undangan Negeri yang berada dalam Dewan Rakyat atau Dewan Undangan Negeri yang menjadi tempat bagi menggubal, meminda atau menambah sesuatu punca kuasa, mestilah berbahas agar :

Menggubal Akta atau mana-mana Enakmen yang menjadi halangan kepada perlaksanaan sesuatu syariat Islam.
Menyokong kelulusan Akta atau mana-mana Enakmem yang membawa kebaikan kepada negara dan rakyat selagi tidak bercanggah dengan syariat.
Membantah pindaan sebarang Akta atau mana-mana Enakmen yang bercanggah dengan syariat serta memberikan kesan negatif kepada negara dan kehidupan rakyat.

Tanpa punca kuasa dari sudut penguatkuasaan, maka perlaksanaan tidak boleh dijalankan. Sebagai contoh dalam isu undang-undang jenayah Islam yang terbatas bidangkuasa Mahkamah Syariah pada Akta 355. Sekalipun Enakmen telah digubal di negeri yang PAS terajui seperti di Kelantan namun bidangkuasa negeri adalah terbatas selagi tidak melampaui bidangkuasa Persekutuan sebagaimana yang dinyatakan dalam Perlembagaan pada Perkara 75.

Justeru, dalam konteks kenegaraan masa kini, Syeikh Dr Yusuf al-Qaradhawi di dalam kitabnya yang berjudul “Jarimah al-Riddah Wa ‘Uqubatuha” menyatakan bahawa kewajipan bagi sesuatu perlaksanaan syariat dibahagikan kepada dua peringkat iaitu :

1. Kewajipan individu. Peringkat ini individu wajib melaksanakan sesuatu kewajipan atas dirinya seperti ibadah solat dan puasa.

2. Kewajipan pemerintah. Peringkat ini memerlukan kuasa, tanpa kuasa perlaksanaan tidak mampu dilaksanakan seperti perundangan jenayah Islam.

▪️Politik Atas Dasar Perintah Agama

Firman Allah SWT :

Ų£َŁ„َŁ…ْ ŲŖَŲ±َ Ų„ِŁ„َŁ‰ Ų§Ł„َّŲ°ِŁŠŁ†َ ŁŠَŲ²ْŲ¹ُŁ…ُŁˆŁ†َ Ų£َŁ†َّŁ‡ُŁ…ْ Ų¢Ł…َŁ†ُŁˆŲ§ ŲØِŁ…َŲ§ Ų£ُŁ†ْŲ²ِŁ„َ Ų„ِŁ„َŁŠْŁƒَ ŁˆَŁ…َŲ§ Ų£ُŁ†ْŲ²ِŁ„َ Ł…ِŁ†ْ Ł‚َŲØْŁ„ِŁƒَ ŁŠُŲ±ِŁŠŲÆُŁˆŁ†َ Ų£َŁ†ْ ŁŠَŲŖَŲ­َŲ§ŁƒَŁ…ُŁˆŲ§ Ų„ِŁ„َŁ‰ Ų§Ł„Ų·َّŲ§ŲŗُŁˆŲŖِ ŁˆَŁ‚َŲÆْ Ų£ُŁ…ِŲ±ُŁˆŲ§ Ų£َŁ†ْ ŁŠَŁƒْŁُŲ±ُŁˆŲ§ ŲØِŁ‡ِ ŁˆَŁŠُŲ±ِŁŠŲÆُ Ų§Ł„Ų“َّŁŠْŲ·َŲ§Ł†ُ Ų£َŁ†ْ ŁŠُŲ¶ِŁ„َّŁ‡ُŁ…ْ Ų¶َŁ„َŲ§Ł„ًŲ§ ŲØَŲ¹ِŁŠŲÆًŲ§

Maksudnya : “Apakah kamu tidak memperhatikan orang-orang yang mengaku dirinya telah beriman kepada apa yang diturunkan kepadamu dan kepada apa yang diturunkan sebelum kamu? Mereka hendak berhakim kepada thaghut, padahal mereka telah diperintah mengingkari thaghut itu. Dan syaitan bermaksud menyesatkan mereka (dengan) penyesatan yang sejauh-jauhnya. “ - an-Nisa’ ayat 60

Penglibatan umat Islam dalam medan politik bertujuan membebaskan kuasa dan pemerintahan daripada tangan golongan yang khianat kepada tangan mereka yang amanah serta bersih dari sifat takabbur yang mampu memimpin ummah dan kemanusiaan untuk menuju kecemerlangan di dunia dan di akhirat. Seterusnya membumikan ilmu siyasah syar’iyyah dalam membentuk acuan politik yang sering dianggap lubuk kekotoran kepada ladang akhirat.

Inilah yang disebutkan oleh Syeikh Mustafa Masyhur di dalam penulisan bukunya “Toriq al-Dakwah Baina al-Asolah Wa al-Inhiraf” iaitu :

Membebaskan negara dari sebarang jajahan ideologi yang bertentangan syariah.
Mendirikan negara dengan pengisian dari syariat Islam.

Prof Zulkifli Muhammad secara tegas menyatakan hasrat PAS dalam mendirikan sebuah negara Islam iaitu :

“Salah besar hukumnya bagi orang Islam duduk di bawah penjajahan asing yang tidak seagama dengannya. Sebab itu umat Islam adalah diwajibkan oleh Tuhannya memperjuangkan kemerdekaan bagi melepaskan dirinya dari ikatan penjajah. Nyatalah bahawa memperjuangkan kemerdekaan itu bagi umat Islam dan parti politik Islam, bukan sahaja merupakan kewajipan perintah agama, perintah Tuhan yang mesti dijunjung dan dilaksanakan.”

Politik atas dasar perintah agama adalah dengan mengembalikan semula sistem politik, pentadbiran dan pemerintahan negara mengikut lunas-lunas siyasah syar’yyah di dalam Islam. Politik Islam tidak hanya mahu “menggantikan kulit sahaja dengan mengekalkan isi yang sama warisan dari ideologi Barat” tetapi adalah untuk memastikan Malaysia tertegak sebagai sebuah negara Islam yang mengamalkan syariat Islam secara menyeluruh. Di sinilah peranan penting yang membezakan politik Islam dengan parti-parti politik lain yang mengamalkan politik konvensional berkiblatkan Rumah Putih Washington.

Politik Islam yang diamalkan adalah sebagai jihad untuk pasak keyakinan dengan kefahaman yang jelas kepada rakyat bahawa penyelesaian mestilah hanya dengan Islam. Selain Islam, masalah tidak akan selesai bahkan akan timbul masalah yang lain. Inilah penekanan yang pernah diberikan Tuan Guru Presiden, Dato Seri Abdul Hadi Awang dalam kitab beliau yang berjudul “Islam : Fikrah, Harakah & Daulah” iaitu :

“Tidak dapat dinafikan bahawa Malaysia adalah negara yang menjadi hak milik ummat Islam. Yang keduanya, kita menyedari bahawa masalah masyarakat majmuk di Malaysia adalah satu realiti dan memerlukan penyelesaian. Penyelesaian dengan cara materialisme, dengan kata lain, penyelesaian dengan cara ekonomi, cara kebudayaan, cara politik dalam makna yang sempit, gagal menyelesaikan masalah masa depan Malaysia. Bagi kita, penyelesaian yang dapat diterima oleh semua manusia ialah penyelesaian secara Islam. Ini kerana Islam merupakan agama sejagat.”

▪️Politik Menyempurnakan Tuntutan Syahadah

Syeikh Dr Yusuf al-Qaradhawi di dalam kitabnya yang berjudul “Jarimah al-Riddah Wa ‘Uqubatuha” menyatakan bahawa dalam asas tauhid pada syahadah Ł„Ų§ Ų„Ł„Ł‡ Ų„Ł„Ų§ Ų§Ł„Ł„Ł‡ iaitu “Tiada Tuhan melainkan Allah SWT” terdapat 3 unsur asas dalam menjelaskannya. 3 unsur ini dimuatkan di dalam satu surah di dalam al-Quran, iaitu surah Al-An’am :

1. Ų£Ł† ŁŠŁƒŁˆŁ† Ų§Ł„Ł„Ł‡ Ų±ŲØŲ§
iaitu tidak ada Tuhan melainkan Allah SWT.

Firman Allah SWT :

Ł‚ُŁ„ۡ Ų£َŲŗَŪŒۡŲ±َ Ł±Ł„Ł„َّŁ‡ِ Ų£َŲØۡŲŗِŪŒ Ų±َŲØࣰّŲ§ ŁˆَŁ‡ُŁˆَ Ų±َŲØُّ ŁƒُŁ„ِّ Ų“َŪŒۡŲ”ࣲۚ

Maksudnya “Katakanlah (wahai Muhammad) : “Apakah (patut) aku mencari tuhan selain Allah, padahal Dialah tuhan bagi segala sesuatu.” (Surah al-An’am : 164)

2. Ų£Ł† ŁŠŁƒŁˆŁ† Ų§Ł„Ł„Ł‡ ŁˆŁ„ŁŠŲ§
iaitu tidak ada wali (pelindung) melainkan Allah SWT.

Firman Allah SWT :

Ł‚ُŁ„ۡ Ų£َŲŗَŪŒۡŲ±َ Ł±Ł„Ł„َّŁ‡ِ Ų£َŲŖَّŲ®ِŲ°ُ ŁˆَŁ„ِŪŒࣰّŲ§ ŁَŲ§Ų·ِŲ±ِ Ł±Ł„Ų³َّŁ…َŁ€ٰŁˆَ ٰ⁠ŲŖِ ŁˆَŁ±Ł„ۡŲ£َŲ±ۡŲ¶ِ ŁˆَŁ‡ُŁˆَ ŪŒُŲ·ۡŲ¹ِŁ…ُ ŁˆَŁ„َŲ§ ŪŒُŲ·ۡŲ¹َŁ…ُۗ

Maksudnya : “Katakanlah (wahai Muhammad) : “Apakah aku akan menjadikan pelindung selain Allah yang menjadikan langit dan bumi, padahal Dia memberi makan dan tidak diberi makan”. (Surah al-An’am : 14)

3. Ų£Ł† ŁŠŁƒŁˆŁ† Ų§Ł„Ł„Ł‡ Ų­Ų§ŁƒŁ…Ų§
iaitu tidak ada hukum yang wajib diikuti melainkan hukum Allah SWT.

Firman Allah SWT :

Ų£َŁَŲŗَŪŒۡŲ±َ Ł±Ł„Ł„َّŁ‡ِ Ų£َŲØۡŲŖَŲŗِŪŒ Ų­َŁƒَŁ…ࣰŲ§ ŁˆَŁ‡ُŁˆَ Ł±Ł„َّŲ°ِŪŒۤ Ų£َŁ†Ų²َŁ„َ Ų„ِŁ„َŪŒۡŁƒُŁ…ُ Ł±Ł„ۡŁƒِŲŖَŁ€ٰŲØَ Ł…ُŁَŲµَّŁ„ࣰŲ§ۚ ŁˆَŁ±Ł„َّŲ°ِŪŒŁ†َ Ų”َŲ§ŲŖَŪŒۡŁ†َŁ€ٰŁ‡ُŁ…ُ Ł±Ł„ۡŁƒِŲŖَŁ€ٰŲØَ ŪŒَŲ¹ۡŁ„َŁ…ُŁˆŁ†َ Ų£َŁ†َّŁ‡ُŪ„ Ł…ُŁ†َŲ²َّŁ„ࣱ Ł…ِّŁ† Ų±َّŲØِّŁƒَ ŲØِŁ±Ł„ۡŲ­َŁ‚ِّۖ ŁَŁ„َŲ§ ŲŖَŁƒُŁˆŁ†َŁ†َّ Ł…ِŁ†َ Ł±Ł„ۡŁ…ُŁ…ۡŲŖَŲ±ِŪŒŁ†َ

Maksudnya : “(Katakanlah wahai Muhammad): "Patutkah aku (terpedaya dengan kata-kata dusta Syaitan-syaitan itu sehingga aku) hendak mencari hakim selain dari Allah, padahal Dia lah yang menurunkan kepada kamu kitab Al-Quran yang jelas nyata kandungannya satu persatu (tentang yang benar dan yang salah)?" Dan orang-orang yang Kami berikan kitab, mengetahui bahawa al-Quran itu adalah diturunkan dari Tuhanmu dengan sebenar-benarnya. Oleh itu, jangan sekali-kali engkau menjadi (salah seorang) dari golongan yang ragu-ragu.” (Surah al-An’am : 114)

Yang dimaksudkan dengan unsur yang ketiga tersebut ialah tidak mencari hukum yang selain daripada hukum yang diturunkan oleh Allah SWT sebagai undang-undang dalam kehidupan. Wajib bagi manusia sekalian untuk membuang atau menolak kepatuhan bagi segala hukum-hakam selain hukum Allah SWT dan yang bertentangan dengan-Nya. Ini termasuklah peraturan dan perundangan yang bercanggah dengan syariat Islam.

Lantaran itu, politik yang menjadi punca kuasa sesuatu perundangan adalah untuk melaksanakan hukum dan syariat Allah menerusi perundangan yang dibentuk. Tanpa politik, perlaksanaan hukum dan syariat yang memerluakan punca kuasa perundangan tidak mampu dilaksanakan.

▪️Penutup

Fokus utama kita pada masakini ialah memberikan kepada umat Islam untuk terlibat dalam politik dengan kefahaman yang sahih. Dalam masa yang sama, membersihkan kecelaruan bahawa politik itu jijik agar umat Islam tidak menjauhinya kerana akan merugikan ummah apabila urusan politik dikuasai oleh golongan kafir dan kalangan mereka yang berideologi Barat.

Sehubungan itu, sewajarnya para asatizah menekankan fokus ini. Ini kerana telah jelas, politik adalah :

1. Punca kuasa perlaksanaan syariat.
2. Atas dasar perintah agama.
3. Menyempurnakan tuntutan syahadah.

Justeru, para asatizah diperingatkan agar tidak menjadi lidah yang mengelirukan masyarakat dengan persoalan-persoalan yang dipersepsikan sehingga kefahaman masyarakat bercelaru. Ini dapat dilihat pada dakwaan karut yang menjadi persepsi jahat seperti dakwaan takfir, parti tertentu adalah agama, taaksub dan sebagainya. Dakwaan persepsi tersebut seakan sengaja diulang-ulang bagi menimbulkan kebencian terhadap PAS secara sengaja dan terancang.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo