NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Surat terbuka 14 NGO bantah lantikan Rania Zara



Kepada:

YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad
Menteri Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) Kompleks E
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62590 Putrajaya, Malaysia
10hb Julai 2019

Perkara: Bantahan terhadap Perlantikan ahli CCM oleh Kementerian Kesihatan Malaysia

Assalamualaikum wrt wbt

Merujuk kepada Kenyataan Akhbar Timbalan Menteri Kesihatan Malaysia, Dr Lee Boon Chye, Kami NGO-NGO Islam ingin menyuarakan bantahan terhadap perlantikan Rania Zara Medina sebagai ahli Country Coordinating Mechanism (CCM) Malaysia untuk penggal 2019-2021.

Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan menyebut

“Islam ialah agama bagi Persekutuan; tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana Bahagian Persekutuan”, atau dalam teks asalnya “Islam is the religion of the federation” yang melambangkan identiti Malaysia sebagai negara Islam di dalam perundangan negara.

Apabila Islam diletakkan dalam kedudukan yang tinggi dalam perlembagaan, Islam bukan sekadar menjadi agama untuk upacara keraian atau acara rasmi sahaja bahkan Islam adalah agama negara yang hendaklah diambil berat keberadaannya dalam membentuk polisi pentadbiran dan hala tuju negara.

Oleh itu, perlantikan Rania yang merupakan seorang aktivitis transgender yang tegar memperjuangkan cara hidup LGBT yang songsang serta menyimpang dari ajaran AlQuran serta Sunnah Rasulullah saw. adalah satu tindakan yang seolah-oleh memberi pengiktirafan kepada cara hidup yang haram ini secara terang-terangan.

Sebagai contoh, di dalam FB beliau (Sila rujuk lampiran – Bukti kenyataan-kenyataan Rania dalam FB), Rania tanpa segan silu dan penuh kebanggaan menyatakan sokongan terhadap cara hidup LGBT seperti perkahwinan sesama jantina (same sex marriage). Kedua, Rania secara konsisten memberi pandangan bahawa transgender adalah satu simptom yang timbul secara semulajadi sejak kelahiran. Golongan transgender sering menggunakan masalah Gender Identity Disorder(GID) yang dihadapi oleh mereka sebagai alasan supaya tidak dikenakan tindakan dan hukuman di bawah undang-undang Syariah, iaitu hukum yang bersandarkan dalil al-Quran dan as-Sunnah serta fatwa yang telah dikeluarkan oleh Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan. Peruntukan undang-undang ini diguna pakai di Malaysia terhadap orang-orang Islam dari golongan transgender, berkenaan isu pertukaran jantina.

Walaubagaimanapun, merujuk kepada Diagnostic and Statistical Manual Mental Disorder, versi DSM III, Gender Identity Disorder (GID) diklasifikasikan sebagai psychosexual disorder, malah homosexual juga turut termasuk dibawah katergori ini. Manakala versi dalam DSM IV, GID telah diklasifikasikan semula sebagai mental disorder yang tersendiri, dan homosexual telah terkeluar dari klasifikasi disorder. Namun, didalam versi DSM V istilah Gender Identity Disorder (GID) tidak lagi wujud dan telah dikeluarkan dari senarai mental disorder. Sebaliknya istilah Gender Dysphoria diperkenalkan didalam versi DSM V. Dysphoria bukan lagi disorder, perasaan tidak puas hati dan bukan lagi kecelaruan mental. Oleh itu, sebarang hujah yang mengatakan golongan mak nyah dan transgender ini mengalami kecelaruan mental dan mereka haruslah dikecualikan dari tindakan undang-undang Syariah adalah merupakan hujah yang tidak tepat dan tidak kukuh sama sekali.

Pandangan Islam tentang perlakuan transgender adalah jelas dan tegas. Menurut S.S. Dato' Seri Dr. Zulkifli bin Mohamad Al-Bakri, Mufti Wilayah Persekutuan, di dalam agama Islam perlakuan transgender atau tasyabbuh (penyerupaan) adalah tetap HARAM bahkan salah satu dosa besar kerana telah sabit nas-nas syar’ie bahawa Allah SWT melaknat orang yang melakukannya.

Dari Ibn ‘Abbas R.Anhuma dalam sabda Baginda SAW:

Maksudnya: Nabi SAW telah melaknat lelaki yang menyerupai perempuan dan orang-orang perempuan yang menyerupai lelaki.

Ibn al-Athir berkata: Al-Mutarajjilat ialah perempuan yang menyerupai lelaki dari segi pakaian dan keadaannya. Al-Mukhannath pula ialah lelaki yang menyerupai perempuan. [Al-Nihayah fi Gharib al-Hadith wa al-Athar, Dar al-Fikr, 2/203]

• Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia yang bersidang Kali Ke-4 pada 13 hingga 14 April 1982 telah membincangkan Pertukaran Jantina dari Lelaki Kepada Perempuan dan memutuskan bahawa:

i. Pertukaran jantina dari lelaki kepada perempuan atau sebaliknya melalui pembedahan adalah haram di segi syarak.

ii. Seseorang yang dilahirkan lelaki, hukumnya tetap lelaki walaupun ia berjaya ditukarkan jantinanya melalui pembedahan.

iii. Seseorang yang dilahirkan perempuan, hukumnya tetap perempuan walaupun ia berjaya ditukarkan jantinanya melalui pembedahan.

iv. Seseorang yang dilahirkan ‘khunsa musykil’ iaitu manusia yang dilahirkan mempunyai dua alat kemaluan lelaki dan perempuan, diharuskan melakukan pembedahan bagi mengekalkan salah satu alat jantina yang benar-benar berfungsi dan dapat digunakan mengikut keadaan yang sesuai.

• Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-25 yang bersidang pada 13 Dis 1989 telah membincangkan Kedudukan Mak Nyah Dalam Islam. Muzakarah telah membuat keputusan seperti berikut:

i. Pertukaran jantina dari lelaki kepada perempuan atau sebaliknya melalui pembedahan adalah haram dari segi syarak, dan

Di sini kami ingin menyebut beberapa Fatwa dan Akta berkaitan LGBT iaitu:

FATWA

ii. Seseorang yang dilahirkan khunsa musykil iaitu manusia yang dilahirkan mempunyai dua alat kemaluan lelaki dan perempuan diharuskan pembedahan bagi mengekalkan salah satu alat jantina yang benar- benar berfungsi supaya dapat digunakan mengikut keadaan yang sesuai.

AKTA/ENAKMEN

•Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 adalah seperti berikut:

i. Seksyen 25. Liwat: Mana-mana orang lelaki yang melakukan liwat

adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau disebat tidak melebihi enam sebatan atau dihukum dengan mana-mana kombinasi hukuman itu.

ii. Seksyen 26. Musahaqah. Mana-mana orang perempuan yang melakukan musahaqah adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau disebat tidak melebihi enam sebatan atau dihukum dengan mana-mana kombinasi hukuman itu.

iii. Seksyen 28. Orang lelaki berlagak seperti perempuan. Mana-mana orang lelaki yang memakai pakaian perempuan dan berlagak seperti perempuan di mana-mana tempat awam atas tujuan tidak bermoral adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi satu ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.

Enakmen Jenayah Syariah Negeri Sembilan 1992

Seksyen 66. Lelaki berlagak seperti perempuan. Mana-mana orang lelaki yang memakai pakaian perempuan atau berlagak seperti perempuan di mana-mana tempat awam adalah melakukan satu kesalahan dan hendaklah apabila disabitkan dikenakan hukuman denda tidak melebihi satu ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.

•Berdasarkan laporan Sektor HIV/STI pada tahun 2018, Bahagian Kawalan Penyakit, Kementerian Kesihatan, sebanyak 1,697 individu yang mengamalkan tabiat seks songsang seperti homoseksual dan biseksual adalah sebahagian daripada 3,347 kes HIV baharu dicatatkan pada tahun sebelumnya. Statistik menunjukkan golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) merupakan kelompok tertinggi dijangkiti HIV yang mewakili 50.7% kes baharu (atau 1,697 orang) dilaporkan sepanjang 2017 lalu (2000 – 63 kes; 2016 – 1,553 kes). Jumlah ini adalah 14 kali ganda lebih tinggi berbanding individu yang mengambil dadah melalui IDU.

Jika kita bersungguh-sungguh mengistiharkan dadah sebagai musuh utama negara kerana akibat buruknya pada masyarakat, maka adalah lebih patut kita serius memerangi cara hidup LGBT, seperti perlakuan transgender, di negara ini kerana akibat buruknya. Ianya bukan sahaja menjadi sebab penyebaran virus HIV dan penyakit AIDS, bahkan lebih daripada itu cara hidup LGBT bercanggah dengan fitrah kejadian manusia, ajaran agama serta budaya masyarakat di Malaysia.

Sebagai kesimpulan, kami dengan tegas mencadangkan agar pihak kerajaan secara amnya serta KKM secara khususnya lebih prihatin dan serius tentang individu yang dilantik sebagai wakil kumpulan sasaran dalam CCM. Sebaik-baiknya wakil yang dilantik perlulah seseorang yang dapat mengimbangi pandangan dari kedua-dua perspektif, iaitu dari sudut pandang golongan transgender yang mengamalkan cara hidup songsang, dari juga dari sudut pandang transgender yang telah berhijrah dan kembali ke pangkal jalan. Jika kita bersungguh-sungguh mengisytiharkan dadah sebagai musuh utama negara kerana akibat buruknya, maka lebih patut lagi kita serius memerangi perlakuan LGBT di negara ini juga kerana akibat buruknya; bukan sahaja kerana menjadi sebab penyebaran HIV/Aids, lebih daripada itu kerana ia bersalahan dengan fitrah kejadian manusia dan bercanggah dengan ajaran agama serta budaya kita.

Perlantikan Rania adalah berat sebelah kepada sudut pandang golongan pertama, dan ianya tidak adil pada mereka yang ingin berhijrah dan sedang berusaha memperbaiki diri. Ini adalah sangat penting kerana wakil tersebut tentunya pernah mengalami kesan perbuatannya di masa lampau, dan dalam masa yang sama mempunyai pengetahuan mengenai bagaimana golongan tersebut dapat dibantu kembali ke cara hidup yang sihat dan berdasarkan fitrah Ilahi. Kriteria lain yang perlu diambil kira untuk melantik wakil dari kalangan kumpulan sasaran adalah:

1. Peka dalam isu yang dihadapi komuniti dari pelbagai sudut pandangan – bukan sahaja satu pandangan sahaja,

2. FahamtentangKebajikandanRawatanyangdiperlukanolehkomuniti,

3. Faham serta mempunyai ilmu tentang kedua-dua hukum Syarie dan Sivil, dan

4. Faham serta mempunyai ilmu tentang perundangan yang berkaitan komuniti.

Sekian. Terima kasih

Ikhlas Daripada:

Gabungan NGO-NGO Islam

1. Association of Muslima for Nurture and Advocacy
2. PertubuhanMyHawaMalaysia(MyHawa)
3. Pertubuhan Nur Fitrah (Nur Fitrah)
4. SahabatMuslimahSaidatinaAisyah(SMSAisyah)
5. PersatuanKebajikanWanitaIslamSelangor(BAKEWANIS)
6. Pertubuhan Kebajikan Wanita Erat Perak (ERAT)
7. Pertubuhan Kebajikan Wanita Kuala Lumpur (PERKAWATI CARE)
8. Persatuan Wanita Berdaya Hulu Selangor (PERWADAH)
9. PersatuanKebajikanKhadijahMalaysia(KhadimahCare)
10.Persatuan Prihatin Pandan Selangor (Prihatin Pandan) 11.Pertubuhan Isteri-Isteri Hulu Langat (PENYERI)
12.Sinergi Gerakan Mahasiswi (SIGMA)
13.Pertubuhan Nisa’ Malaysia (Nisa’ Malaysia)
14.Pertubuhan Kebajikan Warisan Feldawati Malaysia (Feldawati)

12-1, Tingkat, 1, Jalan Dagang SB 4/1, Taman Sungai Besi Indah, 43300 Seri Kembangan, Selangor Email: ngoamna.my@gmail.com

No. Talifon: +6013 637 9836

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo