Awasi Gerakan Sabotaj: Keikhlasan Berjuang Meningkatkan Kepercayaan Ummah.


Oleh : Nasrudin bin Hassan

https://m.facebook.com/serbandililit
27 Syawal 1440 | 01 Julai 2019

1. Tidak mudah untuk menjadi seorang pejuang yang berprinsip. Hanya pejuang yang ikhlas mampu merealisasikan prinsip perjuangannya.

2. Demikian juga tidak mudah seorang ahli politik mahu menyandang status pejuang. Hanya ahli politik yang ikhlas akan berjuang sungguh-sungguh menunjangi prinsip perjuangannya.

3. Mutaakhir ini, timbul isu wajib jatuhkan PH yang kemudiannya diangkat menjadi Fatwa oleh mereka. Asasnya ia bukan isu dan fatwa pun. Hanya bermula dari ucapan Ketua Dewan Ulamak PAS Malaysia di Muktamar PAS baru-baru ini, yang menyebut bahawa PH wajib dijatuhkan.

4. Kemudiannya ucapan itu digembar-gemburkan oleh beberapa pimpinan PH dan media, lalu ia menjadi isu yang diperdebatkan oleh awam.

5. Tahniah saya ucapkan kepada Ketua Dewan Ulamak PAS Malaysia (DUPM). Lantaran sedutan ucapannya menjadi isu, maka pelbagai pihak mula bahas dan mencari apakah asas, point, hujjah dan dalil bahawa PH wajib dijatuhkan ?

6. Saya gembira. Bila semua pihak bahas dan membicarakan isu kenapa wajib PH dijatuhkan, Insyaallah sedikit masa lagi mereka akan lebih jelas malah menemui jawapan kenapa PH wajib dijatuhkan. Apa yang saya bimbang kalau masyarakat tidak mahu bincang, bahas dan mencari jawapannya.

7. Kesempatan ini saya tidak bermaksud nak mengheret perbahasan mengenai isu wajib jatuhkan PH. (Insyaallah, hal itu saya angkat pada kesempatan akan datang. Saya yakin, buat masa ini masyarakat sedia memahami kenapa Ketua DUPM berkata, PH wajib dijatuhkan.)

8. Apa yang saya mahu tegaskan pada kesempatan ini, agar gerakan Perpaduan Ummah mesti terus disemarakkan tanpa ragu untuk menjatuhkan PH. Juga tidak perlu teragak-agak dalam menentukan sikap ini, terutama saat mendepani tindakan politik pihak PH yang kini semakin terdesak dan tersedak.

9. Mereka mahu supaya Perpaduan Ummah ini bergerak perlahan. Kalau boleh, mereka mahu gagalkan perpaduan atau Muafakat Ummah antara PAS dan UMNO khasnya dan BN amnya.

10. Saya percaya mereka akan lancarkan gerakan sabotaj. Sebahagian yang tidak ikhlas niat perjuangannya, mungkin akan mudah terpedaya lalu hilang harap mereka kepada gerakan Perpaduan Ummah ini.

11. Jangan pandang kecil pada kilauan pangkat, kedudukan dan janji wang ringgit yang ditabur. Paling tidak, ia menjadi agen sabotaj yang boleh melambatkan perjalanan dan menghilangkan kepercayaan ramai.

12. Saya tegaskan sekali lagi, hanya keikhlasan berjuang menjadi benteng kukuh dari ancaman gerakan sabotaj ini. Tanpa ikhlas, lahirlah golongan yang tiada arah tuju (muzabzabin) dan golongan yang ragu (was-was).

13. Perlu diingatkan jua, bahawa gerakan sabotaj seperti ini seringkali disambut sebahagian “pejuang” tanpa sedar. Terutama disambut oleh mereka yang tidak sabar dalam perjuangan. Mengharapkan kemenangan yang cepat dan keuntungan duniawi yang berlipat.

14. Sementara pencetus dan penggerak sabotaj pula adalah terdiri dari musuh perjuangan ini dan bonekanya yang terpedaya dengan pangkat dan kedudukan yang dijanjikan.

“Pejuang” Yang Lemah Sering Menjadi Mangsa Sabotaj.

Sekian.
Labels:
Reactions:

Post a Comment

[blogger]

1Mediaonline

{facebook#facebook.com/1mediaonline} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget