NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Apakah warga China begitu bijak atasi tokoh korporat negara?


BANGI, 29 Syawal 1440H, Selasa – “Malaysia bukan saja ketandusan pekerja bawahan sehingga ada cadangan nak bawa pekerja dari Afrika, tetapi rupa-rupanya negara juga ketandusan tokoh korporat.

“Agaknya begitulah nasib negara, malang sekali sehingga terpaksa bergantung kepada kepakaran luar,” sindir Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), sebuah pertubuhan Melayu Islam sederhana, Haji Aminuddin Yahaya.

Beliau berkata demikian mengulas pelantikan dua warga China sebagai anggota Lembaga Pengarah Khazanah Nasional Bhd baharu berkuat kuasa 26 Jun 2019.

Individu berkenaan adalah Pengasas SenseTime dan profesor di Chinese University of Hong Kong, Profesor Xiao’ou Tang serta, Naib Presiden Eksekutif dan Pengerusi Pemasaran Kumpulan serta Penjenamaan Global, Tencent Holding Company Limited, Lau Seng Yee.

“Khazanah mengalu-alukan pelantikan anggota lembaga pengarah yang baharu ini dan berharap akan dapat terus bekerja dengan kami yang diketuai oleh Pengerusi, Tun Dr Mahathir Mohamad (yang juga Perdana Menteri) untuk memenuhi mandat sebagai dana kekayaan berdaulat Malaysia,” kata Khazanah dalam satu kenyataan semalam.

Kecewa dengan pelantikan itu, Haji Aminuddin Yahaya yang juga Pengerusi Gerakan Pembela Ummah (UMMAH) berkata, Khazanah bukanlah sebuah entiti syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang kecil dan biasa, tetapi adalah’investment arm’ negara yang memiliki aset berbilion ringgit.

Malah katanya, ia juga membabitkan pelaburan strategik yang seharusnya menjadi strategi negara bagi memastikan pulangan yang lumayan untuk menampung keperluan negara.

“Justeru, apakah dengan adanya orang luar akan dapat menjamin kerahsiaan dan memberi manfaat yang wajar kepada negara atau hanya akan berlaku ‘conflict of interest’?

“Apakah mereka ini begitu bijak sehingga mengatasi kebijakan tokoh-tokoh korporat negara? Apa lagi yang tinggal kepada anak bangsa?,” soalnya.

Sumber: https://www.ismaweb.net/2019/07/02/apakah-warga-china-begitu-bijak-atasi-tokoh-korporat-negara/

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo