NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Abe menang majoriti kerusi di Dewan Negara Jepun

Perdana Menteri Jepun Shinzo Abe. (Gambar AFP)

TOKYO: Gabungan parti pemerintah Jepun pada Ahad memenangi majoriti kerusi dalam pemilihan Dewan Negara, lapor agensi berita Turki Anadolu memetik media tempatan.

Bagaimanapun, rancangan Perdana Menteri Jepun Shinzo Abe untuk meminda perlembagaan negara itu gagal kerana beliau tidak dapat mengekalkan majoriti 2/3 di Parlimen, lapor Kyodo News.

Menyentuh perkara itu, Abe menyambut baik keputusan tersebut dan berkata rakyat memilih kestabilan politik.

"Kami mendapat mandat untuk meneruskan haluan politik kami," Abe dipetik Kyodo News sebagai berkata.

Keputusan rasmi dijangka diumumkan dalam tempoh seminggu.

Sejumlah 17.6 juta orang menunaikan tanggungjawab mereka dengan keluar mengundi.

Abe, yang memegang jawatan pada 2012 berkata, beliau tidak bercadang bertanding untuk tempoh sepenggal lagi pada pilihan raya umum 2021 dan berharap mempunyai peluang untuk meminda perlembagaan Jepun.

Jika satu lagi parti menyokong gabungan pemerintah semasa, Abe boleh mendapat majoriti 2/3 yang diperlukan untuk melakukan pindaan.

Parti Demokratik Liberal (LDP) pimpinan Abe memenangi 5 pilihan raya Parlimen sejak 2012.

Sumber: https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2019/07/22/abe-menang-majoriti-kerusi-di-dewan-negara-jepun/

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo