NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Retak Menanti Belah



Ketika PAS berkembang pesat, ia dimasuki oleh ramai kumpulan dengan kepelbagaian fikrah. Kemudian berlaku proses pengukuhan dan penapisan menerusi tarbiyah dan penyatuan fikrah dan amal cara PAS. Mereka yang mengukuh akan istiqamah. Manakala mereka yang rapuh akan ditapis.

Mereka dihimpunkan di satu sudut dalam PAS. Disatukan dengan pesona kepelbagaian fikrah. Dilenakan dengan kekuatan yang dibuat-dibuat. Kemudian mereka memberontak terhadap PAS seolah-olah merekalah tuan dan pemilik. Begitulah jalannya mereka diarak keluar dan dihimpunkan di dalam satu parti serpihan.

Di situ mereka menerima segala macam kelibat yang melompat dan terjun. Kecewa, marah, benci, dendam, putus asa dan berpatah arang adalah warna mereka. Tampak kuat dan solid. Hakikatnya mereka bercerai berai. Disatukan hanya kerana satu sebab iaitu 'kesipuan' terhadap istiqamah ahli PAS terhadap halatuju dan matlamat perjuangan parti yang unggul. Mereka tidak mampu melakukan apa yang mampu dilakukan ahli PAS. Istiqamah.

Kekuatan mereka akhirnya padam. Hari ini hari mereka berbalah dan bertengkar. Saling berebut kuasa dan kerusi. Perbalahan, kemarahan dan kebencian sesama mereka akan sentiasa berterusan. Hari kesatuan dan kekuatan yang dibuat-buat akan berakhir jua.

Mengapa? Kerana itulah ketentuan dan kesudahan mengkhianati perjuangan. Mereka dulu dihimpunkan untuk dihancurkan dan dilumpuhkan bersama-sama. Mereka tidak akan mampu membina negara. Tidak akan sama sekali. Mereka hanyalah mimpi ngeri sebuah pengkhianatan terhadap amanah perjuangan Islam yang benar dan asli.

Sampaikan salam dan berita gembira buat mereka yang istiqamah dengan perjuangan Islam yang benar dan sempurna. PAS akan sentiasa menjadi harapan dan impian rakyat Malaysia untuk masa depan negara yang lebih baik.

INI SEBAB Kenapa Dr Zakir Naik Pilih Malaysia

Dari mana datangnya pasir untuk projek tambak Pulau Pinang?

Surat terbuka untuk Ahli Parlimen: Tun Abdul Hamid

oleh: Tun Abdul Hamid Mohamed

Kepada: Semua Ahli Parlimen Malaysia.

MAHKAMAH PERSEKUTUAN MENCEROBOH BIDANGKUASA PARLIMEN (Cadangan Pindaan Perkara 159 Perlembagaan Persekutuan)

SAYA menulis surat terbuka ini kepada semua Ahli Parlimen Malaysia untuk menarik perhatian mereka bahawa melalui penghakimannya bermula pada tahun 2010, Mahkamah Persekutuan telah melampaui bidang kuasanya, menceroboh ke bidang kuasa Parlimen dan menghadkan kuasa Parlimen untuk meminda Perlembagaan Persekutuan.

Ini adalah satu perkara yang sangat serius kerana ia melanggar doktrin pemisahan kuasa dan demokrasi berparlimen yang ditetapkan oleh Perlembagaan. Ia perlu dibetulkan supaya tidak kekal sebagai satu ciri dalam undang-undang Perlembagaan kita.

Untuk tujuan itu, saya merayu kepada semua Ahli Parlimen untuk mengetepikan perbezaan politik mereka dan mengundi bersama bagi meminda Perkara 159 untuk memulihkan kuasa Parlimen kepada kedudukannya yang asal.

Kita bercakap mengenai pemisahan kuasa antara badan Perundangan, Eksekutif dan Kehakiman. Sering kali kita menumpukan perhatian kepada pencerobohan Eksekutif terhadap bidang kuasa badan Kehakiman.

Tetapi, pernahkah kita memikirkan sebaliknya, iaitu pencerobohan badan Kehakiman terhadap bidang kuasa Eksekutif dan Perundangan?

Perkara 159 Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa peruntukan-peruntukan tertentu Perlembagaan boleh dipinda dengan cara tertentu.

Kuasa untuk meminda Perlembagaan diberi kepada Parlimen. Tidak disebut di mana-mana pun bahawa ada bahagian tertentu Perlembagaan yang tidak boleh dipinda.

Tidak juga disebut bahawa hakim-hakim boleh meminda perlembagaan yang memberi kesan bahawa peruntukan tertentu Perlembagaan itu tidak boleh dipinda oleh Parlimen.

Tetapi, apa yang berlaku dalam kes Sivarasa Rasiah v Badan Peguam Malaysia & Anor. [2010] 2 MLJ 333 dan Semenyih Jaya Sdn Bhd v Pentadbir Tanah Hulu Langat (2017) 3 MLJ 561.

Biarlah saya menceritanya dari awal.

Pada tahun 1973, Mahkamah Agung India memutuskan kes Kesavananda Bharati v Negeri Kerala, AIR 1973 SC 1461. Mahkamah memutuskan bahawa Perkara 368 Perlembagaan India (mengenai pindaan Perlembagaan India) tidak membolehkan parlimen mengubah struktur asas (basic structure) atau kerangka Perlembagaan.

Kesan penghakiman itu ialah bahawa peruntukan tertentu Perlembagaan India merupakan struktur asas perlembagaan itu. Mahkamah akan memutuskan peruntukan mana yang menjadi struktur asas perlembagaan itu, dari satu kes ke satu kes.

Mahkamah kemudiannya akan menggunakan prinsip struktur asas itu sebagai asas kuasanya untuk mengkaji, dan ‘to strike down’ pindaan kepada yang dibuat oleh Parlimen yang bertujuan untuk mengubah struktur asas perlembagaan itu.

Dengan kata-kata lain, kuasa Parlimen untuk meminda bahagian-bahagian perlembagaan yang, menurut hakim, menjadi struktur asas Perlembagaan, dimansuhkan oleh hakim!

Kes itu diputuskan oleh majoriti tipis 7 melawan 6. Dikatakan bahawa, pada masa kes itu diputuskan, persepsi majoriti hakim dalam panel itu, Ahli Parlimen tidak boleh dipercayai untuk bertindak secara bertanggungjawab, adalah paling teruk dalam sejarah.

Soalan: Sekiranya Ahli Parlimen atau Eksekutif menganggap bahawa hakim-hakim korup, adakah itu memberi mereka kuasa untuk memindahkan kes-kes di mahkamah untuk diputuskan oleh mereka?

Berikutan penghakiman itu dan lain-lain yang serupa dengannya, peguam-peguam di Malaysia yang diketuai oleh tiga orang Presiden Majlis Peguam berturut-turut, iaitu GTS Sidhu, Raja Aziz Addruse dan Param Cumaraswamy berusaha keras untuk mempengaruhi Mahkamah Persekutuan, ketika itu, untuk menerima pakai prinsip itu. Walau bagaimanapun, percubaan mereka gagal.

Mahkamah Persekutuan dalam kes Loh Kooi Choon v Kerajaan Malaysia [1977] 2 MLJ 187 menolaknya. Tun Suffian (KHN) dan Wan Suleiman (HP) menulis penghakiman berasingan memberi alasan mengapa mereka tidak cenderung untuk mengikutinya.

Penghakiman itu diikuti oleh Mahkamah Persekutuan dalam kes Phang Chin Hock v. Pendakwa Raya [1980] 1 MLJ 70.

Pada tahun 1989, kes itu diikuti oleh Mahkamah Tinggi Singapura dalam kes Teo Soh Lung v Minister for Home Affairs and Ors. [1989] 2 MLJ 449.

Loh Kooi Choon kekal sebagai undang-undang negara ini selama 33 tahun. Kebanyakan orang menganggap bahawa isu mengenai struktur asas Perlembagaan itu telah selesai. Tetapi, anggapan itu meleset.

Menjelang akhir kerjayanya, Gopal Sri Ram HMR dinaikkan pangkat ke Mahkamah Persekutuan. Beliau adalah ahli panel yang memutuskan kes Sivarasa Rasiah v Badan Peguam Malaysia & Anor. [2010] 2 MLJ 333. (Pada masa itu saya telah bersara). Walaupun beliau adalah ahli panel paling junior, beliau menyampaikan penghakiman mahkamah.

Isu dalam kes itu ialah sama ada seksyen 46A (1) Akta Profesion Undang-Undang 1976 tidak berperlembagaan. Mahkamah, melalui penghakiman Gopal Sri Ram HMP memutuskan bahawa ia adalah berperlembagaan.

Saya tidak mempunyai masalah dengan keputusan itu. Tetapi saya tidak menentang prinsip struktur asas dibawa masuk ke negara ini melalui kes itu kerana:

1. Ia tidak perlu bagi keputusan kes itu. Isu dalam kes itu ialah sama ada seksyen 46A (1) LPA bercanggah dengan perlembagaan atau tidak. Tiada siapa yang cuba meminda mana-mana peruntukan perlembagaan. Apakah kaitannya dengan prinsip struktur asas?

2. Kes Kesavananda Bharati diikuti tanpa menganalisis kes itu dan keadaan di sekelilingnya. Hakim itu sama ada mengetepikan atau tidak menghiraukan penghakiman terdahulu Mahkamah Persekutuan yang telah bertahan lebih dari 30 tahun.

3. (Ini lebih penting). Mahkamah telah mengambil alih bidang kuasa Parlimen untuk meminda Perlembagaan. Malah, Parlimen pun tidak boleh membuat pindaan seperti itu, kerana Parlimen tidak boleh mengikat dirinya daripada membuat undang-undang yang tidak konsisten dengan undang-undang yang ada, dengan syarat prosedurnya diikuti. Jika tidak, tiada undang-undang boleh dipinda.

Tujuh tahun kemudian, Mahkamah Persekutuan mengeluarkan penghakiman dalam kes Semenyih Jaya Sdn Bhd v Pentadbir Tanah Hulu Langat (2017) 3 MLJ 561.

Penghakiman itu bergantung kepada penghakiman Gopal Sri Ram FCJ dalam kes Sivarasa Rasiah sebagai autoriti yang membawa masuk prinsip struktur asas ke negara ini tanpa sebarang persoalan. Penghakiman itu juga mengetepikan atau tidak menghiraukan kes Phang Chin Hock dan Teo Soh Lung.

Akibatnya, prinsip struktur asas menjadi undang-undang negara ini. Maka, seorang Hakim Mahkamah Tinggi pun boleh mengisytiharkan bahawa peruntukan tertentu Perlembagaan adalah struktur asas Perlembagaan dan oleh itu tidak boleh dipinda oleh Parlimen.

Atas alasan itu, hakim boleh mengisytiharkan undang-undang, yang diluluskan oleh Parlimen untuk meminda peruntukan tertentu Perlembagaan itu, tidak berperlembagaan dan, oleh itu, tidak sah.

Dengan berbuat demikian, pertama, hakim itu sebenarnya mengatakan bahawa peruntukan yang hendak dipinda oleh Parlimen itu tidak boleh dipinda, pada hal Perkara 159 Perlembagaan tidak mengatakan demikian, dengan syarat prosedur yang betul diikuti.

Kedua, hakim itu mengatakan bahawa Parlimen tidak mempunyai kuasa sama sekali untuk meminda peruntukan itu pada hal Perkara 159 tidak mengatakan demikian, dengan syarat prosedur yang betul diikuti.

Ketiga, dengan mengikuti penghakiman Mahkamah Persekutuan tersebut, hakim itu telah menghadkan kuasa Parlimen untuk meminda Perlembagaan.

Dari manakah hakim-hakim itu memperolehi kuasa mereka? Mahkamah Agung India!

Saya membantah prinsip struktur asas yang dicipta oleh hakim-hakim Mahkamah India itu di bawa masuk ke negara ini semata-mata berdasarkan prinsip dan bukan kerana sebab-sebab lain.

Kita menyanjung tinggi doktrin kebebasan badan kehakiman, pemisahan kuasa, kedaulatan undang-undang, demokrasi berparlimen dan keutamaan perlembagaan. Kini, hakim-hakim memberi kuasa kepada diri mereka sendiri untuk meminda atau menulis semula Perlembagaan.

Pendirian saya adalah seperti yang saya pernah katakan dalam penghakiman saya: Hakim bukan Parlimen. Jika doktrin pemisahan kuasa hendak bermakna, semua tiga cawangan kerajaan iaitu badan perundangan, eksekutif dan kehakiman mestilah menghormati bidang kuasa satu sama lain.

Saya harap Ahli-Ahli Parlimen Malaysia sedar akan apa yang berlaku.

Apakah yang boleh lakukan? Jawapannya adalah kembali kepada Perlembagaan. Kuasa untuk meminda Perlembagaan terletak kepada Parlimen.

Atas nama demokrasi berparlimen dan pemisahan kuasa, semua Ahli Parlimen, sama ada dari pihak kerajaan atau pembangkang, hendaklah bersatu dan meluluskan satu rang undang-undang untuk meminda Perlembagaan yang memberi kesan bahawa parlimen boleh meminda mana-mana peruntukan Perlembagaan dengan syarat prosedur yang ditetapkan oleh perlembagaan diikuti. Kedudukan asal hendaklah dikembalikan.

Untuk mengikuti perbincangan yang lebih terperinci mengenai perkara ini, sila baca rencana dan ucapan saya yang terdapat di laman web saya, sekurang-kurangnya, Hakim Bukan Parlimen (30 03 2018).

Dibantah kawan dan lawan, PSR mesti dibatalkan!


oleh: IR AHMAD RAFAEI 

KERAJAAN DAP Pulau Pinang sudah sewajarnya membatalkan rancangan projek Tambakan Selatan Pulau Pinang (PSR) yang berterusan dibantah pelbagai pihak. Terbaru, Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Dato' Seri Anwar dari PKR yang merupakan anggota bersama DAP dalam PH turut menzahirkan penolakan.

Keputusan Nurul Izzah tentunya waras, matang dan adil setelah beliau sendiri terlibat bertemu pihak-pihak berkaitan; antaranya penduduk dan kerajaan negeri, sebelum menyuarakan pendiriannya itu. Bahkan, agak janggal menuduh beliau bersentimen atau dipengaruhi kerana nada itu berbeza dari bapanya.

Jika tidak, hal tersebut pasti menjejaskan wibawa dan reputasi bapanya yang terlihat seolah-olah telah disanggah puteri sendiri. Bahkan berpotensi dalam realiti bacaan politik untuk ditanggapi oleh banyak pihak sebagai melawan presiden parti sendiri atau dilihat wujudnya pemberontakan dalaman PKR.

Ternyata Nurul tampil profesional selaku wakil rakyat dan pemimpin muda yang kelihatan secara umum cenderung mewakili tanggungjawab dipikulnya. Malah hal tersebut dikarismakan dari dihujahnya yang cermat bersama unjuran, teladan, nasihat, peringatan dan penghargaan dikemukakan di hantaran Facebook beliau.

Oleh itu, perkara terpenting mesti dilakukan oleh Kerajaan DAP Pulau Pinang adalah mengecilkan skala keangkuhan dan kedegilan untuk meneruskan projek mega tersebut. Jika tidak, sepertimana dikatakan oleh Nurul Izzah, ia akhirnya akan membawa kepada kemusnahan atau kesusahan pada keseluruhannya.

Namun, jika Ketua Menteri, Chow Kon Yeow merasakan rakyat dan banyak pihak menyokong projek itu, silalah gerakkan penerangan dan dialog. Turun padang secara "Cekap, Akauntabiliti dan Telus" membentangkan segalanya itu jika ia benar-benar pembangunan 'harapan' dan masa depan untuk rakyat dan negeri ini.

Hakikatnya sehingga kini, projek PSR itu gagal meraih kemajuan dari sudut sokongan mana-mana pihak, kecuali mereka yang jelas berkepentingan dan bermotif sahaja. Bahkan, PSR juga gagal untuk memperolehi kelulusan muktamad dari Jabatan Alam Sekitar dan Majlis Perancangan Fizikal Negara.

Malah, kerajaan negeri dan pihak pemaju juga seperti teraba-raba apabila cuba mendapatkan 'tongkat sakti' sokongan politik bagi memperoleh kelulusan dan pembiayaan kewangan. Ketidakyakinan terhadap kemampuan itu turut ditunjukkan dari keengganan banyak institusi kewangan memberi pinjaman hingga ada cubaan 'silap mata' melibatkan Menteri Kabinet.

Selain itu, wacana oleh semua pihak lebih banyak menyatakan bebanan akan ditanggung dan akibat negatif melibatkan kehilangan serta kerosakan oleh pencemaran alam semulajadi. Paling buruk, PSR hanya untuk segelintir orang luar yang mewah, eksklusif dan elit, tetapi 'mengusir' warga jati setianya sendiri.

PAS sejak awal konsisten menolak PSR demi kepentingan semua dan mengalu-alukan kebersamaan pelbagai pihak termasuk dari lawan dan saingan politik. Oleh itu, kami amat hargai dan berterima kasih atas suara dilontarkan Nurul Izzah yang selari dengan pendirian konstruktif PAS dan bukannya bantahan semberono.

Kami menggesa, mana-mana pihak berkepentingan dari kerajaan, pemaju, kontraktor dan politikus yang tetap mahu menyokong projek ini agar menilai semula. Anda hanya akan dilihat memperalat kedudukan dan kuasa demi mengejar kepentingan yang sempit lagi kabur, ketika sama menindas dan menzalimi rakyat sendiri.

"Islam Memimpin Perpaduan"

IR AHMAD RAFAEI DATO' IR A RASHID ialah Ketua Penerangan
PAS Negeri Pulau Pinang 

Pandangan Sosialis terhadap kenyataan Azmin?


oleh S. Arutchelvan

Kenyataan Timbalan Presiden PKR Azmin Ali yang anehnya dikeluarkan di bawah kapasitinya sebagai Menteri Hal Ehwal Ekonomi pada 29 Julai 2019, bahawa beliau menyokong pendirian Presiden PAS Abdul Hadi Awang untuk Mahathir dibenarkan menghabiskan tempoh penuhnya sebagai Perdana Menteri, menyakinkan saya bahawa Parti PAS ialah penentu atau Kingmaker politik masa kini.

Mengapa saya berkata demikian?

1. Azmin yang semakin kehilangan pengaruhnya di kalangan Pakatan Harapan (PH) dan sebahagian segmen PKR sebagai calon Perdana Menteri, kini dengan selesanya menggunakan PAS untuk mendapat sokongan. Kenyataannya juga dapat menunjukkan bahawa dia dapat menumpang sokongan PAS-UMNO berdasarkan agenda Perpaduan Melayu dan Ummah, yang mana PH semakin hilang sokongan.

2. Sebahagian besar ahli UMNO pula telah menolak panggilan Mahathir yang meminta pembangkang bergabung dengannya untuk menyatukan parti-parti Melayu. Keputusan UMNO untuk tidak bergabung dengan BERSATU terutamanya disebabkan oleh mereka kini melihat potensi PAS sebagai talian hayat mereka dan bukannya Parti BERSATU yang dipimpin Mahathir. UMNO melihat PAS sebagai rakan sekutu dan rakan utama mereka dalam misi merampas semula kuasa dalam PRU-15. Ini dapat dilihat dalam beberapa pilihanraya kecil baru-baru ini apabila mereka berdua berdiri sebagai satu pasukan.

3. MCA pula melihat mereka mempunyai peranan untuk terus kekal dalam BN untuk mengimbangi pengaruh PAS.

4. MIC baru-baru ini pula mengambil pendirian bahawa PAS bukan radikal seperti yang digambarkan. Timbalan Presiden MIC Saravanan pula pernah berkata di Parlimen bahawa jika DAP sebelum ini dapat bekerjasama dengan PAS tanpa masalah, dia tidak melihat mengapa MIC tidak boleh berbuat demikian.

5. Perhimpunan anti-ICERD yang besar pada 8 Disember tahun lalu adalah bukti sokongan besar dalam mobilisasi PAS; yang pada suatu masa lalu digunakan oleh BERSIH untuk berjuang demi pilihanraya yang Bersih dan Adil di era BN.

Dengan semua ini, nampaknya PAS sebenarnya boleh melakar politik Malaysia kerana parti-parti komponen PH dilihat tidak mampu untuk bekerjasama secara berkesan. Parti-parti komponen PH sibuk memerangi satu sama lain dan cuba menjaring mata, bukannya memfokus pada isu-isu yang dihadapi rakyat.

Adalah dikatakan jika anda mempunyai kawan seperti dalam PH, anda tidak memerlukan musuh. Ini dapat dilihat dalam drama bagaimana orang nombor satu dan dua dalam parti terbesar memerintah negara seperti PKR bergaduh untuk mengulingkan satu sama lain.

==========

S. Arutchelvan ialah Timbalan Pengerusi Parti Sosialis Malaysia.

https://sosialis.net/2019/07/29/pas-ialah-kingmaker/

Sumber: Formula agihan kerusi dalam piagam Umno-PAS


Jul 27, 2019 (Dikemaskini Jul 27, 2019)

Umno dan PAS dikatakan sudah memperincikan soal agihan kerusi bagi menghadapi pilihan raya umum (PRU) ke-15 dan ketetapan mengenainya telah dimasukkan dalam piagam kerjasama yang bakal ditangani 14 Sept nanti.

Perincian itu membabitkan agihan kerusi antara Umno, PAS dan komponen BN bagi mengelak pertembungan sesama sendiri yang akhirnya merugikan mereka.

Menurut sumber, perbincangan juga turut menjurus kepada pembahagian negeri yang akan dikuasai oleh Umno dan PAS berdasarkan kekuatan parti masing-masing.

Pembahagian kerusi juga dikatakan turut mengambil kira 21 kerusi yang dimenangi Pakatan Harapan (PH) dan berupaya dirampas kembali Umno, PAS berdasarkan jumlah undi diperoleh kedua-dua parti dalam PRU lalu.

"Formula pembahagian kerusi telah ditetapkan, selain daripada kerusi tradisi PAS, parti juga akan bertanding di kerusi yang ditandingi parti Amanah.

"Umno pula, akan bertanding di kerusi tradisi serta kerusi-kerusi yang ditandingi parti Bersatu.

"Pun begitu, Umno dan PAS akan menilai juga kerusi-kerusi tradisi mereka, jika kerusi tradisi PAS, tetapi kekuatan memihak Umno, maka Umno akan bertanding, begitu juga sebaliknya," katanya kepada Malaysiakini.

21 kerusi pasti

Pada PRU ke-14, Amanah bertanding 27 kerusi Parlimen dan daripada jumlah itu, Amanah berjaya memenangi 11 kerusi ditandingi.

Manakala, Bersatu yang dipimpin Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad pada PRU lalu bertanding 52 kerusi Parlimen dan berjaya memenangi 13 kerusi.

PAS pula berjaya memenangi 18 kerusi parlimen dan buat pertama kali dalam sejarah PAS bertanding di 158 kerusi parlimen.

Manakala Umno yang bertanding menggunakan logo BN tewas buat pertama kali selepas lebih 60 tahun apabila berjaya memenangi hanya 79 kerusi.

"21 kerusi yang 'pasti' Umno dan PAS boleh menang berdasarkan undi diperoleh dua parti itu pada PRU-14 lalu pula akan dibahagi mengikut kekuatan masing-masing.

"Misalnya, parlimen Pokok Sena, kekuatan ada pada PAS, Parlimen Kuala Selangor pula kekuatannya ada pada BN, selain mengekalkan kerusi yang ada sekarang, merampas kembali 21 kerusi ini amat penting jika mahu mengambil alih Putrajaya," kata sumber lagi.

Bantu PAS bentuk kerajaan di Kedah
Untuk rekod 21 kerusi yang berupaya dimenangi Umno dan PAS itu membabitkan dua kerusi parlimen dimenangi Menteri Besar Kedah Mukhriz Mahathir dan Menteri Besar Perak, Ahmad Faizal Azumu.

Selain itu berdasarkan jumlah undi yang diperoleh Umno dan PAS juga, 12 kerusi parlimen yang kini disandang menteri dan timbalan menteri juga dikatakan turut tergugat.

Menurut sumber lagi, Umno hampir pasti mendapat persetujuan untuk memberi laluan kepada PAS terus kekal berkuasa di Kelantan dan Terengganu selain akan membantu PAS membentuk kerajaan di Kedah.

Manakala, Umno akan menguasai negeri-negeri pantai barat serta negeri tradisinya sebelum ini.

"Hampir pasti persetujuan dicapai untuk PAS menguasai tiga negeri berkenaan.

"Umno dan PAS belajar daripada kesilapan lalu apabila pertembungan tiga penjuru yang merugikan mereka.

"Untuk kali ini Umno dan PAS akan memastikan tidak lagi berlaku pertembungan 3 penjuru termasuk dengan komponen BN," kata sumber

Sumber: https://m.malaysiakini.com/news/485592

Kekalkan Tun M Patut Jadi Konsensus Baharu Pakatan Harapan



1. Kenyataan DS Azmin Ali pada hari ini yang turut mahu Tun Dr. Mahathir Mohamad (Tun M) dikekalkan sebagai Perdana Menteri sehingga berakhir penggal seperti yang disuarakan sekali lagi oleh DS Tuan Guru Hj. Abdul Hadi Awang mewakili PAS dan UMNO beberapa hari lalu adalah perkembangan yang amat positif.

2. Ini memandangkan peralihan daripada Tun M kepada DS Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri dalam tempoh 2 tahun ini dikatakan sebagai konsensus Pakatan Harapan (PH) sebelum ini sehinggakan Majlis Pimpinan Pusat PKR membuat penegasan semula mengenainya pada Februari lalu.

3. Konsensus itu menyebabkan pemimpin Kerajaan dan PH tidak berani untuk memberikan sokongan kepada Tun M supaya terus berkhidmat sebagai Perdana Menteri sehingga pilihan raya umum berikutnya.

4. Jika DS Azmin Ali selaku Timbalan Presiden PKR sendiri telah mengakui keperluan untuk mengekalkan Tun M sebagai Perdana Menteri, maka adalah amat patut sekali PH selaku teraju Kerajaan mempunyai konsensus baharu mengenai perkara ini.

5. Sesungguhnya sokongan semua parti terhadap Tun M dan pengekalan Tun M sebagai Perdana Menteri sehingga berakhir penggal adalah amat penting bagi menjamin kestabilan ekonomi dan politik negara. Jika gabungan pembangkang boleh memberikan sokongan kepada Tun M, PH lebih-lebih lagi patut berjiwa besar dan bersikap objektif mengenainya.

Sekian.

"Islam Memimpin Perpaduan"

DATO' DR. MOHD KHAIRUDDIN AMAN RAZALI AT-TAKIRI ialah Ahli Parlimen Kuala Nerus

Sumber: https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2665169366826410&id=569086473101387

Autonomi Jalan Terbaik Tangani Konflik Marawi



Firman Allah S.W.T:

﴿Ų³ُŁ†َّŲ©َ Ł…َŁ†ْ Ł‚َŲÆْ Ų£َŲ±ْŲ³َŁ„ْŁ†َŲ§ Ł‚َŲØْŁ„َŁƒَ Ł…ِŁ†ْ Ų±ُŲ³ُŁ„ِŁ†َŲ§ ŁˆَŁ„َŲ§ ŲŖَŲ¬ِŲÆُ Ł„ِŲ³ُŁ†َّŲŖِŁ†َŲ§ ŲŖَŲ­ْŁˆِŁŠŁ„ًŲ§Ł§Ł§﴾ [Ų§Ł„Ų„Ų³Ų±Ų§Ų”: 77]

“Begitulah peraturan alam yang Kami tetapkan kepada sesiapa sahaja yang Kami utuskan menjadi Rasul di kalangan Rasul-rasul kami dan kami tidak sekali-kali mengubah peraturan itu” ( Surah Al-Isra: 77)

Marilah kita merenung sejenak kepada ayat yang dibaca untuk pembukaan majlis pada hari ini menyatakan senario perjalanan Islam yang dibawa oleh Rasul-rasul A.S. Berlakunya pasang surut, rebah dan bangun, menang dan kalah, maju dan mundur. Begitulah semangat sempena dengan himpunan yang diambil nama Bandar Marawi tetapi banyak kalangan kita tidak baca. Marawi adalah Bandar Islam, bandar bagi negeri Lanau, satu negeri di Mindanao. Merupakan wilayah Islam zaman dahulunya termasuk Wilayah Islam Alam Melayu yang luas dari Acheh, Champa sehingga Merauke, seluruh kepulauan ini dikuasai oleh Islam.

Namun dimusnahkan oleh kedatangan penjajah yang telah memecah dan membahagikan wilayah-wilayah ini di tangan kuasa-kuasa penjajahan British, Belanda, Filipina termasuk Amerika, Perancis. Alhamdulillah sebahagian besar telah mencapai kemerdekaan, namun Filipina teruk terjebak dalam konflik politik yang perlu diselesaikan oleh umat Islam.

Alhamdulillah hasil daripada negara jiran serumpun khususnya Malaysia, Tan Sri Syed Hamid menjadi Menteri Luar pada masa itu termasuk NGO-NGO Islam telah berjaya memujuk supaya menerima autonomi setelah berlakunya peperangan yang berlarutan beberapa abad sejak datangnya penjajah.

Perlu diketahui Manila itu Fi Amanillah. Wilayah Islam. Tinggal selatan sahaja dipertahankan oleh saudara kita dikenali oleh saudara Moro, gelaran diberi penjajah Filipina. Mereka namakan Moro yang menentang penjajah Filipina sebagaimana orang Islam menentang penjajah di Andalusia.

Autonomi adalah pilihan terbaik kerana dalam hubungan antarabangsa Islam mendahulukan perdamaian. Perang adalah terpaksa.

Firman Allah Ta'ala:

﴿ŁˆَŲ„ِŁ†ْ Ų¬َŁ†َŲ­ُŁˆŲ§ Ł„ِŁ„Ų³َّŁ„ْŁ…ِ ŁَŲ§Ų¬ْŁ†َŲ­ْ Ł„َŁ‡َŲ§ ŁˆَŲŖَŁˆَŁƒَّŁ„ْ Ų¹َŁ„َŁ‰ Ų§Ł„Ł„َّŁ‡ِ Ų„ِŁ†َّŁ‡ُ Ł‡ُŁˆَ Ų§Ł„Ų³َّŁ…ِŁŠŲ¹ُ Ų§Ł„ْŲ¹َŁ„ِŁŠŁ…ُŁ¦Ł”﴾ [Ų§Ł„Ų£Ł†ŁŲ§Ł„: 61]

“Jika sekiranya mereka cenderung kepada perdamaian walaupun di tengah-tengah kamu berperang maka terimalah perdamaian itu dan bertawakkal kepada Allah. Sesungguhnya Ia Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui(61)” [Surah Al-Anfal: 61]

Dan Allah memberi jaminan apabila berlaku penipuan yang dibimbangi:

﴿ŁˆَŲ„ِŁ†ْ ŁŠُŲ±ِŁŠŲÆُŁˆŲ§ Ų£َŁ†ْ ŁŠَŲ®ْŲÆَŲ¹ُŁˆŁƒَ ŁَŲ„ِŁ†َّ Ų­َŲ³ْŲØَŁƒَ Ų§Ł„Ł„َّŁ‡ُ ﴾ [Ų§Ł„Ų£Ł†ŁŲ§Ł„: 62]

“Jika sekiranya mereka mahu menipu kamu, cukup Allah memelihara kamu” (Surah Al-Anfal: 62)

Cara damai hendaklah diutamakan khususnya di wilayah-wilayah umat Islam sendiri walaupun telah berubah. Ada yang meninggalkan agamanya tetapi masih serumpun.

Memilih cara peperangan mengundang campur tangan asing melakukan perang proksi di tanah air umat Islam sendiri.

Kita menyaksikan apa yang berlaku di negara-negara Asia Barat yang memilih pendekatan bersenjata, berlaku perang proksi di mana umat berperang bagi pihak negara-negara asing dengan duit kita, senjata musuh membunuh sesama kita sendiri. Khususnya dalam konteks untuk mengembalikan umat kepada Islam itu maka autonomi cara yang terbaik memberi ruang untuk menyatakan Islam secara damai kepada pihak yang lain khususnya kalangan sebangsa yang sudah jauh meninggalkan agama itu.

Apa yang menarik ialah cahaya Islam tidak boleh dipadamkan:

﴿ŁŠُŲ±ِŁŠŲÆُŁˆŁ†َ Ł„ِŁŠُŲ·ْŁِŲ¦ُŁˆŲ§ Ł†ُŁˆŲ±َ Ų§Ł„Ł„َّŁ‡ِ ŲØِŲ£َŁْŁˆَŲ§Ł‡ِŁ‡ِŁ…ْ ŁˆَŲ§Ł„Ł„َّŁ‡ُ Ł…ُŲŖِŁ…ُّ Ł†ُŁˆŲ±ِŁ‡ِ ŁˆَŁ„َŁˆْ ŁƒَŲ±ِŁ‡َ Ų§Ł„ْŁƒَŲ§ŁِŲ±ُŁˆŁ†َŁØ﴾ [Ų§Ł„ŲµŁ: 8]

“Mereka hendak memadamkan cahaya agama Allah dengan mulut-mulut mereka, Allah tetap menyempurnakan cahaya Islam ini walaupun dibenci oleh musuh-musuhnya.” (Surah As-Saff: 8)

Apa yang berlaku Islam yang diganyang dan dihentam habis-habisan itu tidak boleh dipadamkan cahayanya. Dunia menyaksikan kegagalan agama-agama yang lain daripada Islam. Gereja-gereja yang ditinggalkan di Eropah dan Amerika, ada yang dijual menandakan tidak ada lagi penganut di kalangan generasi muda mereka. Kehancuran ideologi komunisme yang meruntuhkan kuasa besar dunia Soviet Union di abad yang lalu dan kita menyaksikan negara-negara komunis seperti China yang besar itu, Cuba dan lain-lain mengubah dasar komunis kepada ekonomi liberal yang lebih kapitalis daripada kapitalis.

Kita menyaksikan juga merudum liberal kapitalis menghadapi kemusnahan bukan saja moral malah ekonomi, memberi kesan kepada ekonomi dunia pada hari ini. Ini peluang kepada Islam. Namun sikap cemburu dan benci kepada Islam masih wujud. Ini cabaran yang kita hadapi.

Ketika berlakunya keruntuhan Soviet Union terdapat pemikir-pemikir Barat seperti Francis Fukuyama, Henry Kissinger menyanggah pandangan mengatakan bahawa dunia tinggal satu tamadun sahaja (iaitu) tamadun Barat. Mereka menganggap Islam masih ada cahayanya tak boleh dipadamkan. Dengan sebab itu Islam menjadi sasaran. Serangan bersenjata hanyalah membunuh nyawa dan jasad. Yang membahayakan serangan pemikiran yang melanda umat Islam melemahkan iman dan moral mereka dalam masa yang sama menyebarkan apa yang dinamakan islamofobia, sikap kebencian terhadap Islam, permusuhan terhadap Islam.

Malangnya terdapat umat Islam sendiri yang terpengaruh dengan agenda Barat ini. Berlakunya tindakan melampau, tindakan ganas di luar ajaran Islam kerana semangat terlalu tinggi melaksanakan ajaran Islam tanpa Tafaqquh fid Din. Perlu mengetahui bahawa semua ajaran Islam itu ada feqahnya. Aqidah ada feqahnya, solat ada feqahnya, haji ada feqahnya, jihad ada feqahnya. Lihat kalau orang pergi haji tanpa feqah melontar dengan batu besar lengan kepada kawan sendiri di Mekah. Semangat tinggi melontar, tidak feqah haji. Begitulah tidak feqah jihad membunuh sesama sendiri, mengebom masjid bukan sahaja pasar dan hotel sehingga mendokong dan menyalakan Islamofobia yang dinyalakan oleh Barat.

Bandar Marawi menghadapi krisis ini beberapa tahun dahulu. Tak perlu sebut nama siapa yang terlibat, mencetuskan keganasan, pembunuhan. Yang matinya orang-orang Islam lebih ramai daripada orang bukan Islam kerana melampau ini. Alhamdulillah kita dapat meredakan keadaan sehingga berjaya mencapai melaksanakan autonomi yang sedang dilaksanakan.

Apa yang penting ialah semua pihak perlu terlibat membantu rakan-rakan kita mengambil ruang dan peluang daripada autonomi ini. Saya memperingatkan kepada NGO-NGO, Yayasan Amal dan lain-lain supaya menumpukan perhatian kepada jiran tetangga, sahabat handai yang dekat dengan kita kerana saya dapati terlalu banyak sangat aktiviti yang bercelaru, berterabur ke sana ke mari sampai ke Afrika, sampai ke mana-mana semangat tinggi sedangkan kawasan kita tak habis kita bantu dan kita tolong di Filipina, di Indonesia, Rohingya yang dekat dengan kita tetapi pergi ke tempat lain jauh-jauh. Bukan tak boleh tetapi mesti mengutamakan jiran dan serumpun dahulu.

Langkah yang diambil untuk membantu jiran serumpun ini mendapat tiga fadilat. Pertama fadilat saudara seIslam. Kedua fadilat silaturrahim. Ketiga fadilat jiran tetangga. Tiga fadilat kita dapat kalau laksanakan ini. Silaturrahim ini perlu dihuraikan dengan makna yang luas kerana Nabi kita Muhammad S.A.W. pernah berwasiat kepada sahabat-sahabatnya bila kamu pergi ke Mesir, kamu hendaklah berlaku baik kepada rakyat Mesir kerana mereka ada hubungan silaturrahim dengan aku kerana Hajar, ibu Ismail daripada Mesir. Nabi Ismail bin Ibrahim AS yang jaraknya ribu-ribu tahun melahirkan beberapa bangsa. Kalau dikira berapa ribu pupu kita tak tahu. Kita kira sekadar dua tiga pupu empat pupu sahaja. Ini ribu pupu. Nabi masih menyebut silaturrahim dengan Mesir kalau kamu pergi ke sana.

Begitulah hubungan kita dengan negara jiran sebelah kita ini. Mindanao, Rohingya dan lain-lain. Hubungan yang sangat dekat kerana itu tumpuan perlu diberi kepada negara yang dekat ini.

Mudah-mudahan seminar dan muktamar yang kita adakan ini menjadi satu aktiviti mengeratkan hubungan sekurang-kurangnya melaksanakan aktiviti yang lebih besar daripada itu lagi. Mudah-mudahan diberkati oleh Allah dan saya ucap terima kasih diberi peluang untuk ikut serta berucap sepatah dua dalam majlis ini. Mudah-mudahan diberkati Allah. Siiru 'ala barakatillah. Teruskan perjalanan mendapat berkat daripada Allah.

# Transkripsi Ucapan Majlis Perasmian “International Conference of Marawi” pada 19 Julai 2019, di Duyong Marina & Resort, Pulau Duyong, Terengganu.

Kenapa diam ketika Nabi dihina


oleh: Dr. Ahmad Sanusi Azmi

1. DENGARKAN nasihat dari video ini. Andai Muslim sendiri diam ketika agama mereka dihina, dibimbangi orang kafir tidak merasa risau akan isu menghina Islam ini. Bahkan dikhuatiri akan menjadi trend mereka pula untuk memandang rendah agama Islam.

Mengapa Diam Ketika Rasulullah Dihina?


2. Lebih malang lagi apabila ada Muslim sendiri yang tidak sensitif dengan penghinaan terhadap Rasulullah, bahkan merasakan tidak perlu untuk memberikan reaksi. Mereka berkata Rasulullah bersikap lembut terhadap pencaci, tetapi mereka lupa bahawa Baginda turut bersikap tegas terhadap penghinaan ke atas Islam.

3. Al-Imam Ibn al-Qayyim pernah menampilkan beberapa contoh individu yang dihukum oleh Rasulullah kerana menzahirkan penghinaan terhadap Rasulullah. Menurut Saidina Ali, seorang lelaki perempuan Yahudi pernah mencerca Nabi secara terang-terangan.

Perempuan tersebut telah dikenakan hukuman lalu perkara ini di bawa kepada Nabi. Rasulullah mempertahankan tindakan tersebut dengan menyatakan bahawa perjanjian perlindungan perempuan tersebut terbatal kerana tindakan tersebut. (Ibn al-Qayyim al-Jawziyyah, Ahkam ahl Zimmah, (al-Dammam: Ramadi li al-Nashr, 1997), 3/1398.)

4. Para sahabat dahulu sangat menjaga adab mereka bersama Rasulullah ketika Baginda hidup mahupun setelah meninggal. Saidina Umar pernah memarahi dua orang lelaki dari Taif yang meninggikan suara ketika berada di dalam Masjid Nabi. Kata Umar:


Ł„Łˆ ŁƒŁ†ŲŖŁ…Ų§ Ł…Ł† Ų£Ł‡Ł„ Ų§Ł„ŲØŁ„ŲÆ Ł„Ų£ŁˆŲ¬Ų¹ŲŖŁƒŁ…Ų§ Ų¬Ł„ŲÆŲ§، ŲŖŲ±ŁŲ¹Ų§Ł† Ų£ŲµŁˆŲ§ŲŖŁƒŁ…Ų§ ŁŁŠ Ł…Ų³Ų¬ŲÆ Ų±Ų³ŁˆŁ„ Ų§Ł„Ł„Ł‡ ŲµŁ„Ł‰ Ų§Ł„Ł„Ł‡ Ų¹Ł„ŁŠŁ‡ ŁˆŲ³Ł„Ł… .


"Kalaulah bukan kerana kamu ini bukan ahli negeri ini (lelaki tersebut dari Taif), aku akan sebat kamu berdua. Apakah kamu meninggikan suara di dalam Masjid Nabi?"

Bayangkan Tuan-puan, meninggikan suara di Masjid Nabi pun Umar tidak benarkan, apatah lagi menghina Rasulullah dengan karikatur yang jijik.

5. Begitu juga dengan al-Imam Malik yang dikatakan tidak menunggang tunggangannya di Madinah kerana menghormati Baginda Nabi. al-Imam Malik tidak mahu menunggang binatang yang menghenjakkan kakinya di atas bumi yang bersemadi jasad Rasulullah. (al-Kandahlawi, Awjaz al-Masalik, Dimashq: Dar al-Qalam, 2003, 83 )

6. Begitu tinggi penghormatan para Sahabat serta salafussoleh terhadap Rasulullah. Jangan pula kita berdiam saat Rasulullah dihina.



GPS Is Better Than DAP




Among the major changes expected by Sarawakians after GE14 was the return of 20% of oil and gas royalties. But it failed to given by the Pakatan Harapan government. Unfortunately, no Pakatan Harapan (PH) minister from Sarawak has voiced and demanded the results needed for the development of the state.

Unfortunately, the promise of the manifesto is just a promise. The DAP, known for its outspoken voice, also awe to voice out to Prime Minister Tun Mahathir for the demand. To date, there has been no good news or benefit project for the people of Sarawak.

Leaders such as Chong certainly dare to play the racist sentiment and that also reflects his party's true face. Due to the scarcity of issues to fight for, he is willing to bring into conflict the PAS-UMNO coalition for their political interests.

The people of Sarawak should not be fooled by Chong as PAS-UMNO cooperation will not exist in Sarawak as its "basis" is no UMNO presence in Sarawak. Sarawak should be worried as the longer the PH rule the worse the fate of the people of Sarawak is. Formerly the DAP had a SARAWAK IMPIAN project, it is now a government but the people of rural Sarawak are no longer concerned.

For the record, many projects that should have been under the federal government have been implemented by the Sarawak state government such as bridges connecting Sarawak's cities. The Federal Government through the Finance Minister, also from the DAP, also disagreed with the implementation of the 5% petroleum products sales tax. The tax is necessary for the benefit of the people of Sarawak. How can we trust DAP in administrate our state?

I urge the DAP to stop playing the role of racist agent that divides peace and racial harmony in Sarawak. The people of Sarawak are aware that the DAP is focused solely on helping the Chinese community and does not care on the needs of Sarawak indigenous.

Zharudin Narudin is PAS Sarawak Information Chief

Pemuda PAS Pimpin Pembangkang Ajak Syed Saddiq Sepentas Bincang Isu Anak Muda



.
Pemuda PAS mengajak Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkongsi pentas bersama pemuda pembangkang pada sesi town hall yang akan diadakan untuk membincangkan isu anak muda.

Ketua Pemuda PAS, Khairil Nizam Khiruddin, berkata program itu akan menampilkan wakil sayap daripada pembangkang termasuk Umno, MIC, MCA dan rakan Gagasan Sejahtera iaitu Ikatan dan Berjasa.

"Kita merancang untuk mengadakan town hall ini pada 6 Oktober dan akan turut sama menjemput Ketua Pemuda Bersatu (Armada) Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

"Program ini diputuskan dalam mesyuarat yang diadakan hari ini bersama pemuda Gagasan Sejahtera.

"Surat jemputan akan dihantar (kepada Syed Saddiq)," katanya ketika sidang media di ibu pejabat parti itu hari ini bersama pemuda Ikatan dan Berjasa.

Hadir sama, Ketua Pemuda Ikatan, Shahir Adnan dan Ketua Pemuda Berjasa Iqbal Hakim Abdul Razak.

PAS membentuk Gagasan Sejahtera bersama Ikatan dan Berjasa turut menjalinkan kerjasama bersama Umno dan rakan komponen BN.

Khairil berkata, program itu adalah salah satu daripada peranan sayap pembangkang selaku kerajaan dalam penantian.


Katanya, pada program itu nanti setiap ketua pemuda parti pembangkang akan mengemukakan idea dan cadangan berkaitan isu anak muda.

Ia antara lain membabitkan kos sara hidup, isu peluang pekerjaan dan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Sementara itu mengulas mengenai kerjasama Umno dan PAS, Khairil berkata kedua-dua belah parti telah bersetuju dengan piagam bersama yang telah dirangka.

"Tunggu 14 September nanti untuk mendapat tahu dengan lebih jelas piagam berkenaan," katanya.
.

Setiu bakal miliki taman tema berkonsep agro-pelancongan



SETIU: Sebuah taman tema berkonsepkan agro-pelancongan bakal dibina di Setiu awal tahun depan.

Pengurus Besar Peladang Setiu Agro Resort, Ahmad Sanusi Ibrahim berkata projek pembinaan taman tema yang dijangka menelan kos lebih RM4 juta itu akan mengambil masa kira-kira setahun untuk siap sepenuhnya.

"Setelah menerima kelulusan dasar dari kerajaan negeri pada November tahun lalu, kita kini dalam proses menghantar pelan pembangunan kepada pihak berkuasa tempatan.

"Bila pelan itu diluluskan, projek tersebut akan melalui beberapa fasa dan dibina pada keluasan tanah 4.46 hektar berdekatan Peladang Setiu Agro Resort di Guntung," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Katanya taman tema tersebut akan dikelilingi keindahan alam semulajadi yang menjadikan ia berbeza daripada taman tema yang lain.

Menurut Ahmad, dengan adanya taman tema itu, ia bukan sahaja akan membuka peluang pekerjaan kepada penduduk setempat malah turut menjadi tarikan tambahan kepada Peladang Setiu Agro Resort.

"Pelancong bukan sahaja dapat meluangkan masa di taman tema, malah dapat melakukan aktiviti seperti water rafting, jungle tracking, flying fox dan sebagainya yang turut ditawarkan di resort kami," katanya.

Sementara itu, Exco Pelancongan, Kebudayaan dan Komunikasi, Ariffin Deraman berkata sekiranya projek itu berjaya, Setiu akan menjadi pintu pelancongan Terengganu.

"Lokasi projek itu mempunyai pemandangan yang cantik kerana ia berada di kawasan berbukit bukau dan mampu menarik pelancong," katanya ketika ditemui Bernama selepas lawatan kerja ke Setiu hari ini.

Dalam perkembangan lain, Ariffin berkata kerajaan negeri meluluskan peruntukan segera sebanyak RM60,000 bagi membaik pulih infrastruktur seperti tandas, bilik persalinan serta surau di Air Terjun Lata Chakah dan Lata Payung.

"Kita cadangkan kerja baik pulih itu yang akan bermula selewat-lewatnya November ini dilakukan secara gotong-royong bersama Majlis Pengurusan Komuniti Kampung dan jabatan kerajaan berkaitan. Ia dijangka mengambil masa 2 minggu untuk disiapkan," katanya.

Program Ibadah Qurban Perdana anjuran NGO MUSLIM CARE di kawasan Parlimen Sekijang,Johor.



Salam jihad dan selamat berkorban untuk Islam...

Firman ALLAH SWT:
"Sesungguhnya kami telah mengurniakan kepadamu (wahai Muhammad) nikmat yang banyak (di dunia dan akhirat). Oleh itu kerjakanlah sembayang kerana Tuhanmu semata-mata dan sembelihlah Qurban (sebagai tanda bersyukur)"
(Surah Al-Kautsar,Ayat 1-2).

Hanya RM650 sahaja setiap 1 bahagian .
Jika berminat ,tuan/puan boleh 'bank in' ke mana- mana akaun yang tertera bawah :

Maybank : 5644 9041 3882
Bank Islam : 14 014 4014 7470
Bank Muamalat: 14 0100 4717

Sila maklumkan dan hantar slip pembayaran RM650 (untuk 1 bahagian ) di talian 0134886447 (En.Safuan) setelah transaksi dibuat.

Atas keprihatinan dan kemurahan hati untuk melaksanakan ibadah Qurban ,hanya ALLAH SWT jua yang dapat membalasnya di dunia dan di Akhirat.

Sebarang pertanyaan atau kemusykilan , sila hubungi penyelaras Program Ibadah Qurban Perdana Kawasan Parlimen Sekijang di talian 0183839167(Pn.Normala).

Program Ibadah Qurban ini adalah anjuran bersama NGO Muslim Care Malaysia ,Pusat Aduan Rakyat DUN Pemanis (Kawasan Parlimen Sekijang) dengan kerjasama Persatuan Gerakan Kebangkitan Pendidik Kebangsaan (PENDIDIK).
Terima kasih.

‘Dakwaan Indira Ghandi kaitkan PAS tuduhan jahat’




Oleh Fazleen Safina

BANGI, 23 Zulkaedah 1440H, Jumaat – PAS menafikan tuduhan melulu M Indira Gandhi yang mendakwa NGO mesra parti itu bersekongkol dengan pengikut pendakwah terkenal antarabangsa, Dr Zakir Naik dan puak pemisah di Selatan Thailand dalam melindungi bekas suami serta anaknya.

Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man dalam satu kenyataan hari ini, menyifatkan dakwaan itu sebagai tuduhan jahat serta cubaan mengaitkan parti berkenaan dengan aktiviti ekstremisme.

"Justeru, PAS menggesa beliau supaya menarik balik tuduhan berkenaan serta memohon maaf atas dakwaan yang telah dikaitkan dengan PAS," katanya.

Semalam, Indira dilaporkan mendakwa bekas suaminya yang menculik anak perempuan mereka, Prasana Diksa, 11, sedang bersembunyi di bawah perlindungan beberepa kumpulan dikaitkan kepada Zakir Naik, PAS dan pemisah Thailand.

Dalam laporan dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya pagi semalam, Indira mengesyaki badan bukan kerajaan mesra PAS, pemisah di selatan Thailand dan pengikut mualaf Zakir Naik terbabit dalam melindungi bekas suaminya.

Indira mendakwa, dia dimaklumkan Mohd Riduan @ K Pathmanathan diberikan perlindungan oleh kumpulan itu dan mualaf yang berinspirasikan Zakir serta ajarannya.

Katanya, dia menerima satu panggilan daripada nombor tidak diketahui baru-baru ini yang memberitahu Riduan tinggal di Golok di bawah perlindungan kumpulan itu.

"Saya tidak tahu akan kesahihan maklumat itu, tetapi kami memang menerima maklumat sejak September 2018, kumpulan itu terlibat langsung, ulama agama memberi perlindungan haram kepada Riduan, isteri dan anak-anaknya." kata Indira.

Prasana Diksa berusia setahun pada 2009, ketika Riduan mengambilnya daripada Indira.

Indira berjaya membatalkan penukaran agama tiga anaknya oleh Riduan pada 29 Januari 2018, selepas Mahkamah Persekutuan memutuskan sebarang penukaran agama kanak-kanak bukan Islam harus mendapat persetujuan kedua-dua ibu bapa.

Mahkamah Persekutuan pada April 2016 mengarahkan ketua polis negara menahan Riduan kerana menghina mahkamah selepas gagal mematuhi perintah menyerahkan Prasana kepada Indira.

Sumber: https://www.ismaweb.net/2019/07/26/dakwaan-indira-ghandi-kaitkan-pas-tuduhan-jahat1/

Benarkah Politik Bukan Akidah?


oleh: Ustaz Nik Mohamad Abduh

Setiap cabangan (furu') ada asasnya (usul). Ranting kayu, jika sudah terpisah daripada batangnya akan dipanggil kayu api yang kering mati. Tiada lagi nilai asalnya. Justeru tidak boleh dibincangkan perihal furu' dengan memisahkannya daripada asas atau usulnya.

Begitulah agama Islam. Ia ada asas (usul) dan ada cabangnya (furu'). Ia bersambungan dan tak terpisah. Oleh kerana kedua-duanya penting dan mendalam perbincangannya, maka hampir semua sarjana Islam dulu dan kini akan mengasingkan antara kitab usul akidah daripada furu' fiqhiyah, atau paling tidak, meletakkan bab dan tajuknya secara berasingan. Ia bagi memudahkan pemahaman, bukan memutus dan memisahkannya sama sekali.

Si alim usul dan akidah mesti juga alim furu' dan fiqh meskipun berbeza tahap kemahirannya. Memisahkannya dalam diri dan amal akan merosakkan binaan iman seseorang.

Hukum kufur adalah soal usul

Perihal solat contohnya, adalah cabangan fiqh. Dibincang hal solat dalam kitab fiqh. Tetapi solat juga adalah usul akidah. Tidak menerimanya sebagai rukun agama adalah kufur. Itu perihal usul namanya. Maka, dalam hampir semua kitab fiqh solat, akan dimuqaddimahkan dengan perbincangan perihal hukum usulnya. Selepas itu barulah diperihalkan hukum-hakam fiqhiyahnya.

Begitulah halnya setiap amal. Puasa, zakat, haji, muamalat, ekonomi, nikah kahwin dan sebagainya. Semuanya fiqhiyyat dan soal cabangan. Tetapi ia mesti hadir dan bermula daripada usul agama dan asas akidah.

Orang yang percaya bahawa menutup aurat lelaki dan wanita adalah bukan wajib adalah kufur. Atau, orang yang percaya bahawa riba itu halal adalah juga kufur. Itu perihal usul namanya. Jika ia soal furu', mana boleh dihukum kufur? Hukum kufur adalah melibatkan usul dan akidah. Perkara usul lahir dan terhasil daripada nas agama yang qat'ie sifatnya iaitu jelas tanpa samar lagi. Ia bersifat iman dan akidah yang wajib terbina teguh di dalam dada setiap muslim.

Usul hasilkan furu'

Daripada soal usul, akan berkembanglah perihal cabangannya. Nas-nas agama pada perihal cabangan menjadi banyak, rencam sumber dalilnya dan pelbagai pula tafsiran dan kefahamannya di kalangan para ulamak yang muktabar. Ia mewujudkan kepelbagaian pendapat. Itulah sifat cabangan dan fiqhiyah.

Sebagai contoh, jika diperselisihkan oleh para ulamak bahawa sesuatu produk kewangan itu berunsur riba atau sebaliknya, maka ia adalah hukum fiqh dan rantingan sifatnya. Begitulah juga jika mereka berselisih dalam menentukan aurat pada sebahagian anggota badan. Ia tidak dihukum iman atau kufur. Dalil dan nas padanya tidak qat'ie. Justeru pilihan bukan hanya satu. Ia bercabangan dalam dunia fiqh yang luas tetapi tetap terkawal oleh disiplin usul fiqh dan qawa'id fiqhiyah yang kukuh.

Ia bergantung kepada kekuatan nas dan dalil yang dihidangkan dalam perbincangan fiqh. Sudah pasti pada soal cabangan, terdapat hidangan nas dan tafsiran dalam memahaminya yang pelbagai. Ia mencetuskan keindahan dan keluasan di dalam kehidupan Islami. Pokok itu indah apabila batangnya teguh, manakala cabangannya pula merendang dan meneduhkan.

Itulah agama Islam. Itulah sentuhannya dalam semua sektor kehidupan. Islam adalah usul. Daripada usul, berkembang biaklah cabangannya.

Politik sektor besar kehidupan

Begitulah halnya perihal politik, kepimpinan dan kenegaraan (imamah). Politik adalah kehidupan madani manusia. Ia sebuah sektor kehidupan yang teramat besar dan penting. Justeru bayangkan peranan Islam di dalamnya. Pastinya besar juga.

Ia sememangnya cabangan fiqhiyyat. Ia soal amal dan perbuatan manusia. Lihatlah politik dan ragamnya hari ini. Bersih dan jijik berbauran. Baik dan buruk saling tenggelam timbul. Begitulah halnya perbuatan dan tingkah laku manusia.

Justeru dalam politik, ada yang harus hukumnya, ada yang haram, ada yang wajib dan sebagainya. Itulah perihal furu' dan cabangan. Hukum dan pilihan adalah berbeza-beza melalui pandangan para ulamak yang muktabar.

Tetapi dalam Islam, politik dan kepimpinan (imamah) juga adalah usul akidah. Ia bermula dengan usul. Kemudian ia berkembang kepada cabangan. Mudahnya, daripada iman di hati, ia berkembang kepada amal pada anggota badan.

Tidak boleh dipisah cabangan daripada asasnya

Cabangan dan furu' agama mesti datang daripada usul dan asasnya. Ia tak boleh dipisah-pisahkan menjadi dua yang berbeza.

Mana boleh wujud dahan dan ranting tanpa akar dan batang? Jika kedua-duanya sudah terpisah, maka batang bergelar tunggul, manakala dahan dan ranting dipanggil kayu api yang kering. Ribuan daunan menghijau apabila tersambung pada ranting-ranting. Tatkala ia terputus, daunan itu jatuh, mengering dan menjadi sampah. Takkan sama nilai daunan dan sampah bukan?

Begitulah politik. Tanpa usul, ia adalah kering dan menjadi sampah. Mengapa ada di antara kita yang bosan dan menganggap politik sebagai sampah dan kotor? Ya, kerana dia melihat kepada dunia politik nafsu. Nafsu manusia itu bercabang-cabang tanpa asas dan akar yang mengukuhkannya.

Ada ahli politik yang asas politiknya adalah kehendak nafsunya. Hasilnya adalah kerosakan dan kejahatan. Nafsu tanpa iman adalah neraka dan kelaknatan. Maka kelihatanlah bahawa politik tidak sesuai untuk agama Islam yang suci. Ini kefahaman san sangkaan tanpa ilmu yang amat salah.

Perkara usul dalam politik

Mari kita lihat secara umum dimanakah asas dan usul politik Islam.

Pertama, sumber hukum tertinggi bagi negara umat Islam adalah al Quran dan al Sunnah. Nas dan dalilnya adalah qat'ie. Sesiapa yang langsung menolaknya adalah kufur.

Kedua, melebihkan hukum manusia daripada hukum yang telah ada dan nyata daripada nas kedua-dua sumber utama Islam tersebut adalah syirik yang nyata. Ini termasuklah hukum hudud dan qisas di dalam Islam. Sesiapa yang memandang hukum manusia lebih baik daripadanya adalah kufur.

Ketiga, memberi kesetiaan dan sokongan terhadap musuh Islam yang memerangi Islam dan umatnya adalah umpama memerangi Allah dan Rasul-Nya yang wajib diperangi. Justeru mengikat perdamaian dan mengiktiraf legitimasi negara haram Israel adalah satu dosa yang amat besar.

Keempat, memilih ketua negara daripada kalangan orang bukan Islam di dalam sebuah negara umat Islam adalah dosa besar yang wajib ditentang. Ia bercanggah seawalnya dengan konsep imamah dan khilafah dalam Islam.

Kelima, mendukung perjuangan menegakkan hukum Allah di bumi umat Islam adalah wajib ke atas seluruh umat Islam tanpa kecuali. Manakala mendukung perjuangan politik yang menolak hukim syariat Islam adalah haram sama sekali.

Keenam, sekularisme atau fahaman memisahkan agama daripada politik adalah syirik. Mendukung faham sekularisme adalah samada kufur atau berdosa besar mengikut tahapnya.

Itulah antara contoh perkara usul dalam politik Islam. Ia bermaksud, adalah suatu yang mungkar dan salah sama sekali jika mana-mana daripada kalangan umat Islam memilih selain hukum di atas. Ia adalah terhasil daripada nas dan dalil yang qat'ie atau nyata di dalam al Quran dan al sunnah. Ia bukan lagi menjadi perkara furu' yang bersifat pilihan.

Bahaya mengelirukan umat

Justeru meluncurkan pandangan bahawa politik adalah soal cabang agama tanpa menafsirkannya dengan jelas adalah suatu yang amat merbahaya dan mengelirukan umat Islam. Malah, ia menggembirakan pihak musuh Islam yang sememangnya berhempas pulas siang dan malam untuk memisahkan umat Islam daripada politik Islam yang benar.

Ia akan meruntun umat Islam untuk melihat politik sebagai perkara cabangan sahaja dan tidak menilainya sebagai bersangkutan dengan akidah. Ia akan melahirkan umat yang mengabaikan politik dengan alasan menumpu kepada soal akidah dan ibadah. Benarkah politik itu tanpa akidah dan bukan satu ibadah?

Apakah hanya kerana ingin membebaskan diri dalam memilih pilihan politik sesuka hati, samada pada fahaman, hala tuju, strategi dan wadah politik masing-masing, maka begitu mudah diwar-warkan dan dilontarkan slogan dan kata-kata manis bahawa dalam agama Islam, politik itu hanyalah soal cabangan dan furu', bukan soal usul? Tidakkah itu bakal mengundang kekeliruan dan fitnah yang nyata ke atas umat?

Fahamilah baik-baik, begitulah sifatnya kata-kata manis yang dipenuhi racun. Kalimatnya benar tetapi maksudnya batil. Umat teramai yang jahil agama akan begitu mudah terpengaruh dan merumuskan secara jahil bahawa mereka berhak memilih pilihan politik mana yang mereka mahu atas alasan ia soal furu', pilihan, ijtihadi, siyasi, maqasidi dan sebagainya tanpa menyedari kewajiban berpegang dengan usul politik Islam.

Berhati-hatilah mengurus kefahaman agama. Jangan tersadai kerugian dek terlalai terhadap tipudaya musuh yang sengaja memerangkap dan menjauhkan umat Islam daripada asas politik Islam yang tulen. Takutilah kemurkaan Allah. Sesungguhnya ini adalah tazkirah dan peringatan buat seluruh umat Islam.

Sumber: https://www.facebook.com/177786515581027/posts/3505596802799965

Mana suara agamawan PH apabila Nabi dihina


SYABAS dan tahniah kepada anak-anak muda PAS serta NGO Islam yang prihatin terhadap isu penghinaan terhadap baginda ar-Rasul SAW. Marak dan membuncah kemarahan terhadap status Wendy Loong, sang biadap yang begitu berani menghina Nabi sehingga laporan polis dibuat di seluruh negara. Mungkin merasakan mereka kebal undang-undang serta dilindungi maka pemaki dan penghina Nabi Muhammad di negara ini semakin bermaharajalela. Kurang daripada empat bulan lepas isu menghina Nabi telah memicu perhatian rakyat, kini berulang kembali sehingga kita semua bertanya apa peranan agamawan, ilmuan agama dalam PH. Mereka sendawa kekenyangan atau mereka ini memang terompah kayu yang hanya digunakan untuk menyerang PAS?

Isu penghinaan terhadap Nabi Muhammad SAW oleh segelintir orang bukan Islam yang biadap telah mengingatkan kita bagaimana maruah ar-Rasul yang mulia sentiasa menjadi perlecehan musuh Islam. Di zaman Rasulullah, An Nadhar bin al Harith, Uqbah bin Abu Muit antara sosok tegar yang sentiasa menghina nabi di Mekah, manakala Kaab bin Ashraf seorang bangsawan Yahudi adalah penghina Rasulullah SAW di Madinah.

Penghinaan terhadap Nabi SAW tidak pernah berhenti sebagaimana yang dirakam dalam sejarah, apatah lagi umat Islam yang kehilangan Khilafah dengan tumbangnya Khilafah Islam yang terakhir di Turki pada tahun 1924. Tumbangnya Khalifah bermakna umat Islam tidak mempunyai tempat pergantungan dan penjaga kepada maslahat umat Islam. Pada tahun 1989 Salman Rushdie telah menghina Nabi SAW melalui karya bejatnya The Satanic Verses. Protes demi protes umat Islam tidak menggerunkan kuasa kuffar untuk terus menghina Islam dan Nabi SAW kerana tanpa kekuasaan pemerintahan Islam, mereka tahu tempikan itu hanya akan dibawa angin lalu. Salman, bahkan mendapat gelaran "sir" daripada istana England kerana sikap konsisten beliau menyerang Islam.

Kenyataan ini mempunyai kewajarannya kerana selepas tahun 1990, penghinaan terhadap Nabi SAW berlaku berterusan malah semakin gencar lagi, contohnya selepas itu muncul pula Taslima Nasreen yang merupakan warganegara Bangladesh, sebuah negara miskin di Sub-Continent. Karya wanita jalang ini diulang cetak di negara Barat yang membolehkan beliau hidup disalut kekayaan dan diberi perlindungan di negara Barat.

Di negara Timur Tengah pula muncul seorang penulis keturunan Syiria iaitu Haidar binti Haidar yang bermastautin di negara Mesir. Beliau telah mengarang sebuah novel fiksyen dan memasukkan watak Nabi SAW, Sayidatina Khadijah, Sayidatina Aishah dalam novel itu dan menghinanya. Puluhan ribu mahasiswa Islam dan mahasiswi berdemontrasi di Mesir, menuntut kerajaan Mesir supaya mengharamkan novel itu dan menarik balik novel itu dari pasaran. Bantahan aman mempertahankan Nabi SAW telah disuraikan dengan gas pemedih mata dan ditembak dengan peluru getah di mana telah mengorbankan seorang mahasiswi Islam. Serikandi itu telah gugur syahid demi mempertahankan maruah Nabi SAW.

Di zaman moden ini juga telah merakamkan penghinaan terhadap Nabi SAW di Nigeria dalam bulan Ramadhan beberapa tahun lepas. Nigeria merupakan sebuah negara yang pernah tertegak pemerintahan Islam yang dikenali sebaga Khalifah Sokoto di mana seorang ulama besar Afrika iaitu Sheikh Othman Den Fodio telah menaungi pemerintahan Islam tersebut. Kerajaan Islam ini akhirnya tumpas dengan kedatangan penjajah British. Nigeria hari ini melaksanakan konsep pentadbiran federalisme dan dengan kesungguhan pejuang-pejuang Islam dua buah negeri di utara Nigeria telah diizinkan oleh kerajaan Pusat untuk melaksanakan undang-undang Syariah Islam, dunia terkesima dan peluang terbuka kepada media untuk memburukkan pelaksanaan Syariah Islam apabila Mahkamah Tinggi Syariah telah menjatuhkan hukuman rejam sampai mati kepada seorang wanita yang telah berkahwin namun melakukan perzinaan.

Jawatankuasa penganjuran ratu cantik dunia telah memilih Nigeria untuk menganjurkan pertandingan ratu cantik (dipercayai untuk menghina pelaksanaan syariah Islam di Nigeria Utara) bahkan pertandingan itu dijadualkan dibuat dalam bulan Ramadhan yang mulia. Pertubuhan Islam telah mengambil tindakan berhemah dengan menghantar nota bantahan, memorandum dan pelbagai tindakan sederhana lain supaya penganjur tidak mengadakan pertandingan tersebut.

Kebiadapan terhadap Nabi SAW bermula apabila seorang editor akhbar berbahasa Inggeris Nigeria iaitu Nigeria This Day telah menulis dalam kolumnya, "Jika sekiranya Nabi Muhammad masih hidup, Nabi Muhammad pun membenarkan pertandingan ratu cantik diadakan dan Nabi Muhammad akan memilih salah seorang peserta pertandingan ratu cantik sebagai isteri Nabi Muhammad". Kebiadaban sang penghinaan ini tidak dibiarkan percuma oleh pencinta-pencinta Islam, ratusan ribu penunjuk perasaan telah keluar ke jalan raya bagi menyatakan sikap dan bantahan di mana kemuncaknya pejabat utama akhbar Nigeria This Day telah dibakar oleh penunjuk perasaan. Peristiwa ini masih kuat terpahat dalam ingatan pengamal media di Nigeria. Sehingga buku ini ditulis sebuah akhbar pun tidak berani mengulang siar karikatur yang menghina Rasulullah SAW walaupun sebanyak 146 penerbitan di seluruh dunia telah menerbitkan kembali karikatur yang menghina Nabi SAW.

Baginda SAW dikritik dan dihina lagi oleh tokoh-tokoh pendusta dan pengkhianat barat dengan gaya baru, sesuai dengan arus kemodenan. Kemarahan pencinta-pencinta Rasulullah SAW tercetus lagi, setelah akhbar Denmark Jyllands Posten memaparkan siri-siri kartun yang menggambarkan karikatur Nabi Muhammad SAW sebagai seorang pengganas dan tidak bermoral.

Umat Islam harus bermuhasabah hari ini, sejauh manakah tahap kecintaan mereka terhadap ar rasul SAW. Tidak cukup kita berselawat sebagai manifestasi kecintaan, namun yang paling penting menyambung risalah perjuangan yang ditinggalkan oleh baginda, memberdaya kefahaman awam tentang sirah rasul, juga menegakkan sunnah Rasulullah yang terbesar iaitu menegakkan pemerintahan Islam. Maruah ar rasul akan terjaga di bawah keadilan pemerintahan Islam dan pimpinan yang bertaqwa. – HARAKAHDAILY 25/7/2019

Penulis ialah AJK PAS Pusat dan Pengerusi LESTARI.

Final Piala FA: Penantian 12 Tahun 2 Gergasi Utara


SELEPAS 12 tahun, peminat bola sepak tanah air sekali lagi bakal menyaksikan dua gergasi dari utara bertembung di pentas akhir apabila Perak dan Kedah turun membuat perhitungan pada aksi berprestij final Piala FA 2019, Sabtu ini.

Final yang memasuki edisi ke-30 itu adalah buat julung kali skuad The Bos Gaurus dan Lang Merah bertemu di pentas final saingan itu, dan kali pertama dalam tempoh melebihi 10 tahun berentap dalam mana-mana perlawanan akhir saingan domestik.

Kali terakhir kedua-dua pasukan membuat perhitungan di pentas final menyaksikan Kedah merentap ego Perak dengan kemenangan 3-0 untuk dinobatkan sebagai juara Piala Malaysia 2007.

Namun, berdasarkan prestasi Perak yang bermotivasi tinggi untuk menambah koleksi trofi selepas merangkul Piala Malaysia 2018, dan Kedah meskipun tanpa sebarang koleksi kejuaraan sejak muncul juara Piala FA 2017, mempunyai peluang seimbang pada aksi di Stadium Nasional Bukit Jalil itu, nanti.

Jurulatih berpengalaman luas, Irfan Bakti Abu Salim menyifatkan pendekatan corak permainan hampir sama antara Perak dan Kedah memberikan gambaran perlawanan itu akan berlangsung sengit.

Namun, beliau optimis sekiranya jentera serangan Perak terutama di bahagian sayap mampu menampilkan aksi terbaik ia adalah kelebihan yang berupaya menjadi perbezaan pada perlawanan itu.

“Perlawanan akhir sentiasa sukar diramal. Tiada pasukan dianggap pilihan kerana kedua-dua mempunyai peluang seimbang… lagi pun mereka bermain dengan rentak permainan yang hampir sama.

“Cuma perbezaannya, bagi saya Perak ada pemain sayap kiri dan kanan yang baik begitu juga dengan pertahanan di kedua-dua posisi kanan dan kiri, di samping Perak turut mempunyai penyerang dianggap sebagai pemusnah,” katanya.

Statistik saingan Piala FA menyaksikan Perak merangkul kejuaraan dua kali selepas 1990 dan kali terakhir pada 2004 sementara Kedah muncul juara empat kali pada 1996, 2007, 2008, serta 2017 di mana ketika itu Kedah melepasi pusingan ketiga dengan menewaskan Perak 2-0 di Stadium Ipoh, Perak.

Apa lebih menarik aksi final Sabtu ini, boleh dianggap sebagai final tertunda selepas edisi 2016 menyaksikan Perak dan Kedah kecundang di tangan lawan masing-masing pada aksi separuh akhir sekali gus menafikan pertembungan dua gergasi dari Utara itu di pentas akhir.

Irfan Bakti yang terpaksa akur dengan kekalahan di tangan Perak pada final Piala Malaysia 2018 ketika membimbing Terengganu FC, berkata, kekalahan 1-5 Kedah kepada Felda United dalam aksi terakhir Liga Super baru-baru ini, sedikit akan menjejaskan persiapan pasukan berkenaan.

“Sekiranya mereka dapat melupakan kekalahan 1-5 itu, ia tidak akan jadi masalah kerana kadang-kadang kekalahan sebegitu dalam keadaan sedang merebut tempat ketiga Liga Super mampu menjejaskan moral pemain dalam aksi final nanti,” katanya.

Dalam pada itu, ketua jurulatih PKNS FC yang juga bekas ketua jurulatih skuad kebangsaan, Datuk K.Rajagobal berkata, kemenangan 4-2 Kedah ke atas Perak dalam saingan Liga Super sebelum ini, adalah motivasi terbaik buat skuad kendalian ketua jurulatih Aidil Shahrin Sahak.

“Dua-dua mempunyai kekuatan tersendiri dan jurulatih masing-masing turut mengetahui kelemahan pasukan lawan. Secara kasar Perak mempunyai kekuatan di setiap posisi dengan beberapa pemain yang menjadikan skuad itu seimbang.

“Kedah juga ada barisan pemain berkualiti dan kemenangan 4-2 baru-baru ini memberi satu keyakinan dan suntikan berguna buat mereka. Tetapi harus waspada kerana dalam final, kita perlu melihat segala kemungkinan,” katanya.

Sebagai rekod, Perak menduduki tempat kelima dengan meledak 36 gol dan bolos 31 jaringan, sementara Kedah di tempat keempat (37 gol dan bolos 29) dalam saingan Liga Super 2019, yang berakhir Ahad lepas (21 Julai).

Roboh rumah: Taktik rejim Zionis hakis identiti Palestin




BEIRUT, 23 Zulkaedah 1440H, Jumaat – Tindakan Israel merobohkan kawasan perumahan rakyat Palestin di Baitulmaqdis yang diduduki baru-baru ini, sejajar dengan dasar rejim pengganas berkenaan untuk menguasai wilayah itu, kata Menteri Luar Lubnan, Gebran Bassil.

Beliau dalam kenyataan di Twitter rasminya semalam berkata, tindakan rejim itu menghalau penduduk Palestin dari kediaman mereka adalah 'taktik' untuk menghakis identiti Palestin sebagai pemilik tanah berkenaan.

"Israel memusnahkan rumah di Tebing Barat, menghalau pemilik tanah Palestin di al-Quds dan pinggir bandar, serta menolak hak mereka kembali ke tanah air berkenaan sebagai usaha membunuh perjuangan Palestin.

"Ada juga tindakan sengaja menimbulkan masalah untuk mengalihkan perhatian rakyat Palestin daripada bahaya paling besar akan datang. Komuniti antarabangsa menjadi buta kepada kebenaran," katanya.

Rabu lalu, Amerika Syarikat (AS) menyekat cubaan Kuwait, Indonesia dan Afrika Selatan untuk menggesa Majlis Keselamatan PBB mengutuk tindakan rejim Israel merobohkan kira-kira 70 buah rumah di 10 bangunan pangsapuri kediaman penduduk Palestin di pinggir Baitulmaqdis

Menurut Reuters, tiga negara berkenaan mengedarkan draf kenyataan lima perenggan kepada 15 anggota Majlis Keselamatan PBB kelmarin, yang menyatakan kebimbangan serius dan memberi amaran bahawa perobohan itu 'melemahkan daya maju penyelesaian dua negara dan prospek keamanan yang adil dan kekal'.

Isnin lalu, ratusan rejim pengganas Israel menyerbu kawasan perkampungan Sur Baher, di Timur Baitulmaqdis dan mengisytiharkannya sebagai zon tentera.

Mereka bertindak secara biadab menghalau penduduk dari kediaman dan turut menanam bahan letupan di perumahan itu bagi untuk tujuan pemusnahan. – Agensi


Sumber: https://www.ismaweb.net/2019/07/26/roboh-rumah-taktik-rejim-zionis-hakis-identiti-palestin/

SEDA kepada seDAP?


oleh: Ir Abu Naufal

SEDA Malaysia ialah (Sustainable Energy Development Authority Malaysia) ,yang merupakan Badan Berkanun di bawah Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) yang berperanan penting dalam mentadbir dan menguruskan pelaksanaan mekanisme Tarif Galakan (FiT) melalui mandat yang termaktub di bawah Akta Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari 2011 (Akta 276)

SEDA Malaysia akan mempromosi penggunaan teknologi yang direka untuk menggalakkan kecekapan penggunaan Sumber Tenaga Boleh Baharu (Renewable Energy) seperti Teknologi Solar PV, Biogas,Biomas atau Mini Hydro.

Pada penghujung Disember lalu, YB Menteri MESTECC telah mengumumkan projek pembangunan tenaga solar berskala besar (Large Scale Solar Power Project) bernilai RM2.0 bilion.

Dengan persoalan ketelusan DAP dalam pengurusan projek terowong dan projek tambakan laut di perairan selatan Pulau Pinang (PSR) terus menjadi tanya, perlantikan 2 kroni DAP di SEDA (pada 2018 - Adun DAP Selangor - YB Rajiv Rishyakaran(mungkin sedikit boleh diterima kerana kelayakan Ijazah tulen beliau) ) dan kini, MP Ipoh Timur - YB Wong Kah Woh ( Pengerusi SEDA-yang juga merupakan anggota PAC )untuk “mengawal selia” projek pembangunan sumber tenaga boleh diperbaharui, jelas amat diragui ,dan diyakini akan membuka ruang KKN-Kronisme ,Korupsi, dan Nepotisme.Apakah sudah tiada lagi tokoh-tokoh di kalangan pakar dan jurutera profesional di Malaysia??

Pasir Gudang kini kian parah dek salah Burung Merpati seperti kata seorang Exco Negeri PH. Memandangkan YB DAP kini sudah menguasai SEDA, adalah baik kajian juga dibuat agar Tahi Burung Merpati itu boleh digunakan sebagai sumber tenaga baru sesuai aspirasi sumber tenaga diperbaharui negara kita.

Tahniah dan Takziah YB ,anda telah tukarkan SEDA kepada seDAP?


Bangsa Melayu didiskriminasi?



oleh: Hazwan Mohamad

BERIKUT adalah fakta dari sudut pencapaian ekonomi, orang Melayu masih jauh ketinggalan berbanding kaum Cina yang saya ekstrak dari buku tulisan Dr. Muhammed Abdul Khalid, Penasihat Ekonomi Perdana Menteri Malaysia yang ke-7, "The Colour of Inequality – Ethnicity, Income & Wealth in Malaysia" dan beberapa kajian status ekonomi dari kertas kajian lain.

1. Orang Melayu/Bumiputera 3.31 lebih miskin daripada orang Cina Malaysia dengan purata kekayaan hanya RM163,000.

2. Perbandingan purata kekayaan orang Melayu/Bumiputera berstatus majikan hanyalah RM267,000, jika dibandingkan dengan orang Cina, RM440,000.

3. Pemegang ijazah berbangsa Melayu hanya mempunyai purata kekayaan bernilai RM344,000 berbanding orang Cina, RM635,000.

4. Peluang seorang Graduan Melayu untuk dipanggil ke sesi temuduga adalah 5.3 kali lebih rendah berbanding graduan Cina.

5. Pekerja Melayu mendapat 20 hingga 40 peratus gaji lebih rendah berbanding pekerja Cina walaupun mempunyai tahap pendidikan yang sama.

6. Malah Dr. Abdul Khalid menyebut bahawa wujud diskriminasi di sektor swasta terhadap orang Melayu, seperti melambatkan kenaikan pangkat dan menafikan akses kepada latihan membuktikan 'favouritism' orang Cina terhadap bukan Cina..

7. Dalam kajian lain oleh Economic Planning Unit – CMI Commissioned Report on Growth with Distribution, menyatakan bahawa pendapatan orang Melayu adalah 32 peratus lebih rendah daripada pendapatan kaum Cina, dan ini disebabkan dasar-dasar diskriminasi dalam intra bidang meliputi pendidikan, pengalaman, industri dan pekerjaan.

8. Setiausaha Agung Kesatuan Pekerja-pekerja Pengangkutan Semenanjung Malaysia menyatakan bahawa terdapat kakitangan Melayu yang berkelulusan dan berinovasi tinggi, namun mereka tetap tidak mendapat peluang yang sama rata seperti dimiliki pekerja kaum Cina.

9. Dr. Rais Sariman, salah seorang arkitek Dasar Ekonomi Baharu dalam kertas kerjanya, juga menyatakan bahawa kajian Bank Dunia menunjukkan bahawa sektor swasta di negara Malaysia mengamalkan diskriminasi terhadap pekerja Melayu.

10. Datuk Akbar Ali, bekas Ketua Pengarah Jabatan Perangkaan Malaysia turut menyatakan bahawa kondisi ekonomi Melayu dalam keadaan tenat, selagi mana sektor swasta yang meliputi 85 peratus sektor pekerjaan di Malaysia masih lagi mengamalkan diskriminasi terhadap bangsa.

Ini adalah jawapan kepada kenyataan sesetengah pihak yang menyatakan bahawa orang Melayu malas bekerja lantas dibelenggu kemiskinan.

Bukan kerana orang Melayu malas apatah lagi tidak kompeten! Tetapi, orang Melayu sudah lama di diskriminasi melalui sektor swasta, yang menyumbang margin paling besar iaitu 85 peratus daripada pekerjaan secara keseluruhan di Malaysia.

Benarlah kata arkitek Dasar Ekonomi Baharu Dr Rais Sariman, bahawa orang Melayu dilayan tidak ubah seperti bangsa kelas ketiga ditanah air mereka sendiri.

Justeru, Professional Muslim Community (PMC), menyeru dan menggesa, sudah tiba masanya, untuk kerajaan secara tegas menggubal sebuah undang-undang anti-diskriminasi bagi sektor pekerjaan di Malaysia, khususnya dalam sektor swasta yang menyumbang pecahan peratusan paling besar.

PMC juga menuntut agar kata-kata YB Menteri Kewangan Lim Guang Eng dalam pembentangan Belanjawan 2019 para perenggan ke 84 yang berjanji kerajaan akan mengkaji semula undang-undang buruh, yang antara lainnya mahu menghapus amalan diskriminasi oleh majikan dapat ditepati dan dilaksana secepat mungkin.

Bukan sahaja kerajaan mesti memastikan tiada diskriminasi dari sudut perkauman, malah kerajaan perlu memastikan tiada diskriminasi terhadap pekerja yang beragama Islam. Pelbagai laporan yang diterima seperti larangan bertudung ditempat kerja dan tidak membenarkan menunaikan solat perlu dipandang serius.

Sekian.

Hazwan Mohamad ialah Presiden, Professional Muslim Community (PMC), Timb. Pengerusi UMMAH Wilayah Persekutuan.



Sumber: https://www.ismaweb.net/2019/07/26/bangsa-melayu-didiskriminasi/

Dap Memang Ada Agenda Politik Dalam Isu-Isu Kewarganegaraan?


oleh: Dr Kamarul

Kenyataan-kenyataan Alice Lau Kiong Yieng dan Hannah Yeoh Tseow Suan mengenai pertemuan mereka dan empat Ahli Parlimen DAP lain dengan Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 22 Julai lalu tidak mampu menjawab persoalan utama yang ditimbulkan sebelum ini.

Dinyatakan bahawa pertemuan ini adalah sebahagian daripada usaha untuk menjayakan janji manifesto PH, di mana Tan Sri Muhyiddin dikatakan telah mengemaskini usaha-usaha yang sedang dilakukan oleh KDN untuk menyelesaikan isu-isu kewarganegaraan kepada mereka.

Dinyatakan juga bahawa DAP telah lama memperjuangkan isu kewarganegaraan yang dikatakan melangkaui batas bangsa dan agama, serta bahawa DAP tidak mempunyai agenda politik kerana yang diminta hanyalah supaya diletakkan satu “timeline” untuk setiap kes.

Jawapan-jawapan ini pastinya tidak memuaskan hati kerana jika sekadar ini yang dimahukan oleh mereka tidak perlulah satu “high-powered team” yang diketuai oleh Setiausaha Agung DAP turun kerana perkara ini boleh sahaja ditanyakan secara terbuka di Dewan Rakyat.

Sukar untuk diterima bahawa ini dikatakan dibuat dalam kerangka PH bila mereka yang terlibat dalam pertemuan ini, malah di dalam pertemuan lain dengan pihak KDN sebelum ini, dan yang bersungguh-sungguh memperjuangkannya hanyalah pemimpin DAP sahaja.



Mengikut catatan dalam laman Facebook Alice Lau pada 23 Julai 2018, di mana beliau menunjukkan timbunan borang permohonan kewarganegaraan dari Sibu, beliau telah dilantik bagi menguruskan dokumen permohonan kewarganegaraan untuk semua Ahli Parlimen DAP.



Mengikut catatan dalam laman Facebook Alice Lau pada 18 Julai 2019 pula, beliau telah menubuhkan “Backbenchers Citizenship Committee” bagi membincangkan isu-isu kewarganegaraan, tetapi 10 Ahli Parlimen yang terlibat hanyalah daripada DAP juga.


Bahawa ini usaha eksklusif DAP juga dapat dilihat dalam bentuk kempen-kempen penerangan mengenai isu-isu kewarganegaraan yang khususnya banyak dilakukan di Sarawak yang dilakukan oleh pemimpin DAP di Pejabat-Pejabat DAP seperti berikut:
1. Majlis penerangan oleh ADUN Bukit Assek, Irene Mary Chang Oi Ling, di Pejabat DAP Sarikei pada 11 Ogos 2018.
2. Majlis penerangan oleh Irene Mary Chang di Pejabat DAP Sibu pada 12 Ogos 2018.
3. Majlis penerangan oleh Irene Mary Chang dan ADUN Pujut, Dr Ting Tiong Choon, di Pejabat DAP Miri pada 31 Ogos 2018.
4. Majlis penerangan oleh Irene Mary Chang di Pejabat DAP Kemena dan DAP Samalaju, Bintulu, pada 7 Oktober 2018.

Pertemuan enam pemimpin DAP dengan Tan Sri Muhyiddin ini juga bukanlah pertemuan kali pertama pemimpin DAP dengan pihak KDN bagi membincangkan isu-isu kewarganegaraan kerana beberapa pertemuan lain telah pernah berlaku sebelum ini.

Paling menonjol adalah pertemuan delegasi pemimpin DAP Sarawak yang diketuai oleh Pengerusinya yang juga Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Chong Chieng Jen, dengan Tan Sri Muhyiddin pada 13 Februari 2019.

Menariknya, selepas itu ADUN Pending, Violet Yong Wui Wui, telah memuatnaik gambar pertemuan antara beliau, Chong Chieng Jen dan Ahli Parlimen Bandar Kuching, Dr Kelvin Yii Lee Wuen, dengan Pegawai Khas Menteri Dalam Negeri pada 15 Mac 2019.

Lebih menarik bila Violet Yong menyebut tujuan mereka menemui Pegawai Khas Menteri Dalam Negeri itu adalah supaya kelulusan kepada kes-kes permohonan kewarganegaraan dari Sarawak yang diberi sebelum ini dapat diluluskan dalam masa paling cepat (soonest).

Kesemua perkara inilah yang menyebabkan timbulnya persepsi bahawa DAP dengan usaha eksklusifnya dalam isu-isu kewarganegaraan ini mempunyai agenda politik tertentu, apatah lagi bila mereka yang terlibat adalah mereka yang bermuka bukan Melayu bukan Islam.

Keterlebihaktifan DAP Sarawak, selain DAP Semenanjung, dalam isu-isu ini sebagai contohnya boleh sahaja menimbulkan tanda tanya apakah ia ada hubung-kait dengan Pilihan Raya Negeri Sarawak yang perlu dilangsungkan selewat-lewatnya pada tahun 2021.

Apatah lagi bila ada satu poster dalam laman Facebook Ahli Parlimen Sibu, Oscar Ling Chai Yew, berhubung dengan majlis ceramah DAP yang menampilkan pemimpin besar DAP, Lim Kit Siang, bertemakan “Selepas Sandakan, Sarawak” (“After Sandakan, It’s Sarawak”).

Sumber: https://www.facebook.com/kamarul.yusoff.7/posts/2589034067807302

Asakan Dap Di Parlimen Dalam Isu-Isu Kewarganegaraan: Pemohon Sangat Ramai, Luluskan Dengan Cepat Dan Gunakan Budi Bicara!


oleh: Dr. Kamarul

Meneliti semua perbahasan dalam Dewan Rakyat berhubung dengan masalah kewarganegaraan sejak Dewan Rakyat pertama kali bersidang selepas PRU 14, iaitu pada 16 Julai 2018, hingga ke sidang terakhirnya, iaitu 18 Julai 2019, dapatlah disahkan bahawa Ahli-Ahli Parlimen DAP adalah juara dalam memperjuangkan isu-isu kewarganegaraan.

Umumnya terdapat tiga tema utama yang diperkatakan oleh Ahli-Ahli Parlimen DAP ini, iaitu bahawa mereka yang memohon kewarganegaraan adalah sangat ramai, bahawa permohonan kewarganegaraan perlu diluluskan dalam masa yang cepat dan bahawa kerajaan hendaklah menggunakan budi bicara bagi meluluskan permohonan kewarganegaraan.

Mari kita lihat contoh-contoh kenyataan Ahli-Ahli Parlimen DAP (bagaimanapun, salah satu contoh adalah membabitkan Ahli Parlimen PKR Tebrau, Steven Choong Shiau Yoon) ini.

PEMOHON SANGAT RAMAI!

(1) Kenyataan Ahli Parlimen DAP Kepong, Lim Lip Eng, pada 19 Julai 2018: “Memandangkan masalah (kewarganegaraan) ini begitu ramai, serius dan rumit, saya hendak tanya sama ada kerajaan berhasrat untuk menubuhkan satu jawatankuasa khas, special task force, dengan izin, yang terdiri daripada Ahli-Ahli Parlimen daripada semua parti untuk menangani masalah ini?”

(2) Kenyataan Ahli Parlimen DAP Batu Kawan, Kasthuriraani a/p Patto, pada 4 April 2019: “Hari ini kita ada ramai foreign spouses yang ingin berkahwin dengan warganegara Malaysia untuk menjadi warganegara kita maka saya harap kita ada SOP, audit dan KIP yang lebih baik untuk kita menangani dengan izin, for us to manage the situation of foreign spouses.”

(3) Kenyataan Ahli Parlimen PKR Tebrau, Steven Choong Shiau Yoon, pada 18 Julai 2019: “Saya menjangkakan (permohonan kewarganegaraan di bawah Artikel 15A Perlembagaan Persekutuan) ini amat besar, angka ini kerana saya selalu menerima banyak permohonan melalui saya.”

LULUSKAN DENGAN CEPAT!

(1) Kenyataan Ahli Parlimen DAP Lanang, Alice Lau Kiong Yieng, pada 6 Disember 2018: “Saya berharap dengan peruntukan yang lebih banyak di JPN dapat mempercepatkan proses pengendalian kelulusan permohonan kewarganegaraan terutama permohonan dari Sarawak.”

(2) Kenyataan Ahli Parlimen DAP Beruas, Dato’ Ngeh Koo Ham, pada 25 Mac 2019: “Sebab itu dalam keadaan sedemikian (mereka dikatakan bukan warganegara Malaysia tetapi mereka pun tidak ada kewarganegaraan mana-mana negara yang lain), saya harap pihak kerajaan boleh menyelesaikan perkara ini dengan secepat mungkin.”

(3) Kenyataan Ahli Parlimen DAP Klang, Charles Anthony Santiago, pada 25 Mac 2019: “Oleh itu saya berharap pihak kerajaan mempercepatkan proses kelulusan kewarganegaraan kepada kanak-kanak tanpa warganegara dan warga emas yang berkelayakan.”

GUNAKAN BUDI BICARA!

(1) Kenyataan Ahli Parlimen DAP Beruas, Dato’ Ngeh Koo Ham, pada 6 Disember 2018: “Untuk pemberian kewarganegaraan ini, pihak Yang Berhormat Menteri ada budi bicara sama ada memberikan kewarganegaraan tersebut atau tidak... Ramai orang sekarang menderita kerana budi bicara Yang Berhormat Menteri itu tidak dilaksanakan dengan baik...”

(2) Kenyataan Ahli Parlimen DAP Beruas, Dato’ Ngeh Koo Ham, pada 18 Mac 2019: “Mengikut Perkara 15 Perlembagaan Persekutuan, seorang isteri rakyat Malaysia berhak didaftarkan sebagai warganegara Malaysia. Adakah kerajaan sudi melihat semula amalan sekarang di mana mereka diberikan pas lawatan tadi kata social pass ataupun pas residen atau permastautinan tahunan selama sekurang-kurangnya tiga tahun, kemudian baru boleh memohon untuk jadi kita kata permanent resident, kemudian baru boleh memohon untuk kewarganegaraan?”

(3) Kenyataan Ahli Parlimen DAP Beruas, Dato’ Ngeh Koo Ham, pada 26 Mac 2019: “Yang penting sekarang ialah di bawah Perlembagaan kita, dalam beberapa kategori, kerajaan mempunyai budi bicara. Perkara 14 by operation of law, ia secara automatik. Jadi kita sekarang nak tahu, apakah polisi kerajaan berkenaan dengan pemberian kewarganegaraan ini dalam keadaan-keadaan di mana kerajaan ada budi bicara untuk memberikan?”

Nota: Perkara 15A Perlembagaan Persekutuan adalah berbunyi “Tertakluk kepada Perkara 18, Kerajaan Persekutuan boleh, dalam apa-apa hal keadaan khas yang difikirkannya patut, menyebabkan mana-mana orang yang di bawah umur dua puluh satu tahun didaftarkan sebagai warganegara.”

Sumber: https://www.facebook.com/kamarul.yusoff.7/posts/2590726697638039

"Perketat Kawalan & Pemantauan Terhadap Ayam Import"


oleh: MUHAMMAD HUZAINI ROHANI

Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah mengucapkan syabas terhadap pihak berkuasa yang telah berjaya melakukan pemantauan sehingga terbongkarnya isu ayam import yang tidak halal dan diragui statusnya.

Dimaklumkan menurut perkara yang ditularkan, daging ayam tersebut telah diimport dari luar negara dan dibungkus semula untuk diedarkan di pasaran Sabah khususnya sekitar Kota Kinabalu dengan harga yang begitu murah. Ia menjadi suatu isu yang sangat serius terhadap pengguna terutama dari kalangan umat Islam.

Seperti yang kita ketahui, permintaan terhadap bahan basah ini begitu tinggi dan kefardhuan umat Islam terhadap perkara berkait "halalan thoyyibah" perlu menjadi keutamaan dalam menjaga industri makanan halal di negeri kita.

Melihat terhadap perkara ini, kami mencadangkan beberapa penekanan yang sesuai untuk dipertimbangkan dan dilaksanakan oleh pihak berwajib iaitu;

1. Penguatkuasaan dan operasi semak status penyembelihan halal yang berterusan dan efisien. Ini kerana penguatkuasaan yang lompang akan menyebabkan pengusaha berskala besar akan terus menerus bebas memproses ayam yang syubhah penyembelihannya untuk diedarkan kepada pengguna termasuk pengguna Muslim.

2. Pengusaha yang telah melanggar peraturan dan garis panduan yang telah ditetapkan hendaklah didakwa dari semasa ke semasa sebagai usaha 'pre-emptive'. Makluman berkaitan pendakwaan hendaklah dikemaskini dan diwar-warkan kepada awam. Penggantungan sementara lesen atau permit penyembelihan dan perniagaan ke atas pengusaha yang telah didakwa kali kedua juga wajar dipertimbangkan untuk dikenakan oleh pihak berwajib.

3. Pihak berkuasa yang berkaitan seperti Jabatan Hal Ehwal Agama Negeri Sabah (JHEAINS), dengan kerjasama Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) dan JPHPT hendaklah menyediakan dan menggaji pegawai bertauliah untuk ditempatkan atau memantau beberapa pusat penyembelihan berskala besar dan sederhana. Tambahan, peranan pihak kerajaan mengadakan kursus kemahiran menyembelih haiwan juga hendaklah diadakan. Hal ini perlu rentetan kemahiran menyembelih haiwan semakin berkurangan dalam kalangan umat islam sendiri.

4. Kami juga memberi saranan agar pengguna yang beragama Islam dapat membeli bekalan ayam di kedai-kedai yang diyakini halal dan dimiliki oleh peniaga muslim bagi memastikan tidak timbulnya isu seperti sekarang.

Memandangkan Malaysia merupakan negara yang pertama sekali di dunia mengeluarkan manual untuk pemprosesan ayam halal (MS 1500 : 2009) yang telah dijadikan panduan negara lain seperti Brazil dan negara-negara di Eropah, maka pihak berkuasa hendaklah segera menangani masalah ini dari terus berlaku dan meruncing dalam negara. Dengan kajian dan cadangan, pihak berwajib perlu mengambil tanggungjawab terhadap masalah yang telah dan sedang berlaku.

Ini adalah beberapa saranan daripada pemuda PAS sebagai parti yang konstruktif sesuai dengan konsep Budaya Politik Matang dan Sejahtera. Pemuda PAS sedia untuk berkerjasama dengan pihak yang berkaitan bagi membantu agar isu ini tidak berulang.

"Demi Islam"

MUHAMMAD HUZAINI ROHANI ialah Pengerusi Lajnah Pekerja, Pengguna dan Alam Sekitar,
Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah

http://harakahdaily.net.my/index.php/berita/12124-perketat-kawalan-pantauan-terhadap-ayam-import
© all rights reserved
made with by templateszoo