Tipu daya pembangunan, paksa penduduk setuju


PROJEK pembinaan Masjid Sungai Nibong Besar (MSNB) yang baru yang terpaksa ditangguhkan kerana tipudaya kerajaan negeri yang ingin menukar jajaran LRT menunjukkan betapa rakusnya kerajaan negeri dalam merosakkan geobudaya yang berada di situ. Ini juga menunjukkan kerajaan negeri tidak kisah dengan perpaduan masyarakat yang telah lama terbina di situ asalkan matlamat nafsu besar mereka dalam membina tiga pulau puaka di Selatan Pulau Pinang tercapai.

Dalam Muktamar PAS Pusat baru-baru ini, perwakilan Pulau Pinang telah memberi amaran bahawa perpaduan masyarakat yang telah dibina boleh dimusnahkan sekiranya pembangunan tidak dijalankan dengan seimbang oleh kerajaan. Perkara ini boleh dilihat daripada perkara yang sedang berlaku ini di mana rata-rata penduduk kariah ini membantah tipudaya projek ini terpaksa berdemo dalam meluahkan ketidakpuas hati mereka. Namun tindakan mereka ini dituduh oleh sebahagian penduduk Melayu yang lain sebagai menimbulkan isu perkauman.

Mereka yang mempunyai ahli keluarga di kubur sebelah masjid berkenaan juga membantah sekeras-kerasnya projek ini kerana turut melibatkan tanah perkuburan. Kemarahan mereka bertambah apabila ada tanda telah diletakkan di tanah perkuburan tersebut yang dirisaukan kawasan yang akan terkesan daripada projek ini. Mana-mana bangsa pun dalam negara ini tidak suka sekiranya kubur ahli keluarga mereka diganggu kerana pembangunan yang tidak seimbang seperti ini. Mana mungkin masyarakat Cina akan membenarkan kawasan bukit yang terdapat kubur keluarga mereka diganggu atas nama pembangunan. Begitu juga masyarakat India dan bangsa-bangsa lain.

Lebih menyedihkan lagi apabila Jabatan Mufti terpaksa diheret dalam menyelesaikan masalah ini memandangkan tanah yang terlibat ialah tanah wakaf. Sekiranya kerajaan negeri peka dengan sensetiviti umat Islam sepatutnya awal-awal lagi mereka telah merujuk mufti pada awal perancangan LRT ini. Namun yang terjadi adalah sebaliknya. Asal jajaran LRT ini tidak melalui tanah wakaf. Selepas masjid dirobohkan baru jawatankuasa masjid dipanggil untuk dimaklumkan perubahan jajaran LRT ini yang melibatkan tanah wakaf masjid. Selepas jawatankuasa dan penduduk kariah marah, berdemo, baru kerajaan negeri hendak merujuk Jabatan Mufti.

Kesan projek ini semestinya tidak terhenti di sini sahaja. Projek LRT ini adalah projek yang perlu ‘diluluskan’ segera dalam usaha kerajaan negeri untuk menghalalkan pembinaan 3 pulau puaka di Selatan Pulau Pinang. Ini kerana projek Pelan Induk Pengangkutan Negeri Pulau Pinang atau PTMP menelan kos sebanyak RM46 bilion, dan projek LRT ini adalah salah satu daripadanya. Mana mungkin pendapatan kerajaan negeri yang purata lebih kurang RM1 bilion setahun akan mampu untuk menjana projek sebesar ini. Kerqna itu untuk mendapatkan dana yang besar ini, kerajaan menawarkan penambakan tiga pulau kepada pemaju dalam menampung kos projek ini.

PAS Pulau Pinang membantah sepenuhnya projek LRT dan PTMP yang penuh dengan keraguan ini. Sebagai rakyat Malaysia yang cintakan perpaduan dan keamanan negara, bersama kita menolak pembangunan yang tidak seimbang seperti ini.

"Islam Memimpin Perpaduan"

USTAZ MOHD YUSNI MAT PIAH
ADUN N.01 Penaga
Ketua Penerangan PAS Negeri Pulau Pinang
Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat - HARAKAHDAILY 28/6/2019
Reactions:

Post a Comment

[blogger]

1Mediaonline

{facebook#facebook.com/1mediaonline} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget