Tak perlu teruskan persidangan promosi LGBT - JAKIM


BANGI, 29 Ramadan 1440H, Isnin – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) hari ini meminta pihak berkuasa berkaitan supaya mengambil tindakan bersesuaian terhadap penganjuran persidangan mempromosi golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) di ibu negara, Oktober depan.

Ketua Pengarah Jakim, Datuk Mohamad Nordin Ibrahim berkata, pihaknya berpendirian tegas bahawa program berkenaan tidak perlu diteruskan, memandangkan ia tidak mempunyai rakan kolaborasi dan pembentang dari Malaysia.

Beliau berkata, persidangan itu sebaliknya menampilkan pembentang daripada kalangan aktivist transgender di peringkat antarabangsa, termasuklah dari Sri Lanka dan Amerika Syarikat (AS).

"Bagi Jakim, aktiviti ini jelas mempromosi LGBT di Malaysia dan bertentangan dengan agama Islam serta Perlembagaan Persekutuan.

"Ia juga bertentangan dengan kenyataan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pada 22 September 2018, yang menegaskan Malaysia tidak menerima gaya hidup LGBT untuk diamalkan," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas mengenai Persidangan Antarabangsa Ke-2 Mengenai Jantina dan Seksualiti 2019 yang dijadualkan berlangsung selama dua hari pada 3 dan 4 Oktober, di ibu negara.

Difahamkan, persidangan antarabangsa ini bertujuan untuk menyediakan platform kepada penyelidik, ahli akademik di seluruh dunia bagi membincangkan hak sama rata dan langkah terbaik menangani hubungan jantina.

Semalam, Perikatan Wanita Antarabangsa Untuk Institusi Keluarga dan Pendidikan Berkualiti (WAFIQ) turut membantah sekeras-kerasnya persidangan itu dan mendesak kerajaan supaya bertindak tegas dan tidak membenarkan persidangan seumpama itu berlangsung di Malaysia.

Setakat ini persidangan yang dianjurkan bersama oleh beberapa universiti ini tidak menyatakan lokasi sebenar bakal diadakan di Kuala Lumpur.

Sumber: https://www.ismaweb.net/2019/06/03/tak-perlu-teruskan-persidangan-promosi-lgbt-jakim/


Reactions:

Post a Comment

[blogger]

1Mediaonline

{facebook#facebook.com/1mediaonline} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget