NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Sultan Johor tegur ahli Parlimen PKR hadiri majlis buka puasa di kuil Sikh


PETALING JAYA: Sultan Johor hari ini menegur Ahli Parlimen Johor Baru, Akmal Nasir kerana menghadiri majlis berbuka puasa yang diadakan di sebuah kuil Sikh di ibu negeri itu, Selasa lalu.

Sultan Ibrahim Sultan Iskandar menyuarakan kekecewaan terhadap Akmal yang menghadiri majlis itu tanpa merujuk Majlis Agama Islam Johor berhubung majlis itu yang mendapat bantahan pelbagai pihak.

"Sebagai pemimpin, seharusnya beliau sedar, tahu dan faham untuk membezakan tindakan politik dan agama. Ini menunjukkan ketidakmatangannya sebagai seorang pemimpin dan ahli politik," kata Sultan Johor dalam satu kenyataan yang dimuat naik ke Facebooknya.

Minggu lalu, Akmal menghadiri "Majlis Iftar Muhibbah Bersama YB Akmal Nasrullah Nasir" di Gurdwara Sahib yang bersebelahan masjid ahli politik PKR itu menunaikan solat terdahulu.

Kehadirannya mendapat kritikan pelbagai pihak di media sosial, tetapi Akmal mempertahankan tindakannya dengan berkata, ia tidak menjadikannya kurang Islam atau mengugat akidahnya.

Sultan Ibrahim berkata, majlis di rumah ibadat bukan Islam memberi peluang kepada orang bukan Islam untuk mendakyahkan agama mereka kepada umat Islam dan kesannya lebih serius apabila seorang ahli politik beragama Islam menghadiri acara seperti berbuka puasa yang boleh menjadi ikutan orang lain.

Katanya, tindakan itu menimbulkan rasa tidak selesa, kekeliruan dan ketegangan antara masyarakat, khasnya antara mereka yang kurang pendidikan agama.

Sultan Ibrahim berkata, Johor mempunyai penduduk berbilang agama, kaum, budaya dan fahaman, jadi ada yang mungkin menganggap tindakan Akmal tidak elok kerana ia membabitkan rumah ibadat mereka.

"Permuafakatan, keharmonian dan perpaduan antara kaum dalam bangsa Johor telah disemarakkan sejak zaman-berzaman. Maka, tidak perlu pendekatan baru yang tidak syarie sebagaimana yang dibuat ahli Parlimen itu.

Berdasarkan Perlembagaan Persekutuan, sultan ialah ketua Islam dalam negerinya. - FMT

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo