Sokongan pemimpin Melayu pupuk perpaduan: Muafakat


BANGI, 27 Ramadan 1440H, Sabtu – Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (Muafakat) bersetuju dengan peringatan Sultan Selangor bahawa orang Melayu akan hilang segala-galanya, jika terus berpecah dan hidup dalam keadaan porak-peranda kerana akan ada pihak lain mendapat keuntungan.

Sama seperti apa dizahirkan Sultan Sharafuddin Idris Shah, Muafakat juga melihat perbalahan dan pertelingkahan sesama Melayu hari ini sudah sampai ke tahap parah apabila dilakukan secara terbuka dan termasuk di laman sosial dan media arus perdana.

Ketua Media Muafakat, Haji Rashidi Haris berkata, perbalahan ini mencakupi semua aspek daripada perkara tidak begitu besar, tetapi diperbesar-besarkan sehingga menjadi punca kepada pertelingkahan dan mengakibatkan perpecahan yang ketara.

“Justeru Muafakat yakin dengan sokongan kuat daripada baginda dan kesedaran pemimpin Melayu akan perkara ini, nescaya orang Melayu akan dapat bersatu semula dan memupuk perpaduan erat.

“Selain itu, sebarang kelemahan boleh diatasi jika sesama Melayu sentiasa mengamalkan sikap berbaik sangka, tiada hasad dengki, tiada pengkhianatan, tidak berdendam, tetapi saling mahu bekerjasama, bantu-membantu serta tidak mementingkan diri sendiri,” katanya dalam satu kenyataan.

Sebelum ini, Sultan Sharafuddin menzahirkan rasa dukacita dengan gejala dan masalah perpecahan dalam kalangan orang Melayu yang kini telah sampai ke tahap amat merisaukan.

Baginda bertitah, perpecahan itu dilihat begitu teruk sekali terutamanya apabila wujud banyak kumpulan kononnya berjuang atas dasar kepentingan orang Melayu namun bertambah buruk apabila golongan berkenaan sering mengecam antara satu sama lain seperti menconteng arang ke muka sendiri.

Titah baginda lagi, gejala perpecahan lebih diburukkan apabila terdapat segelintir pemimpin Melayu sendiri yang melemparkan cercaan dan sindiran terhadap bangsanya secara terbuka tanpa segan silu.

Sumber: https://www.ismaweb.net/2019/06/01/sokongan-pemimpin-melayu-pupuk-perpaduan-muafakat/
Labels:
Reactions:

Post a Comment

[blogger]

1Mediaonline

{facebook#facebook.com/1mediaonline} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget