Pasir Gudang tidak lestari, 3 gas luar biasa dikenalpasti


PUTRAJAYA: Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (MESTECC) menyifatkan pembangunan di Pasir Gudang, Johor yang tidak lestari telah memberi kesan jangka panjang yang negatif terhadap alam sekitar.

Menterinya, Yeo Bee Yin berkata, kepesatan pembangunan dan kepadatan industri kimia yang tinggi di Pasir Gudang menjadi penyumbang utama kepada impak ‘loading capacity’ persekitaran termasuk udara, tanah dan sungai.

Jelasnya, pembangunan tidak lestari itu menyebabkan alam sekitar menjadi tepu dengan pelbagai gas atau wap yang terampai di udara, pelepasan afluen yang tidak dikawal rapi di perparitan dan saliran sekaligus menyebabkan persekitaran menjadi tidak stabil dan amat sensitif.

“Pembangunan Pasir Gudang yang tidak lestari juga menyebabkan ketiadaan zon penampan antara industri berasaskan bahan kimia dengan kawasan sekolah, perumahan dan pusat aktiviti masyarakat, sekaligus mendedahkan penduduk Pasir Gudang kepada risiko bencana kimia.

“Ketiadaan zon penampan meyebabkan terdapat sekolah yang kedudukannya amat dekat dengan kilang-kilang ini,” katanya pada sidang media bersama Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad di sini hari ini.

Jelasnya, ketika ini Pasir Gudang mempunyai sebanyak 2,005 buah kilang berlesen dan 250 daripadanya adalah kilang berasaskan bahan kimia.

Susulan kejadian pelajar sesak nafas di daerah itu sejak 20 Jun lalu, Bee Yin berkata pihaknya mengesan kehadiran gas methyl mercaptan menerusi bacaan gas yang dibuat baru-baru ini.

“Akibat persekitaran udara yang tepu di Pasir Gudang, sebarang anomaly (luar biasa) seperti ini akan memberi kesan kepada kumpulan yang berisiko tinggi seperti kanak-kanak dan penghidap asthma.

“Dua gas lain yang turut dikesan adalah Acrylonitrile dan Acrolein. Bagaimanapun, ketiga-tiga gas yang telah disebut ini, tidak dikesan dalam sampel darah dan air kencing pesakit,” katanya.

Tegasnya, MESTECC telah mengambil langkah-langkah segera untuk melupuskan faktor-faktor penyumbang kepada kehadiran gas-gas tersebut, serta meneruskan usaha-usaha penguatkuasaan dan pemantauan ke atas kilang-kilang berasaskan bahan kimia di sekitar Pasir Gudang.

Labels:
Reactions:

Post a Comment

[blogger]

1Mediaonline

{facebook#facebook.com/1mediaonline} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget