Orang kafir agih zakat?


(Panduan al-Quran tentang kedudukan Zakat)

Dr. Mohd Rosdi bin Ismail
3 Jun 2019

Assalamualaikum wbt;-
Satu sorotan ringkas tentang pengurusan agihan zakat dari persfektif al-Quran.

A- KEPADA ORANG KAFIR YANG AGIH ZAKAT :-
1- Zakat itu bukti kepada anutan akidah yang betul di samping solat. Menyampaikan zakat itu dituntut ke atas orang yang beriman dengan Allah swt. Maksudnya, sebelum berurusan dengan zakat, Allah minta kita beriman dulu dengan Nya. Firman Allah : “Dan dirikanlah solat, dan tunaikanlah zakat dan ruku’lah bersama orang-orang yang ruku’ ﴿وأقِيمُوا الصَّلاةَ وآتَوُا الزَّكاةَ وارْكَعُوا مَعَ الرّاكِعِينَ﴾ al- Baqarah/43 .. maka marilah kita beriman kepada Allah dengan Islam, kerana hanya Islam agama yang diterima Allah swt.

2- Ayat ini dituju kepada kamu yang belum memeluk Islam, lebih-lebih lagi jika kamu beragama Kristian. Firman Allah ; “Wahai Bani Israil! Kenangkanlah kamu akan segala nikmat yang telah Kuberikan kepada kamu, dan sempurnakanlah perjanjian (kamu) denganKu, supaya Aku sempurnakan perjanjianKu dengan kamu; dan kepada Akulah sahaja hendaklah kamu merasa gerun takut, (bukan kepada sesuatu yang lain)”. Perjanjian di sini merujuk kepada perakuan setuju para Nabi Bani Israel untuk beriman dengan nabi Muhammad saw.

3- Berimanlah dengan Nabi Muhammad, sebagaimana janji datuk nenek kamu para nabi Bani Israel terdahulu yang pernah berjanji untuk berbuat demikian dengan berkata; “Kami berjanji” Lantas Allah berkata; “Maka bersaksilah (terhadap diri kamu dan pengikut kamu) “dan Aku juga bersama kamu dari kalangan orang yang bersaksi” (قالُوا أقْرَرْنا قالَ فاشْهَدُوا وأنا مَعَكم مِنَ الشّاهِدِينَ ) Alu `Imran/82

4- Berimanlah dengan Al-Quran ﴿وآمِنُوا بِما أنْزَلْتُ مُصَدِّقًا لِما مَعَكُمْ﴾ dan jangan menolaknya ﴿ولا تَكُونُوا أوَّلَ كافِرٍ بِهِ﴾ . Maksudnya, terimalah Islam sepenuhnya sebagaimana kamu sudi menerima kerja agihan zakat itu, walaupun ia tidak sesuai dilakukan oleh kamu sebagai bukan pihak pengurus (amil) zakat.

5- Janganlah lakukan itu hanya kerana sekadar wayang gambar mengekalkan kedudukan kamu ditampuk kuasa ﴿ولا تَشْتَرُوا بِآيَتِي ثَمَنًا قَلِيلا﴾. Selagi kamu tidak memilih Islam, kami tetap ragu terhadap segala usaha baik kamu itu.

6- Takutlah hanya kepada Allah kerana Dia pencipta kita semua. Hanya dia tuhan yang layak disembah. Firman Allah ﴿وإيّايَ فارْهَبُونِ﴾ dan ﴿وإيّايَ فارْهَبُونِ﴾. Buatlah kerana takut dan beriman kepada Allah semata-mata, dan bukan kerana ada agenda tersembunyi seperti yang diungkap oleh kedua-dua lafaz ﴿وإيّايَ﴾.

7- Tutuplah aurat dengan sempurna kerana Masjid itu ada adab-adabnya. Wanita penyampai yang memakai seluar panjang ketat masih tidak sopan untuk berada di dalam masjid, sebuah rumah Allah, kerana sebaik-baik pakaian ialah yang menjaga aurat si pemakai daripada terpandang oleh mata orang Islam. Allah beritahu jaga aurat itu perlu untuk semua anak Adam; “Wahai anak-anak Adam! Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu (bahan-bahan untuk) pakaian menutup aurat kamu, dan pakaian perhiasan; dan pakaian yang berupa taqwa itulah yang sebaik-baiknya. Yang demikian itu adalah dari tanda-tanda (limpah kurnia) Allah (dan rahmatNya kepada hamba-hambaNya) supaya mereka mengenangnya (dan bersyukur)”. Firmannya;- ﴿يا بَنِي آدَمَ قَدْ أنْزَلْنا عَلَيْكم لِباسًا يُوارِي سَوْآتِكم ورِيشًا ولِباسَ التَّقْوى ذَلِكَ خَيْرٌ ذَلِكَ مِن آياتِ اللَّهِ لَعَلَّهم يَذَّكَّرُونَ﴾ - al-A`raaf/26. Saya rasa seluar yang dipakai Kasthuriaani Patto tak diterima oleh Dewan Rakyat sebagai pakain rasmi. Pada saya Masjdi adalah lebih dari Dewan Rakyat.

B- KEPADA PEMIMPIN ISLAM YANG MEMERINTAH;-
1- Kamu hadirlah sebagai penyampai zakat dan ajaklah pemimpin kafir itu hanya sebagai pembantu urusann kamu, kerana tugas menyampaikan atau mengagihkan zakat itu kerja kamu dan bukan kerja mereka. Allah berfirman : “Orang mukmin lelaki dan orang mukmin perempuan itu adalah pemimpin sesama mereka”. ﴿والمُؤْمِنُونَ والمُؤْمِناتُ بَعْضُهم أوْلِياءُ بَعْضٍ﴾ . al-Taubah/71

2- Antara kerja kamu ialah ; “menyuruh ma`ruf, mencegah mungkar, menunaikan solat, menyampaikan zakat dan mentaati Allah dan rasul Nya (Muhammad saw)” . Firman Allah ; ﴿ يَأْمُرُونَ بِالمَعْرُوفِ ويَنْهَوْنَ عَنِ المُنْكَرِ ويُقِيمُونَ الصَّلاةَ ويُؤْتُونَ الزَّكاةَ ويُطِيعُونَ اللَّهَ ورَسُولَهُ﴾ . al-Taubah/71.

3- Jika kamu lakukan semua itu, maka hasrat RAHMATAN LIL ALAMIN yang kamu ingin sampaikan itu akan terlaksana dengan jayanya. Firman Allah ﴿أُولَئِكَ سَيَرْحَمُهُمُ اللَّهُ إنَّ اللَّهَ عَزِيزٌ حَكِيمٌ﴾ . al-Taubah/71

4- Ingatlah kerja mengagihkan zakat itu termasuk dalam kerja ketiga (selepas beriman dan mendirikan solat) daslam konteks memakmurkan rumah Allah (masjid) yang perlu dilakukan oleh orang yang beriman kepada Allah. Orang itu hendaklah hanya takut kepada Allah dan bukannya penentang peraturan Allah swt. Fimran Allah swt: ﴿إنَّما يَعْمُرُ مَساجِدَ اللَّهِ مَن آمَنَ بِاللَّهِ واليَوْمِ الآخِرِ وأقامَ الصَّلاةَ وآتى الزَّكاةَ ولَمْ يَخْشَ إلّا اللَّهَ ﴾ al-Taubah/18. Bila semua syarat tersebut dipenuhi, kita akan mendapat petunjuk atau hidayat Allah . Firmn Allah ﴿ فَعَسى أُولَئِكَ أنْ يَكُونُوا مِنَ المُهْتَدِينَ﴾ al-Taubah/18.

5- Maksudnya, membenarkan orang kafir mengagih zakat kepada orang Islam itu tidak patut dilakukan kerana ia adalah gambaran kepada ibadah dan Syiar Islam yang hanya perlu dilakukan oleh orang Islam sendiri secara bersih dari syirik sebagai mana melakukan upacara ibadat Haji. Pesan Allah swt; “Begitulah (syiar upacara ibadat Haji itu). Dan sesiapa yang membesarkan Syiar Allah, maka sesungguhnya ia adalah daripada taqwa hati (orang yang beriman)”. Fimran Allah ﴿ذَلِكَ ومَن يُعَظِّمْ شَعائِرَ اللَّهِ فَإنَّها مِن تَقْوى القُلُوبِ﴾ al-Haj/32

6- Ketahuilah, SYIRIK yang ada dalam diri orang kafir itu adalah najis akidah yang kotor. Ia tidak melayakkan untuk mereka terlibat dengan kerja-kerja Tauhid yang mulia seperti rukun Islam itu. Allah berfirman; “Sememangnya orang musyrikin itu najis. Maka jangan lagi mereka mendekati Masjidil Haram sesudah tahun ini”. Firman Allah swt ﴿يا أيُّها الَّذِينَ آمَنُوا إنَّما المُشْرِكُونَ نَجَسٌ فَلا يَقْرَبُوا المَسْجِدَ الحَرامَ بَعْدَ عامِهِمْ هَذا﴾ al-Taubah/28. Dalam ayat ini Allah melarang mereka mendekati salah satu rukun Islam, iaitu ibadat Haji kerana syirik yang ada dalam diri mereka kerana Ibadat haji itu kerja ibadah Tauhid seperti Zakat.

7- Jika kamu bimbang ketegasan ini akan mengurangkan kunjungan mereka (baca sokongan mereka) kepada kamu, Allah akan ganti kamu dengan kelebihan Nya, jika Dia sudah mahu, kerana Dia maha mengetahui sesungguhnya Allah itu maha mengetahui lagi maha bijaksana. Firman Allah swt; ﴿وإنْ خِفْتُمْ عَيْلَةً فَسَوْفَ يُغْنِيكُمُ اللَّهُ مِن فَضْلِهِ إنْ شاءَ إنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ حَكِيمٌ﴾ al-Taubah/28.

C- KEPADA PEMBAYAR ZAKAT
1- Jika nasihat Allah ini tidak diendah lagi oleh para pemimpin Islam, dan kamu tidak sudi zakat kamu diagihkan oleh mereka yang tidak sepatutnya, kamu bayarlah zakat kamu kepada mana-mana pihak berkuasa Islam yang akan mengagihkan sendiri zakat itu kepada asnafnya.

2- Ingatlah, ketua yang menjaga urusan kamu ialah Allah, dan Rasulnya (Muhammad SAW), dan orang-orang yang beriman yang ;1-Mendirikan Solat, 2-Menunaikan (baca menunaikan zakat dan menyampaiaknnya) dan 3-Dan mereka adalah orang-orang yang ruku’ (dalam solat-solat sunat). Firman Allah; ﴿إنَّما ولِيُّكُمُ اللَّهُ ورَسُولُهُ والَّذِينَ آمَنُوا الَّذِينَ يُقِيمُونَ الصَّلاةَ ويُؤْتُونَ الزَّكاَةَ وهم راكِعُونَ﴾ al-Maidah/55. Lafaz ( ويؤتون الزكاة ) yang bermaksud; “menunaikan zakat” jelas menuntut orang Islam yang wajib menunaikan zakat dan menyampaikannya kepada asnaf.

3- Maksudnya, agihan zakat melalui orang kafir adalah bercanggah dengan TUNTUTAN PENGURUSAN dalam ayat ini. Ia perlu dihalang. Orang Islam perlu menunaikan dan menyampaikannya sendiri solat dan zakat adalah dua ibadah yang menjadi imej kepada kekuatan dan kemenangan parti Allah. Allah berpesan; “Dan sesiapa yang berketuakan Allah dan Rasulnya (Muhammad SAW) dan orang-orang yang beriman, maka sesungguhnya parti Allah itulah yang menang”. Firman Nya: ﴿ومَن يَتَوَلَّ اللَّهَ ورَسُولَهُ والَّذِينَ آمَنُوا فَإنَّ حِزْبَ اللَّهِ هُمُ الغالِبُونَ﴾ al-Maidah/55.

4- Sebenarnya RASA KEMENANGAN itulah rahsia disebalik aktiviti agihan zakat yang sedang dilakukan sekarang. Ia septutntyan dinikmati oleh orang Islam dan buaknnya orang kafir kerana zakat itu harta orang Islam untuk orang Islam. Oleh itu, bayarlah zakat kamu kepada mereka yang memenangkan Islam atau kamu agih sendiri kepada asnaf yang kamu rasa layak.

5- Janganlah sekali kamu membenci pemimpin kafir yang telah mengagihkan zakat tersebut dari kerana rasa marah hati kamu, kerana itu adalah nafsu, sebaliknya kamu boleh benci atau tidak suka perbuatan terrsebut kerana ia bukan perbuatan yang lebih utama, kerana masih ada orang Islam yang boleh melakukannya. Ini kerana Nabi SAW riwayat Hakim bin Bizam bahawa Nabi SAW; “Tangan yang di atas itu lebih baik dari tangan yang di bawah .. dan mulakanlah dengan orang yang bener-benar memerlukan .. dan sebaik-baik sedekah itu dari yang terbaik .. sesiapa yang berpada daripada meminta-minta Allah akan cukupkannya .. dan sesiapa berpada dengan apa yang ada Allah akan kayakannya”. – Muttafaqun alaih.

D- KEPADA PENERIMA ZAKAT
1- Kamu terimalah zakat itu jika benar-benar perlu, kerana itu hak atau bahagian kamu dengan penuh rasa bersyukur kepada Allah, bukannya kepada manusia yang memberi kerana itu adalah kewajiban mereka.

2- Jika kamu berasa hina dengan cara agihan tersebut (maksudnya, kamu rasa tangan orang kafir yang menghulur lebih tinggi atau mulia dari tangan orang mukmin yang menerima), kamu bertahanlah dan mohonlah bantuan kepada pihak lain. Ingatlah Allah akan datangkan rezekinya yang tidak disangka-sangka apabila keadaan sudah benar-benar perlu.

3- Belanjakanlah zakat itu dengan sebaiknya secara halal kerana ia adalah amanah Allah untuk kamu.

Saya hanya menyampaikan maksud kalam Allah sahaja. Sekian terima kasih. Wassalam


Labels:
Reactions:

Post a Comment

[blogger]

1Mediaonline

{facebook#facebook.com/1mediaonline} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget