Mengapa DAP Beriya Agih Zakat?




oleh: Dr. Ahmad Sanusi Azmi

1. DAP adalah parti yang mendokong pemikiran liberal dan sekular. Mereka sebelum ini tegar menyifatkan perjuangan Islam sebagai Taliban dan membawa kepada kemunduran. Anehnya, dalam bulan Ramadan ini mereka beriya-iya pula mengagihkan harta zakat, salah satu daripada asas perjuangan Islam.

2. Ketika Rasulullah dihina dan penghina tersebut menerima hukuman, Lim Kit Siang tampil mempersoalkan hukuman terhadap lelaki yang menghina Rasulullah tersebut. Kata Kit Siang, hukuman tersebut keterlaluan. Penghina Rasulullah dibela, anehnya pemberian harta zakat mereka bersungguh pula mereka agihkan.

Lihat: https://www.projekmm.com/news/berita/2019/03/10/tidak-patut-penjara-10-tahun-hina-nabi-kata-kit-siang/1731090

3. Menurut Astro Awani, Nga Kor Ming pula pernah menghina sambutan Aidilfitri, dengan menyifatkan sedekah di hari tersebut sebagai rasuah. Aidilfitri dihina, anehnya bila tiba Ramadan ini mereka bersungguh pula terlibat dengan urusan pengagihan duit zakat.

Lihat: http://www.astroawani.com/berita-politik/hina-perayaan-aidilfitri-polis-diminta-siasat-status-facebook-nga-kor-ming-110433

4. YB Batu Kawan dalam satu coretan di dalam Facebook pernah memerli Kelantan dengan menyatakan seolah hiburan bagi orang Kelantan adalah kanak-kanak wanita. Ini seakan memerli isu perkahwinan kanak-kanak yang berlaku di Kelantan.

Lihat: http://www.utusan.com.my/berita/politik/apa-motif-kasthuri-patto-1.798559

Malah YB yang sama dalam satu ucapan di Parlimen seakan mempertahankan hak menukar agama yang dilihat oleh Muslim seakan hak kebebasan untuk murtad. Semalam, YB yang sama pula beriya terlibat dalam pengagihan zakat di Masjid di Pulang Pinang.

https://msentral.net/tidak-hirau-kritikan-netizen-ahli-parlimen-dap-terus-agih-bantuan-dari-zakat-pulau-pinang-di-dalam-masjid

5. Mengapa penghina agama tiba-tiba bersungguh terlibat dalam agihan zakat buat Muslim? Nah! mereka inilah penunggang agama yang sebenar. Malah inilah konsep sekular yang hanya melihat Islam hanya sekadar urusan ibadah sahaja.

Apabila agama dilihat memberi mileage politik, maka bersegeralah mereka melompat masuk ke masjid untuk memberi sokongan. Apabila agama dilihat memberi ancaman kepada pemikiran liberal dan sekular, melompat-lompatlah mereka membantah malah menghina Islam.

Semoga Allah memelihara agama ini.


https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=883948728608921&id=630358917301238a
Labels:
Reactions:

Post a Comment

[blogger]

1Mediaonline

{facebook#facebook.com/1mediaonline} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget