NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Kes Ustaz Adib:NGO PENDIDIK rakam takziah. Lancar kutipan dana untuk Ustaz Adib.


KENYATAAN MEDIA
PERSATUAN GERAKAN KEBANGKITAN PENDIDIK KEBANGSAAN(PENDIDIK)

Kes Ustaz Adib:NGO PENDIDIK rakam takziah.
Lancar kutipan dana untuk Ustaz Adib.

1.Persatuan Gerakan Kebangkitan Pendidik Kebangsaan (PENDIDIK) ingin melahirkan rasa simpati dan merakamkan ucapan takziah atas ujian yang menimpa Ustaz Mohd.Adib Bin Abd.Halim ,25 tahun atas keputusan kes rayuan di Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 26 Jun lalu yang dipenjara 1 hari dan didenda RM4000 atas dakwaan merotan pelajar yang enggan menunaikan solat ketika sesi persekolahan di bahagian kaki.

2.Kronologi peristiwa bermulanya kes ini adalah melibatkan 4 orang pelajar yang berumur 11 tahun di Sekolah Rendah Agama Bandar Seri Putra ,Hulu Langat Selangor pada Ogos 2017 lalu.
Sudah menjadi kelaziman di sekolah agama,memang tiba waktu solat berjamaah,semua pelajar akan dikehendaki ke surau sekolah untuk menunaikan solat.

Normala Sudirman,Presiden PENDIDIK dan wakil NGO ini sentiasa  hadir memberi sokongan moral dalam kes perbicaraan Ustaz Adib  sebelum ini .Beliau sering ditemani oleh ayah dan ibu serta isteri sepanjang perbicaraan berlangsung .

Malangnya 4 orang pelajar ini bermain dan menyorok sehingga beberapa kali diingatkan dan dipanggil namun mereka enggan dan melengah-lengahkan sehingga akhirnya dirotan di bahagian kaki oleh Ustaz Adib sebagai hukuman untuk mendidik dan mendisiplinkan pelajar.
Cuma salah seorang ibu bapa atau keluarga pelajar ini tidak menerima hakikat apa yang berlaku lalu membuat laporan polis seterusnya mengheret guru ini ke mahkamah serta tidak mahu menyelesaikan kes ini secara harmoni.

3.Pendidik ingin melahirkan rasa kesal dan dukacita atas tindakan segelintir ibu bapa yang terlalu percaya dan memanjakan anak sehingga segala aduan melibatkan tindakan warga pendidik yang diberi tanggungjawab mendisiplinkan anak -anak agar memiliki jatidiri dan sahsiah terpuji dipandang sepi dan tidak dihargai oleh ibubapa.

Solidariti terhadap Ustaz Adib oleh NGO PENDIDIK sebelum ini

4.Harus difahami juga bahawa hukuman kepada pelajar biasanya adalah untuk mendidik bukan bertujuan mendera atau mencederakan murid.Sepatutnya ibu bapa perlu bersikap lapang dada,tidak emosional dan perlu merujuk kepada pihak pentadbir sekolah .Sepatutnya jika ada sebarang kes berlaku melibatkan anak mereka di sekolah atau jika ada kemusykilan dan rasa tidak puas hati ,keluarga perlu menyiasat terlebih dahulu khabar yang dibawa oleh anak mereka agar segala kekeliruan boleh dirungkai secara harmoni tanpa mengheret guru ke mahkamah.

5. Dalam kes ini, apabila ibu bapa terburu-buru dalam bertindak mengheret guru ke mahkamah,sekaligus ini akan menyebabkan guru sekolah agama ini telah teraniaya dari segi perkhidmatan awam sedangkan Ustaz Adib adalah penjawat awam yang sedang menjalankan tugasnya dalam membentuk jati diri dan sahsiah pelajar agar patuh ajaran Agama Islam di sekolah agama.

6. Sudah menjadi kemestian penekanan bab solat menjadi keutamaan dan fokus pihak sekolah kerana tujuan sekolah agama adalah untuk pendidikan sahsiah dan jatidiri pelajar .Bukan cemerlang akademik semata-mata.Sepatutnya ibu bapa berterima kasih kerana ada guru yang berusaha me disipinkan anaknya .Bukan sebaliknya membela anak yang degil dan mengheret guru ke mahkamah .Bukan denda RM4000 itu dapat kepada ibu bapa cuma barangkali ibu bapa rasa puas hati dapat memalukan dan menperlakukan seorang ustaz sedemikian .

6.PENDIDIK ingin menarik perhatian masyarakat yang prihatin di Malaysia untuk menghayati kes ini dengan penuh keinsafan supaya tidak berulang kembali di tempat lain.
Cuba bayangkan dengan segala kerumitan yang dialami oleh ustaz ini,di mana terpaksa berulang alik turun naik ke mahkamah bagi menjalani proses perbicaraan telah berlangsung lebih dari 25 kali sejak tahun 2017 hingga ke tahun 2019 untuk mengikuti prosedur pendakwaan mahkamah.

7.Apa yang paling menyedihkan,guru ini bukan sahaja telah digari malahan telah ditahan reman di lokap selama 5 hari bersama-sama pesalah lain yang terlibat dalam kes jenayah lain seperti penyalahgunaan dadah,kes mencuri dan pelbagai kesalahan jenayah yang lain lagi di awal kes pendakwaan .

9.Bukan setakat itu sahaja ,apa yang paling mengejutkan ,Ustaz Adib telah ditukarkan tempat bekerja dan akhirnya ditamatkan perkhidmatan pada penghujung tahun 2018 sedangkan sebagai rakyat Malaysia Ustaz Adib mempunyai hak failkan kes ini ke Mahkamah Tinggi Rayuan .

10.Prinsip perundangan di Malaysia adalah seseorang itu tidak dikatakan bersalah selagi belum dibuktikan bersalah.Justeru,sepatutnya sebelum ini Ustaz Adib tidak perlu diperlakukan sedemikian selagi belum dibuktikan bersalah kerana proses rayuan juga boleh dikemukakan oleh beliau untuk pertimbangan pihak mahkamah.

11.Namun,apa yang mengharukan kami dari NGO PENDIDIK adalah kedua ibu bapanya begitu tenang dan hadir memberikan sokongan moral yang tidak berbelah dalam menghadapi saat sukar ini bersama beberapa rakan beliau yang lain selain AJK PENDIDIK turun sepanjang kes ini berlangsung.

12. NGO PENDIDIK berharap agar cukuplah insiden ini membuka mata semua pihak terutama ibu bapa agar mengambil iktibar atas apa yang berlaku.
Jangan biarkan peristiwa 'Anakku Sazali ' dalam cerita P.Ramlee berulang kembali. Sesungguhnya apabila telah hilang jatidiri dan sahsiah terpuji, sudah tentu ini bukanlah generasi muslim idaman citra Malaysia yang kita harapkan untuk bakal penerus kelangsungan masa hadapan .

13.Walau pun denda RM4000 telah dibayar dan Ustaz Adib telah menjalani hukuman penjara selama 1 hari, namun kos guaman sebanyak RM20 ribu masih diperlukan bagi rayuan kes yang telah dijalankan di Mahkamah Tinggi Shah Alam baru baru ini.

14.Rakyat Malaysia dan warga pendidik yang prihatin diseru untuk menghulurkan sumbangan seikhlasnya ke akaun Maybank atas nama : PENDIDIK MANAGEMENT .Nombor akaun : 5628 3462 9323 untuk meringkan beban keluarga Ustaz Adib.Sumbangan ini akan digunakan untuk PENDIDIK membantu keluarga Ustaz Adib bagi bayaran kos guaman untuk urusan kes rayuan ke Mahkamah Tinggi Shah Alam.
Atas keprihatinan ,perhatian dan sikap dermawan ,hanya ALLAH SWT jua yang dapat membalasnya di dunia dan di Akhirat. Semoga Ustaz Adib tabah menempuh dugaan .
Teruskan berdoa.Jom hulurkan sumbangan,ringankan beban .
Terima kasih.

Salam hormat:
Pn. Normala Binti Sudirman
Presiden Persatuan Gerakan Kebangkitan Pendidik Kebangsaan(PENDIDIK)
30 Jun 2019

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo