NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Kerjasama PAS-Umno perlu kekal PRU15

KOTA BHARU: Kerjasama politik antara PAS dan Umno merupakan satu keperluan kata bekas Timbalan Menteri Besar Kelantan, Dato’ Abdul Halim Abdul Rahman.

Hubungan tersebut menurut beliau, perlu kekal sehingga Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang bagi memastikan keutuhan agama Islam dan survival orang Melayu terus terjamin.

“Kerjasama ini satu keperluan antara PAS dan Umno, jika kita hendak berjaya dalam politik akan datang. Kalau ada yang menolak kerjasama ini ia merupakan strategi tidak sihat.

“Maknanya kita tidak boleh, Umno suku PAS suku lawan Pakatan Harapan pertembungan tiga penjuru, kita tidak akan menang kalau begini, kena satu lawan satu,” katanya selepas menerima kunjungan Timbalan Presiden PAS Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man di rumah di Kampung Penambang hari ini.

Ustaz Abdul Halim juga bekas Ketua Penerangan PAS Pusat, berkhidmat sebagai Timbalan Menteri Besar sejak 1990 sehingga 2004. Pada PRU 2004 beliau bertanding di kerusi parlimen Pengkalan Chepa.

Beliau turut menasihat ahli PAS supaya menerima perubahan tersebut yang disifatkan sebagai satu strategi politik yang hebat bagi menumbangkan Pakatan Harapan.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo