'Hormati Hak OKU Di Tempat Awam' - ADUN Tepoh


Oleh: Mohd Zukifli Mat

KUALA NERUS, 2 Jun - Kerajaan negeri menyarankan agar rakyat mempunyai amalan sivik yang tinggi termasuk menghormati hak kemudahan Orang Kelainan Upaya (OKU) di tempat awam.




Ini kerana ada segelintir rakyat negeri Terengganu menggunakan tandas dan tempat letak kenderaan sewenang-wenangnya tanpa merasa bersalah.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tepoh Ustaz Hishamuddin Abdul Karim berkata, agak menyedihkan apabila ada segelintir masyarakat tidak menghormati hak warga OKU seperti lot parking kereta, tandas OKU dan sebagainya.

"Malah menyalahgunakan ruang berkenaan untuk kepentingan sendiri dengan meletakkan kenderaan mereka di ruang khas berkenaan.

"Ini bukanlah suatu kejadian yang terlalu asing, anda sendiri juga mungkin pernah melihat sendiri gelagat pentingkan diri seperti ini," ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Berbuka Puasa anjuran Persatuan Pembangunan Orang Kurang Upaya Anggota Terengganu (POKUAT) di Restoran Ayam Kampung Belana, Gong Badak di sini baru-baru ini.

Kira-kira 100 orang OKU dari pelbagai pertubuhan hadir di majlis tersebut.

Pertubuhan yang menghantar wakil ialah Persatuan Orang Cacat Penglihatan Malaysia (SBM), Persatuan Orang-orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia Wilayah Terengganu (PERTIS), Persatuan Orang Pekak Terengganu (POPT) dan Persatuan Kebajikan Pekak Terengganu (PKPT).



Seterusnya Hishamuddin berkata, semua rakyat Terengganu perlu menghormati dan menjaga hak warga OKU sebaik mungkin.

Katanya, kerajaan pula telah menyediakan kemudahan asas kepada OKU seperti tempat meletak kenderaan bagi memudahkan mereka di kawasan yang telah dikhaskan dan berdekatan dengan lokasi sasaran mereka.

"Orang ramai sangat perlu menanam nilai dalam diri mereka dengan menghormati hak yang disediakan khas untuk golongan OKU ini," tambahnya.

Rakan-rakan OKU di Terengganu katanya, perlu merasai kehadiran mereka sentiasa dalam perhatian kerajaan negeri.

"Meskipun tidak mampu memenuhi permintaan semua dalam tempoh yang drastik, kerajaan negeri Terengganu tetap meletakkan keutamaan dalam banyak aspek untuk kepentingan warga OKU di Terengganu.

"Malahan Bajet 2019 turut menyentuh kepentingan warga OKU," jelasnya lagi.

Sumber: https://www.teganukita.net/2019/06/hormati-hak-oku-di-tempat-awam-adun.html
Reactions:

Post a Comment

[blogger]

1Mediaonline

{facebook#facebook.com/1mediaonline} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget