NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Guru wanita maut ditembak ketika pulang solat tarawih


PATTANI: Seorang guru wanita yang dalam perjalanan pulang ke rumah selepas selesai menunaikan solat tarawih maut ditembak di Kg Sanor, Yarang, Pattani malam tadi.

Dalam kejadian pada 8.55 malam (waktu tempatan), mangsa, Asma Abdul Halim, 42, seorang guru tadika di Kg Sadawa membonceng motosikal yang ditunggangi suaminya, seorang pegawai Rela di Daerah Yarang, Pattani.

Penolong Ketua Polis Siasatan Jenayah Daerah Yarang Kapt. Pol. Kajornsak Kueamanee berkata dua individu yang menaiki motosikal telah melepaskan tembakan pada kepala mangsa.

"Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian. Suami mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan dalam kejadian itu," katanya kepada pemberita hari ini.

Ini merupakan kes kedua wanita maut ditembak individu tidak dikenali dalam minggu ini.

Khamis lepas, seorang wanita yang sedang membuat persiapan untuk menjual juadah berbuka puasa maut ditembak seorang individu di depan gerainya di Kampung Ringae, Chanet, Narathiwat.

-- BERNAMA

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo