Agih zakat: Pemimpin DAP sengaja cabar Islam?


oleh: MOHD KAMIL AB HALIM

SELEPAS tindakan biadab beberapa Adun DAP yang mengagihkan bantuan daripada Zakat Pulau Pinang untuk kepentingan politik, semalam Ahli Parlimen DAP Batu Kawan, Kasthuriraani Patto telah mengulangi perlakuan yang sama seolah-olah dengan sengaja terus mencabar sensitiviti serta campur tangan dalam urusan ibadat orang Islam.

Dewan Pemuda PAS Kawasan Batu Kawan bertegas menyatakan rasa tidak bersetuju dengan tindakan mengambil keuntungan politik dalam apa jua acara yang berkaitan zakat terutamanya oleh pemimpin bukan Islam. Zakat adalah rukun Islam. Kutipan zakat diambil oleh Amil (Muslim) daripada umat Islam dan dikendalikan oleh institusi agama Islam.

Merujuk keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan pada 10 Mei 2001, orang bukan Islam tidak boleh sama sekali dilantik menjadi amil iaitu mengutip, mengurus dan mengagihkan zakat. Keputusan ini terpakai dalam isu mewakilkan orang bukan Islam dalam mengagihkan zakat.

Biarpun ibadah zakat itu sah, tindakan Kasthuriraani Patto memperguna institusi zakat Islam untuk kepentingan peribadi beliau adalah merupakan satu penghinaan kepada seluruh masyarakat Islam di Malaysia dan bercanggah dengan sunnah malah merosakkan nilai-nilai dakwah yang ada pada ibadah zakat itu sendiri.

Justeru itu, kami menggesa Kasthuriraani Patto segera menghentikan sikap 'talam dua muka' beliau daripada memperguna masjid dan insitusi zakat sehingga sanggup berprogram di depan mimbar khutbah demi keuntungan politik. Umat Islam tidak pernah lupa segala penghinaan dan ejekan beliau terhadap Islam.

Kami juga menyeru Ahli Lembaga Pengarah Zakat Pulau Pinang serta Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang mengambil tindakan serius mengenai isu ini agar ianya tidak berulang lagi. Jangan sampai umat Islam hilang keyakinan terhadap ketelusan institusi zakat itu sendiri.

Umat Islam keseluruhannya sebagai pembayar zakat berhak untuk bersuara menyatakan ketidakpuasan hati terhadap tindakan tersebut. Jika kita sebagai umat Islam tidak menjaga dan memelihara kesucian Islam, siapa lagi yang kita mahu harapkan?

"Terus Mara"
"Islam Memimpin"

MOHD KAMIL AB HALIM ialah Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Batu Kawan
- HARAKAHDAILY 1/6/2019
Labels:
Reactions:

Post a Comment

[blogger]

1Mediaonline

{facebook#facebook.com/1mediaonline} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget