NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Setelah Setahun Pemerintahan PH, Jika Parlimen Dibubarkan Sekarang, Parti Mana Pilihan Saya?



Oleh Mohammad Agus Yusoff

1. Setahun yang lalu, rakyat meletakkan harapan tinggi kepada kerajaan PH untuk membawa pembaharuan kepada negara. Rakyat mahu isu 1MDB diselesaikan, rasuah dihapuskan, urus tadbir negara diluruskan, reformasi institusi dilaksanakan, hak politik mereka dihormati, dan paling utama bebanan kos hidup menurun.

2. Namun, menghampiri setahun rakyat kecewa. Kekalahan PH di tiga PRK adalah bukti kekecewaan tersebut. Rakyat menghantar mesej kepada kerajaan PH.

Mengapa rakyat kecewa?

3. Rakyat kecewa kerana perlahannya tindakan reformasi kerajaan, lambatnya tindakan kerajaan menyelesaikan skandal 1MDB, kecewa kerana harga komoditi sawit dan getah jatuh teruk, kecewa kerana menteri PH kerap mengeluarkan kenyataan yang bercanggah sesama mereka, kecewa pemansuhan GST tidak menurunkan kos hidup dan harga barang, kecewa kerana kerajaan PH mengubah kaedah bayaran PTPTN dari janji asal manifesto mereka, dan kecewa kerana kurangnya peluang pekerjaan.

4. Selain itu, rakyat juga kecewa kerana kerajaan PH meneruskan dasar kerajaan dahulu yang tidak sesuai seperti meneruskan harga mingguan minyak dan AES, kecewa dengan keadaan ekonomi negara yang tidak menentu, dan paling utama kecewa dengan iltizam politik PH dalam melaksanakan janji manifesto PRU-14nya.

Bagaimana reaksi PH apabila dikritik?

5. Reaksi PH mudah. Mereka meminta rakyat bersabar dan memberi peluang kepada kerajaan PH. Kata mereka, kerajaan PH ini ibarat bayi yang baru setahun, takkanlah hendak mengharapkan bayi ini terus berlari. Kata mereka lagi, banyak hal perlu diselesaikan oleh kerajaan untuk memastikan segala janji dapat ditunaikan. Ini kerana PH mengambil alih pentadbiran yang sudah rosak. Bila sudah rosak, maka ini memakan masa untuk memperbetulkan semuanya.

6. Tidak hanya itu, PH juga menyatakan faktor utama manifesto tidak dapat dilaksanakan adalah disebabkan negara ketiadaan wang. Ini kerana wang negara telah banyak dirembat oleh kerajaan kleptokrat terdahulu. Atas hujah ini, kerajaan PH meminta rakyat faham dan bertimbang rasa.

Setelah meneliti hujah kedua-dua pihak, parti mana pilihan saya?

7. Saya melihat kedua-dua parti PH dan parti oposisi mempunyai hujah masing-masing. Tetapi jika dikehendaki memilih parti mana pilihan saya, sekiranya pilihan raya diadakan (dalam tempoh terdekat ini), saya memilih untuk mengundi PH.

8. Pertama, jikapun PH ada kelemahan, saya dapati pemimpin PH belum lagi terlibat dalam gejala rasuah atau penyelewengan kuasa yang besar. Bagi parti oposisi PAS dan BN pula, jikapun mereka telah menunjukkan penyatuan yang tentunya baik untuk Melayu dan Islam, saya hairan apabila masih ada lagi dalam kalangan pemimpin mereka yang mempertahankan 1MDB dan salah laku kerajaan dahulu.

9. Kedua, walaupun kerajaan PH masih lagi mempunyai hala tuju yang kurang jelas dan ada dalam kalangan menterinya kurang kompeten, saya setuju dengan pandangan supaya kerajaan ini perlu diberikan peluang untuk memperbaiki kelemahan yang ada. Saya percaya hatta jika mempunyai lampu Aladdin sekali pun, kerajaan PH tidak boleh merubah Malaysia dalam masa setahun. Ini kerana saya melihat besarnya kerosakan Malaysia sebelum PRU-14 yang lalu.

10. Ketiga, saya melihat kerajaan PH berwajah Malaysia, manakala PAS dan UMNO masih lagi terikat rapat dengan politik perkauman. Dalam dunia tanpa sempadan, saya percaya politik Malaysia perlu keluar dari politik sempit sebegini untuk maju ke depan.

11. Keempat, biarpun PH masih perlahan dalam tindakannya untuk membawa perubahan institusi seperti yang dijanjikan, saya nampak kesungguhan kerajaan PH untuk membawa perubahan tersebut. Ini dapat dilihat dalam kes pelantikan Pengerusi SPR, SPRM, Ketua Hakim Negara, Ketua Polis Negara—yang saya yakin dapat membawa negara ke depan. Saya juga dapati kesungguhan kerajaan untuk memerangi rasuah, meningkatkan kebebasan media, dan menghormati hak-hak politik rakyat.

12. Kelima, saya melihat kerajaan PH masih tidak tergelincir dari landasan objektif dan misi mereka untuk menambahbaik urus tadbir dan pengurusan pembangunan ekonomi negara. Pada hemat saya, setakat waktu ini, perlahan pun tidak mengapa asalkan manifesto yang dijanjikan dapat ditunaikan sebelum PRU ke-15.

Penutup

13. Kita masih ada empat tahun lagi sebelum tempoh kerajaan PH berakhir. Dalam tempoh tersebut, masih banyak lagi perkembangan yang akan berlaku. Untuk mengekalkan pemerintahannya, kerajaan PH perlulah bertindak ke hadapan sesuai dengan aspirasi rakyat dan bukan lagi mencari alasan. Selesaikan tiga perkara: tunaikan manifesto PRU-14, selesaikan isu anak muda berkaitan dengan PTPTN dan peluang pekerjaan, dan turunkan kos hidup rakyat.

14. Bagi parti oposisi pula, mereka juga mempunyai peluang untuk menang dalam PRU akan datang. Kekalkan perpaduan dalam pakatan oposisi, mantapkan kerjasama bersama dengan parti-parti bukan Melayu, dan tidak lagi mempertahankan perkara yang salah di mata rakyat.

15. Semoganya, politik Malaysia ke depan adalah politik demokratik yang menjunjung hak-hak rakyat dan negara.

Kes Ustaz Adib:NGO PENDIDIK rakam takziah. Lancar kutipan dana untuk Ustaz Adib.


KENYATAAN MEDIA
PERSATUAN GERAKAN KEBANGKITAN PENDIDIK KEBANGSAAN(PENDIDIK)

Kes Ustaz Adib:NGO PENDIDIK rakam takziah.
Lancar kutipan dana untuk Ustaz Adib.

1.Persatuan Gerakan Kebangkitan Pendidik Kebangsaan (PENDIDIK) ingin melahirkan rasa simpati dan merakamkan ucapan takziah atas ujian yang menimpa Ustaz Mohd.Adib Bin Abd.Halim ,25 tahun atas keputusan kes rayuan di Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 26 Jun lalu yang dipenjara 1 hari dan didenda RM4000 atas dakwaan merotan pelajar yang enggan menunaikan solat ketika sesi persekolahan di bahagian kaki.

2.Kronologi peristiwa bermulanya kes ini adalah melibatkan 4 orang pelajar yang berumur 11 tahun di Sekolah Rendah Agama Bandar Seri Putra ,Hulu Langat Selangor pada Ogos 2017 lalu.
Sudah menjadi kelaziman di sekolah agama,memang tiba waktu solat berjamaah,semua pelajar akan dikehendaki ke surau sekolah untuk menunaikan solat.

Normala Sudirman,Presiden PENDIDIK dan wakil NGO ini sentiasa  hadir memberi sokongan moral dalam kes perbicaraan Ustaz Adib  sebelum ini .Beliau sering ditemani oleh ayah dan ibu serta isteri sepanjang perbicaraan berlangsung .

Malangnya 4 orang pelajar ini bermain dan menyorok sehingga beberapa kali diingatkan dan dipanggil namun mereka enggan dan melengah-lengahkan sehingga akhirnya dirotan di bahagian kaki oleh Ustaz Adib sebagai hukuman untuk mendidik dan mendisiplinkan pelajar.
Cuma salah seorang ibu bapa atau keluarga pelajar ini tidak menerima hakikat apa yang berlaku lalu membuat laporan polis seterusnya mengheret guru ini ke mahkamah serta tidak mahu menyelesaikan kes ini secara harmoni.

3.Pendidik ingin melahirkan rasa kesal dan dukacita atas tindakan segelintir ibu bapa yang terlalu percaya dan memanjakan anak sehingga segala aduan melibatkan tindakan warga pendidik yang diberi tanggungjawab mendisiplinkan anak -anak agar memiliki jatidiri dan sahsiah terpuji dipandang sepi dan tidak dihargai oleh ibubapa.

Solidariti terhadap Ustaz Adib oleh NGO PENDIDIK sebelum ini

4.Harus difahami juga bahawa hukuman kepada pelajar biasanya adalah untuk mendidik bukan bertujuan mendera atau mencederakan murid.Sepatutnya ibu bapa perlu bersikap lapang dada,tidak emosional dan perlu merujuk kepada pihak pentadbir sekolah .Sepatutnya jika ada sebarang kes berlaku melibatkan anak mereka di sekolah atau jika ada kemusykilan dan rasa tidak puas hati ,keluarga perlu menyiasat terlebih dahulu khabar yang dibawa oleh anak mereka agar segala kekeliruan boleh dirungkai secara harmoni tanpa mengheret guru ke mahkamah.

5. Dalam kes ini, apabila ibu bapa terburu-buru dalam bertindak mengheret guru ke mahkamah,sekaligus ini akan menyebabkan guru sekolah agama ini telah teraniaya dari segi perkhidmatan awam sedangkan Ustaz Adib adalah penjawat awam yang sedang menjalankan tugasnya dalam membentuk jati diri dan sahsiah pelajar agar patuh ajaran Agama Islam di sekolah agama.

6. Sudah menjadi kemestian penekanan bab solat menjadi keutamaan dan fokus pihak sekolah kerana tujuan sekolah agama adalah untuk pendidikan sahsiah dan jatidiri pelajar .Bukan cemerlang akademik semata-mata.Sepatutnya ibu bapa berterima kasih kerana ada guru yang berusaha me disipinkan anaknya .Bukan sebaliknya membela anak yang degil dan mengheret guru ke mahkamah .Bukan denda RM4000 itu dapat kepada ibu bapa cuma barangkali ibu bapa rasa puas hati dapat memalukan dan menperlakukan seorang ustaz sedemikian .

6.PENDIDIK ingin menarik perhatian masyarakat yang prihatin di Malaysia untuk menghayati kes ini dengan penuh keinsafan supaya tidak berulang kembali di tempat lain.
Cuba bayangkan dengan segala kerumitan yang dialami oleh ustaz ini,di mana terpaksa berulang alik turun naik ke mahkamah bagi menjalani proses perbicaraan telah berlangsung lebih dari 25 kali sejak tahun 2017 hingga ke tahun 2019 untuk mengikuti prosedur pendakwaan mahkamah.

7.Apa yang paling menyedihkan,guru ini bukan sahaja telah digari malahan telah ditahan reman di lokap selama 5 hari bersama-sama pesalah lain yang terlibat dalam kes jenayah lain seperti penyalahgunaan dadah,kes mencuri dan pelbagai kesalahan jenayah yang lain lagi di awal kes pendakwaan .

9.Bukan setakat itu sahaja ,apa yang paling mengejutkan ,Ustaz Adib telah ditukarkan tempat bekerja dan akhirnya ditamatkan perkhidmatan pada penghujung tahun 2018 sedangkan sebagai rakyat Malaysia Ustaz Adib mempunyai hak failkan kes ini ke Mahkamah Tinggi Rayuan .

10.Prinsip perundangan di Malaysia adalah seseorang itu tidak dikatakan bersalah selagi belum dibuktikan bersalah.Justeru,sepatutnya sebelum ini Ustaz Adib tidak perlu diperlakukan sedemikian selagi belum dibuktikan bersalah kerana proses rayuan juga boleh dikemukakan oleh beliau untuk pertimbangan pihak mahkamah.

11.Namun,apa yang mengharukan kami dari NGO PENDIDIK adalah kedua ibu bapanya begitu tenang dan hadir memberikan sokongan moral yang tidak berbelah dalam menghadapi saat sukar ini bersama beberapa rakan beliau yang lain selain AJK PENDIDIK turun sepanjang kes ini berlangsung.

12. NGO PENDIDIK berharap agar cukuplah insiden ini membuka mata semua pihak terutama ibu bapa agar mengambil iktibar atas apa yang berlaku.
Jangan biarkan peristiwa 'Anakku Sazali ' dalam cerita P.Ramlee berulang kembali. Sesungguhnya apabila telah hilang jatidiri dan sahsiah terpuji, sudah tentu ini bukanlah generasi muslim idaman citra Malaysia yang kita harapkan untuk bakal penerus kelangsungan masa hadapan .

13.Walau pun denda RM4000 telah dibayar dan Ustaz Adib telah menjalani hukuman penjara selama 1 hari, namun kos guaman sebanyak RM20 ribu masih diperlukan bagi rayuan kes yang telah dijalankan di Mahkamah Tinggi Shah Alam baru baru ini.

14.Rakyat Malaysia dan warga pendidik yang prihatin diseru untuk menghulurkan sumbangan seikhlasnya ke akaun Maybank atas nama : PENDIDIK MANAGEMENT .Nombor akaun : 5628 3462 9323 untuk meringkan beban keluarga Ustaz Adib.Sumbangan ini akan digunakan untuk PENDIDIK membantu keluarga Ustaz Adib bagi bayaran kos guaman untuk urusan kes rayuan ke Mahkamah Tinggi Shah Alam.
Atas keprihatinan ,perhatian dan sikap dermawan ,hanya ALLAH SWT jua yang dapat membalasnya di dunia dan di Akhirat. Semoga Ustaz Adib tabah menempuh dugaan .
Teruskan berdoa.Jom hulurkan sumbangan,ringankan beban .
Terima kasih.

Salam hormat:
Pn. Normala Binti Sudirman
Presiden Persatuan Gerakan Kebangkitan Pendidik Kebangsaan(PENDIDIK)
30 Jun 2019

PKR Terengganu Perlu Sedar Diri


KUALA TERENGGANU, 30 Jun - Parti Keadilan Rakyat (PKR) Terengganu seharusnya menjadi jaguh dalam isu-isu negeri, bukannya menyibukkan diri dengan urusan parti-parti lain.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan negeri, Ustaz Mohd Nor Hamzah berkata, ia berikutan tindakan parti tersebut yang mempertikai 'taawun siyasi' (kerjasama politik) PAS dan UMNO dengan mendesak kedua-dua parti menyerahkan kerusi masing-masing, kononnya tanda pembuktian kerjasama yang dijalinkan.

"Sebab apa PKR sibuk dengan urusan parti lain? Pimpinan PAS dan UMNO tahu mengurus strategi dan polisi dalam taawun siyasi ini. PKR urus parti sendiri dulu, biar tersusun dan bersatu padu.

"PKR Terengganu sepatutnya berfikir untuk membawa pembangunan di negeri-negeri pembangkang yang menjadi sebahagian tanggungjawab Kerajaan Pakatan Harapan (PH) termasuk Terengganu.

"Mereka sepatutnya sibuk dengan apa idea pimpinan PH Terengganu untuk kepentingan rakyat negeri ini, khususnya agensi di bawah PH seperti KETENGAH, FELDA dan lain-lain," tegasnya.

Beliau berkata demikian ketika dihubungi pemberita semalam, mengulas tentang kenyataan Pengerusi PKR Terengganu, Azan Ismail dan desakan parti berkenaan dalam kerjasama PAS dan UMNO.

"Tolong desak Kerajaan PH supaya tunai janji-janji manifesto bagi menunjukkan keikhlasan dalam janji dan menunaikan amanah.

"PKR Terengganu juga sepatutnya menjadi jaguh untuk menunjukkan keikhlasan memperjuangan kepentingan rakyat dan mendesak Kerajaan Persekutuan membayar hutang-hutang Kerajaan Persekutuan kepada negeri," tambahnya.

Sumber; https://www.teganukita.net/2019/06/pkr-terengganu-perlu-sedar-diri.html

Berlesen Atau Tidak, Judi Adalah IBU Segala Jenayah - Khairuddin Aman Razali




JUDI BERLESEN ATAU TIDAK ADALAH HARAM, IBU SEGALA JENAYAH

1. Judi sama ada secara berlesen atau tidak, tetap haram dan salah dalam semua agama mahupun budaya kemanusiaan. Saya mengelak menggunakan istilah "judi haram" yang selalu digunakan oleh media bagi merujuk kepada "judi tidak berlesen" untuk mengelakkan salah faham masyarakat bahawa hanya judi tidak berlesen adalah "haram", manakala yang berlesen pula adalah "halal".

2. Sekalung tahniah diucapkan kepada PDRM atas kejayaan menahan 14,759 individu termasuk menangkap 92 pengendali premis serta merampas RM3.8 juta dan 10,361 peralatan dalam serbuan ke atas 8,775 premis judi tidak berlesen sejak Januari lalu bagi membanteras aktiviti perjudian tersebut.

3. Usaha dan kejayaan ini dilihat selari dengan komitmen yang disuarakan oleh Ketua Polis Negara (KPN), DS Abdul Hamid Bador untuk membanteras jenayah judi di negara ini.

4. Walaubagaimanapun, adalah diingatkan bahawa aktiviti perjudian tidak berlesen ini akan terus wujud jika industri perjudian di negara ini terus subur kerana diberikan lesen kebenaran bagi membolehkan Kerajaan mengutip cukai tertentu daripadanya yang menyumbang pendapatan yang besar kepada negara. Perolehan cukai tidak menghalalkan aktiviti judi yang haram pada agama meskipun halal pada undang-undang negara malah ia menjadi baja menyuburkan judi tidak berlesen pula.

5. Tidak sepatutnya kebenaran yang diberikan bagi menjalankan aktiviti ini secara sah di sisi undang-undang untuk memenuhi kehendak dan “hak” sebilangan orang dibiarkan sehingga merosakkan pula masyarakat dan negara.

6. Ungkapan “judi ibu segala jenayah” seperti yang disifatkan oleh KPN sewajarnya diberikan perhatian yang serius dan difahami sebagai semua bentuk perjudian tanpa mengambil kira sama ada ia dijalankan secara berlesen ataupun tidak.

7. Justeru, saya mendesak Kerajaan supaya menyelaras dan mengetatkan semua undang-undang yang berkaitan dengan perjudian di negara ini ke arah menjadikan aktiviti ini sebagai suatu jenayah pada masa hadapan selari dengan apa yang Allah sifatkan perbuatan itu sebagai Ų±ِŲ¬Ų³ٌ Ł…ِŁ† Ų¹َŁ…َŁ„ِ Ų§Ł„Ų“َّŁŠŲ·Ų§Ł†ِ (adalah kotor dari perbuatan Syaitan).

Sekian.

"Islam Memimpin Perpaduan"

DATO' DR. MOHD KHAIRUDDIN AMAN RAZALI AT-TAKIRI ialah Ahli Parlimen Kuala Nerus
.

Pasir Gudang tidak lestari, 3 gas luar biasa dikenalpasti


PUTRAJAYA: Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (MESTECC) menyifatkan pembangunan di Pasir Gudang, Johor yang tidak lestari telah memberi kesan jangka panjang yang negatif terhadap alam sekitar.

Menterinya, Yeo Bee Yin berkata, kepesatan pembangunan dan kepadatan industri kimia yang tinggi di Pasir Gudang menjadi penyumbang utama kepada impak ‘loading capacity’ persekitaran termasuk udara, tanah dan sungai.

Jelasnya, pembangunan tidak lestari itu menyebabkan alam sekitar menjadi tepu dengan pelbagai gas atau wap yang terampai di udara, pelepasan afluen yang tidak dikawal rapi di perparitan dan saliran sekaligus menyebabkan persekitaran menjadi tidak stabil dan amat sensitif.

“Pembangunan Pasir Gudang yang tidak lestari juga menyebabkan ketiadaan zon penampan antara industri berasaskan bahan kimia dengan kawasan sekolah, perumahan dan pusat aktiviti masyarakat, sekaligus mendedahkan penduduk Pasir Gudang kepada risiko bencana kimia.

“Ketiadaan zon penampan meyebabkan terdapat sekolah yang kedudukannya amat dekat dengan kilang-kilang ini,” katanya pada sidang media bersama Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad di sini hari ini.

Jelasnya, ketika ini Pasir Gudang mempunyai sebanyak 2,005 buah kilang berlesen dan 250 daripadanya adalah kilang berasaskan bahan kimia.

Susulan kejadian pelajar sesak nafas di daerah itu sejak 20 Jun lalu, Bee Yin berkata pihaknya mengesan kehadiran gas methyl mercaptan menerusi bacaan gas yang dibuat baru-baru ini.

“Akibat persekitaran udara yang tepu di Pasir Gudang, sebarang anomaly (luar biasa) seperti ini akan memberi kesan kepada kumpulan yang berisiko tinggi seperti kanak-kanak dan penghidap asthma.

“Dua gas lain yang turut dikesan adalah Acrylonitrile dan Acrolein. Bagaimanapun, ketiga-tiga gas yang telah disebut ini, tidak dikesan dalam sampel darah dan air kencing pesakit,” katanya.

Tegasnya, MESTECC telah mengambil langkah-langkah segera untuk melupuskan faktor-faktor penyumbang kepada kehadiran gas-gas tersebut, serta meneruskan usaha-usaha penguatkuasaan dan pemantauan ke atas kilang-kilang berasaskan bahan kimia di sekitar Pasir Gudang.

30 Julai cuti am sempena pertabalan Agong


KUALA LUMPUR: Kerajaan mengumumkan 30 Julai ini cuti am tambahan bagi seluruh negara sempena Hari Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-16, Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah.

Ketua Setiausaha Negara, Ismail Bakar berkata pengisytiharan hari kelepasan am tambahan itu dibuat berdasarkan Seksyen 8 Akta Hari Kelepasan Am 1951 (Akta 369) bagi Semenanjung Malaysia dan Labuan.

"Bagi Sabah dan Sarawak, tindakan akan diambil oleh kerajaan negeri masing-masing mengikut undang-undang negeri," katanya dalam kenyataan hari ini.

Tipu daya pembangunan, paksa penduduk setuju


PROJEK pembinaan Masjid Sungai Nibong Besar (MSNB) yang baru yang terpaksa ditangguhkan kerana tipudaya kerajaan negeri yang ingin menukar jajaran LRT menunjukkan betapa rakusnya kerajaan negeri dalam merosakkan geobudaya yang berada di situ. Ini juga menunjukkan kerajaan negeri tidak kisah dengan perpaduan masyarakat yang telah lama terbina di situ asalkan matlamat nafsu besar mereka dalam membina tiga pulau puaka di Selatan Pulau Pinang tercapai.

Dalam Muktamar PAS Pusat baru-baru ini, perwakilan Pulau Pinang telah memberi amaran bahawa perpaduan masyarakat yang telah dibina boleh dimusnahkan sekiranya pembangunan tidak dijalankan dengan seimbang oleh kerajaan. Perkara ini boleh dilihat daripada perkara yang sedang berlaku ini di mana rata-rata penduduk kariah ini membantah tipudaya projek ini terpaksa berdemo dalam meluahkan ketidakpuas hati mereka. Namun tindakan mereka ini dituduh oleh sebahagian penduduk Melayu yang lain sebagai menimbulkan isu perkauman.

Mereka yang mempunyai ahli keluarga di kubur sebelah masjid berkenaan juga membantah sekeras-kerasnya projek ini kerana turut melibatkan tanah perkuburan. Kemarahan mereka bertambah apabila ada tanda telah diletakkan di tanah perkuburan tersebut yang dirisaukan kawasan yang akan terkesan daripada projek ini. Mana-mana bangsa pun dalam negara ini tidak suka sekiranya kubur ahli keluarga mereka diganggu kerana pembangunan yang tidak seimbang seperti ini. Mana mungkin masyarakat Cina akan membenarkan kawasan bukit yang terdapat kubur keluarga mereka diganggu atas nama pembangunan. Begitu juga masyarakat India dan bangsa-bangsa lain.

Lebih menyedihkan lagi apabila Jabatan Mufti terpaksa diheret dalam menyelesaikan masalah ini memandangkan tanah yang terlibat ialah tanah wakaf. Sekiranya kerajaan negeri peka dengan sensetiviti umat Islam sepatutnya awal-awal lagi mereka telah merujuk mufti pada awal perancangan LRT ini. Namun yang terjadi adalah sebaliknya. Asal jajaran LRT ini tidak melalui tanah wakaf. Selepas masjid dirobohkan baru jawatankuasa masjid dipanggil untuk dimaklumkan perubahan jajaran LRT ini yang melibatkan tanah wakaf masjid. Selepas jawatankuasa dan penduduk kariah marah, berdemo, baru kerajaan negeri hendak merujuk Jabatan Mufti.

Kesan projek ini semestinya tidak terhenti di sini sahaja. Projek LRT ini adalah projek yang perlu ‘diluluskan’ segera dalam usaha kerajaan negeri untuk menghalalkan pembinaan 3 pulau puaka di Selatan Pulau Pinang. Ini kerana projek Pelan Induk Pengangkutan Negeri Pulau Pinang atau PTMP menelan kos sebanyak RM46 bilion, dan projek LRT ini adalah salah satu daripadanya. Mana mungkin pendapatan kerajaan negeri yang purata lebih kurang RM1 bilion setahun akan mampu untuk menjana projek sebesar ini. Kerqna itu untuk mendapatkan dana yang besar ini, kerajaan menawarkan penambakan tiga pulau kepada pemaju dalam menampung kos projek ini.

PAS Pulau Pinang membantah sepenuhnya projek LRT dan PTMP yang penuh dengan keraguan ini. Sebagai rakyat Malaysia yang cintakan perpaduan dan keamanan negara, bersama kita menolak pembangunan yang tidak seimbang seperti ini.

"Islam Memimpin Perpaduan"

USTAZ MOHD YUSNI MAT PIAH
ADUN N.01 Penaga
Ketua Penerangan PAS Negeri Pulau Pinang
Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat - HARAKAHDAILY 28/6/2019

SPRM: Sumpah Kerajaan PH dilanggar?


oleh: Subky Latif

KERUSI Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sesungguhnya panas baik semasa Najib mahupun semasa Dr Mahathir kini.

Dua isu besar melibatkan penyandang kerusi itu menjadikan badan pencegah rasuah itu bergolak sakan.

Pertama pelantikan ketua pesuruhjaya barunya, peguam Latheefa Beebi Koya, seorang pengasas dan pimpinan tinggi PKR adalah orang luar dari perkhidmatan kerajaan.

Kedua, pengerusinya yang baru setahun dilantik untuk kontrak dua tahun tidak mahu menyambung perkhidmatan yang berbaki setahun lagi.

Pelantikan Latheefa amat mengejutkan dan tidak terfikir oleh sesiapa melainkan orang yang melantiknya iaitu Perdana Menteri Mahathir. Mesti ada orang memuafakatkannya yang tentunya pimpinan PKR sama ada Dato’ Seri Anwar Ibrahim sebagai Presiden PKR atau timbalannya Dato’ Seri Azmin Ali yang dipercayai lebih dekat dengan PM Mahathir.

Anwar tidak jauh dengan PM tetapi tidak dekat sangat sedekat Azmin dan PM. Dekatnya Azmin dengan PM dirasakan lebih dekat dari Anwar. Jika ia dimuafakatkan, maka mungkin antara Azmin dulu dari Anwar. Dan mungkinkah Awnar tak tahu apa-apa?

Apakah mungkin muafakat itu berlaku dulu sebelum penyandang kerusi membuat keputusan tidak mahu menyambing lagi perkhidmatan?

Mengapa tuan penyandang tidak mahu menyambung khidmat hingga tamat dua tahun? Adakah ia atas pilihan sendiri justeru susah bekerja dengan kerajaan yang ada? Atau dia diisyaratkan secara langsung atau tidak melepaskan kerja besarnya memerangi rasuah hingga ke akar umbi?

Adalah kepentingan untuk semua hendak tahu mengapa dia berhenti. Jika Mahathir dan tuan penyandang enggan memaklumkan yang sebenar, patut ada pihak membentuk penyiasat bebas menyiasat kejadian itu.

Siapa lebih kuat anti rasuah antaranya dengan PM Mahathir? Mengikut rekod dia anti rasuah tegar sejak berkhidmat di SPRM. Ada pun PM baru saja jadi anti rasuah tegar. Tidak diketahui dulu amat anti rasuah.

Setelah BN dan Najib dikatakan amat rasuah dan ia antara isu yang menumbangkan kerajaannya, maka PM sekarang panglima utama memerangi rasuah. Tuan penyandang anti rasuah sepanjang perkhidmatan, PM jadi anti rasuah tegar sejak berkawan dengan Kit Siang, sejak PH menggantikan Pakatan Rakyat.

Adapun penyandang pernah bersara awal kerana payah bekerja di bawah Najib dan Najib pun suka dia bersara. Setelah Najib tumbang, PM Mahathir panggil dia balik jadikan pengerusi SPRM yang baru macam dia jadi Latheefa penggantinya.

Mungkin baginya dengan Najib payah bekerja, dengan Mahahir pun payah bekerja. Maka ditinggalkannya perang besar yang sedang berjalan. Dulu dia berhenti kerana rasuah tidak boleh diperang. Sekarang dia berhenti kerana payah perang?

Maka Latheefa disediakan menggantikan panglima besar perang rasuah itu. Dia tiada pengalaman perang dan tiada pengalaman tentera memerangi rasuah. Macam Konggo baru merdeka 50 tahun dulu. Ia tiada jeneral. Yang ada koperal Mubutu. Mereka jadikan dia Jeneral Mubutu.

Apabla PH berkuasa, PM dan kerajaannya bersumpah tiada akan ada lantikan politik bagi jawatan utama kerajaan. Tidak mahu jadi macam Najib angkat orang luar jadi Setiausaha Kementerian Kewangan.

Setahun selepas bersumpah dilanggarnya sumpah, dijadikan Latheefa, peguam bela kes Awnar dari mula hingga akhir. Sedang belum pernah SPRM diketuai bukan pegawai kerajaan. Jika pengerusi SPRM diisi dengan orang luar, maka mungkin satu hari nanti Ketua Polis Negara diisi dengan mana-mana pimpinan kanan PH.

Mengapa? Supaya SPRM tidak tangkap pemimpin politik? – HARAKAHDAILY 26/6/2019

15 Resolusi Persidangan Antarabangsa Sempena Hari Sayyidatina Khadijah


Sambutan Hari Sayyidatina Khadijah 2019 telah berjaya menganjurkan 3 persidangan antarabangsa iaitu:

Persidangan Tahunan International Muslim Women Union(IMWU)
Muslimah International Summit of Kelantan 2019 (MISK)
International Young Muslimah Forum (Al-YOUM)
Resolusi-resolusi persidangan ini telah dibentangkan oleh YB Ustazah Asmak Husin, Ahli Dewan Negara pada 26 Jun 2019 semasa penutup Niswah Sharing Session.

International Muslim Women Union (IMWU) dalam mesyuaratnya di Kota Bharu, Kelantan, Malaysia pada 24 Jun 2019 telah menetapkan lima resolusi berikut;
  1. Memperkasakan wanita muslim sangat penting untuk menguatkan asas unit keluarga dalam masyarakat. Keluarga yang kuat adalah tiang untuk membina ummah yang lebih cemerlang.
  2. Menggesa langkah berterusan untuk memperkasakan institusi keluarga bagi mendepani ancaman LGBT.
  3. Menubuhkan Sayap Wanita Muda dalam usaha membina jaringan Wanita Muda Islam.
  4. Menjadikan Dasar Membangun Bersama Islam (MBI) di Negeri Kelantan sebagai salah satu rujukan dalam pembinaan Islamic Development Goals (IDG).
  5. Mengukuhkan jaringan IMWU dengan organisasi dan pertubuhan terkemuka di peringkat antarabangsa.
Pada 27 Jun 2019, telah berlangsung Muslimah International Summit Kelantan (MISK) yang telah merumuskan 5 usul utama:
  1. Menjadikan Sayiditana Khadijah sebagai Ikon Wanita Muslimah Sedunia.
  2. Peranan Wanita bermula dari dalam keluarga hingga ke peringkat Antarabangsa.
  3. Wanita Muslimah merupakan nala sumber dalam membina keseimbangan kehidupan.
  4. Memperkukuh sistem sokongan dalam usaha memperkasa Wanita Muslimah.
  5. Wanita Muslimah adalah salah satu tonggak utama dalam pembangunan mapan (SDG).
Pada masa yang sama, peserta Persidangan International Young Muslimah Forum (Al-YOUM) juga telah bersetuju dan menyokong 5 usul utama hasil dari persidangan iaitu:
  1. Menjadikan Fatimah Az-Zahra’ sebagai suri teladan dan ikon Muslimah Muda.
  2. Muslimah Muda memiliki potensi yang perlu dibangunkan secara berterusan.
  3. Keperluan memperkukuh kemahiran Advokasi Dakwah di Dunia Realiti & Maya.
  4. Menjadikan Social Media sebagai salah satu platform membangun ummah.
  5. Menggunakan semua sumber yang ada secara optimum dalam memperkasa ummah.
  6. Semoga resolusi ini akan dilaksanakan di peringkat negeri, Negara dan Malaysia.
Deklarasi Kota Bharu ini telah mendapat tandatangan dari 15 orang IMWU COT Members dan 33 IMWU Members

Kelantan International Digital Expo - KIDEx



Semua usahawan dijemput hadir....

Pusat ‘latihan’ China paksa Uyghur tinggalkan agama, Amnesty tegur Mujahid



PETALING JAYA: Sebuah pertubuhan hak asasi manusia tahu secara langsung "pusat latihan dan vokasional" di Xinjiang, China, yang menurut Menteri Mujahid Yusof Rawa dilawatinya baru-baru ini, memaksa orang Uyghur dan kaum berketurunan Turki lain meninggalkan agama mereka.

Amnesty International Malaysia berkata mereka itu ditahan di pusat-pusat berkenaan tanpa sebarang proses undang-undang kerana dianggap tidak setia pada pemerintah dan Parti Komunis China.

"Pihak berkuasa melabel kem-kem itu sebagai pusat 'transformasi menerusi pendidikan' tetapi kebanyakan orang menggelarnya kem 'pendidikan semula'," katanya Pengarah Eksekutif Shamini Darshni Kaliemuthu.

"Di kem-kem itu, mereka dikenakan indoktrinasi politik, dipaksa meninggalkan agama, dianiaya, dan dalam beberapa kes, didera."

Amnesty mengulas kenyataan Mujahid di Facebook tentang lawatannya ke "pusat latihan dan vokasional bagi masyarakat Uyghur", istilah yang digunakan Beijing bagi menempatkan ribuan orang Islam yang mengkritik dasar China di Xinjiang.

Menurut Mujahid, pusat itu menjalankan aktiviti "latihan perindustrian" seperti menjahit dan mengakhiri kenyatannya dengan #RahmatanLilAlamin.

Majoriti orang Uyghur dan kaum berketurunan Turki di China beragama Islam.

Amnesty berkata ramai pakar-pakar di Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), badan-badan perjanjian, dan pesuruhjaya tinggi hak asasi manusia bimbang akan situasi di Xinjiang dan meminta China memberikan akses tanpa sekatan ke rantau itu.

"China tidak memberi respon positif kepada permintaan ini," katanya, dan menambah sehingga September 2018, nasib lebih kurang 1 juta orang tidak diketahui.

"Amnesty menemuramah lebih 100 orang di luar China yang ahli keluarganya di Xinjiang masih hilang, serta individu yang mengatakan mereka diseksa sesama berada di kem tahanan."

Amnesty juga menarik perhatian kerajaan kepada seorang pelajar PhD di Universiti Teknologi Malaysia, Guligeina Tashimaimaiti yang tiada khabar berita sejak 26 September 2017 apabila dia pulang ke Xinjiang. - FMT

Vernacular schools: political attempt to kill PAS democratic practice?!




It amazes me how some DAP quarters fail to understand the democratic practice that PAS displayed in its 65th annual general assembly (muktamar) recently held.

The point is, Salamiah was a representative of delegates in the assembly. She was just voicing the concerns of various segments in the community at large in retaliation to DAP PH government's interference in to Islamic affairs especially deputy education minster. That's all. She was just bringing up the people's voice!
And did that sting?! Only to those who do not understand the meaning of an assembly.

Salamiah's suggestion was just a 'normal' voice from the grassroots that was brought up in the assembly!

It's not PAS decision!! Period!

My response,on behalf of PAS central Committee,to her proposal was it is the government's prerogative to stop or to continue. I am glad Dr Mazlee, the Education minister agreed with me.
Got the point?

1. PAS response was it's up to you the government ;
2. PAS President's policy speech in the general assembly was themed ' leading unity' and includes a special charter guarantee of non Muslims' rights.
Meaning, PAS has no issue on race, religion and languages.

I am very positive the Non Malays and the Chinese in particular will opt for a rational, stable and principle - based party to govern the nation.
PAS is a real option! A very good one too!!
Just give us the opportunity to explain!
Please... I am sure you won't regret it.
It's okay if you don't agree. But let us explain to you about what PAS is all about.

Thank you DAP for waking us up!

Dr Halimah Ali
PAS Central Committee

Doa Untuk UMNO

oleh: Nik Mohamad Abduh bin Nik Abdul Aziz

Muktamar PAS ke-65 - Doa Untuk UMNO

Kini saya berdoa untuk UMNO. Saya berdoa semoga UMNO berubah dan menang kembali. Dulu sebaliknya. Dulu, saya berdoa dan aminkan doa agar UMNO kalah dan hancur.

Ada yang teragak-agak. Kata mereka, muafakat dengan UMNO akan memberi nyawa kepada UMNO. Bukankah itu melanggar doa sendiri?

Saya berkata, UMNO telah pun kalah. Tiada kekalahan sebesar kekalahan hilang kuasa di Putrajaya yang dikuasai UMNO lebih 60 tahun. Ia kesakitan yang melebihi kesakitan yang telah dialami oleh PAS pada sepanjang zaman melawan UMNO. Kekalahan UMNO adalah penawar bagi PAS. Doa ahli PAS diterima Allah.

UMNO kalah, tapi tidak hancur sebagaimana doa dan kehendak ahli dan penyokong PAS. Itu kehendak Allah. Kalah, tetapi tidak hancur. UMNO masih hidup di Parlimen dan di mana-mana. Bezanya, UMNO kini tewas dan menjadi pembangkang. Lebih PAS sikit. PAS kekal pembangkang, tetapi menambah jumlah kemenangannya.

Ada yang menyoal, mengapa tidak terus berdoa agar selepas kalah, UMNO terus hancur dan tak hidup-hidup lagi?

Saya berkata, dulu kita berdoa agar UMNO kalah dan hancur kerana UMNO zalim. Zalim dengan kuasa di tangan. Tak perlulah dibilang-bilang kezaliman UMNO. Jenuh nak bilang.

Kini dengan kekalahan dan tanpa kuasa, kezaliman baharu sudah tiada daripada UMNO. Ada UMNO zalim hari ini? Tak ada. Yang ada adalah bebanan kezaliman lampau. UMNO terpaksa memikulnya hari ini. Itu hukum alam. Hukum alam adalah hukum daripada Allah, tuhan pencipta alam, isi dan sistemnya.

Kemudian, UMNO datang kepada PAS dan meminta maaf atas kesalahan lampau. Ia dibuat secara terbuka. Semua tahu. Mereka bahkan mahu bersama bermuafakat.

Adakah boleh terus mendoakan keburukan ke atas mereka yang telah memohon maaf secara terbuka dan berjanji untuk bermuafakat?

PAS berjiwa besar. Perbalahan sesama umat bukan untuk selamanya. Bahkan ia mesti dicari sebab dan puncanya, seterusnya dihilangkan dan diikat semula talinya . Di antara kewajiban khilafah di muka bumi adalah memupuk dan mengukuhkan persaudaran sesama muslim. Muslim adalah bersaudara seluruhnya. Itu mukjizat agama. Agama menyatu padukan umat manusia.

Ada yang bersoal lagi, UMNO akan tipu lagi selepas beroleh kuasa. PAS akan tertipu lagi.

Saya berkata, itu telahan, sangkaan dan amaran terhadap bahaya menanti. Sangkaan dan amaran tidak boleh menghentikan langkah dan perjalanan. Jalan terus dan berhati-hatilah. Bahkan, bergabunglah dengan janji Allah dengan bertawakal kepada-Nya. Tiada sebarang tipu daya kecuali kejahatannya akan kembali kepada tuannya.

ŁˆŁ„Ų§ ŁŠŲ­ŁŠŁ‚ Ų§Ł„Ł…ŁƒŲ± Ų§Ł„Ų³ŁŠŲ¦ Ų„Ł„Ų§ ŲØŲ£Ł‡Ł„Ł‡ - Ų³ŁˆŲ±Ų© ŁŲ§Ų·Ų±:Ł¤Ł£

UMNO telah merasai keperitan itu. PAS pula kekal melepasi tipu daya musuh politiknya dari dalam dan luar kerana kebergantungannya kepada Allah dan janjinya.

Oh ya, daripada asyik menanti UMNO menipu PAS, marilah sedar bahawa PH sedang menipu rakyat seluruhnya. Tinggalkan PH dan datanglah kepada PAS yang sedang melangkah gagah memimpin perpaduan umat.

UMNO dan PAS sedang menjalin ta'awun dan terus mengukuhkannya. Muktamar PAS kali ke-65 telah menerima usul meneruskan ta'awun dan tahaluf PAS-UMNO. Ia satu sejarah sedang dilakar.

Mengapa bimbang UMNO bernafas? Apa erti muafakat, kerjasama dan ta'awun jika mahu UMNO tak lagi bernafas? Itu bukanlah akhlak yang mulia. Ia mendekati sifat nifaq yang terkeji.

Bahkan, itu hanyalah tipu daya PAN-DAP yang nyata dan jelas.

Jika anda bertanya, apa lagi doa ustaz? Saya jawab, saya berdoa untuk kekalahan dan kehancuran PH. Itu doa saya dan amin saya untuk doa presiden PAS.

Ų„Ł† ŁŁ‰ Ų°Ł„Łƒ Ł„Ų°ŁƒŲ±Ł‰ Ł„Ł…Ł† ŁƒŲ§Ł† Ł„Ł‡ Ł‚Ł„ŲØ Ų£Łˆ Ų£Ł„Ł‚Ł‰ Ų§Ł„Ų³Ł…Ų¹ ŁˆŁ‡Łˆ Ų“Ł‡ŁŠŲÆ - Ų³ŁˆŲ±Ų© Ł‚:Ł£Ł§

#IslamMemimpinPerpaduan
#UlamakMemimpin

Nik Mohamad Abduh bin Nik Abdul Aziz ialah AJK PAS PUSAT

Benarkah Tragedi Sungai Kim Kim 2 Satu Kebetulan?


oleh: Dr Mohd Mazri Yahya
25hb Jun 2019

PAS Negeri Johor melihat sangat jarang berlaku sesuatu tragedi pencemaran berlaku di tempat yang sama dalam julat masa beberapa bulan. Lebih jarang berlaku apabila penyebabnya dikatakan berbeza di antara keduanya. Sekurang-kurangnya itu yang didakwa oleh Menteri Besar Johor yang bersumberkan laporan daripada Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (MESTECC).

Tragedi Sungai Kim Kim 1 yang berlaku pada bulan Mac 2019 merupakan satu tragedi pencemaran yang tidak sepatutnya berlaku di dalam negara. Tragedi yang disyaki disebabkan oleh pembuangan sisa kimia ini dikatakan menjadi punca penyebaran gas metana yang menyebabkan seramai 2,775 orang awam telah dimasukkan ke hospital bagi menerima rawatan susulan insiden pembuangaan toksik terbabit.

Keputusan analisis ke atas sampel yang diambil oleh Jabatan Alam Sekitar(JAS) dari Sungai Kim Kim menunjukkan sisa kimia yang terdapat dalam Sungai Kim Kim mengandungi pelarut organik , benzene, toluena, cilena, etil benzina dan D-Limonene.

Kerajaan negeri Johor telah membelanjakan sebanyak RM 6.4 juta bagi melakukan kerja-kerja pembersihan sepanjang 1.5km. Kemudiannya satu sidang akhbar telah dilakukan oleh YB Yeo Bee Yin, Menteri MESTECC pada 20 Mac 2019 bagi mengisytiharkan bahawa Sungai Kim Kim telah bebas daripada pencemaran sisa toksik.

Malangnya selang tiga bulan kemudian, negara sekali lagi dikejutkan dengan peristiwa yang hampir sama dengan tragedi Sungai Kim Kim 1 itu. Simptom Tragedi Sungai Kim Kim 2 ini hampir sama dengan apa yang berlaku ketika Tragedi Sungai Kim Kim 1. Sehingga kini, semua Sekolah dan institusi pengajian di Pasir Gudang di arah tutup oleh Jabatan Pendidikan Negeri.

Apabila bencana seumpama ini berlaku, pastinya sedikit sebanyak mencalarkan imej dan mengundang persepsi negatif terhadap peranan badan-badan berkaitan pengurusan alam sekitar yang terlibat di negara ini. Apatah lagi bila ianya berlaku di tempat yang sama, di negeri yang sama dengan punca yang berbeza. Ia hanya menggambarkan kelemahan dari sudut penguatkuasaan dan pemantauan badan-badan alam sekitar terlibat samada oleh kerajaan negeri ataupun kerajaan pusat.

Justeru Tragedi Sungai Kim Kim 1 dan 2 bukanlah satu kebetulan tetapi ianya adalah satu kelemahan. Maka berapa banyak lagi tragedi Sungai Kim Kim akan berlaku selepas ini.

Dr Mohd Mazri Yahya ialah Timbalan Pesuruhjaya PAS Johor

Kes Rayuan Ustaz Adib ke Mahkamah Tinggi Shah Alam ,Selangor

Tarikh : 26.6.2019.(Rabu).
Tempat : Tingkat 7 ,Mahkamah Tinggi Shah Alam,Selangor.
Masa: 9.00 pagi.

✳Dijemput warga pendidik dan rakyat Malaysia hadir tanda solidariti .
✳ Marilah kita hadir memberi sokongan kepada pendidik yang diheret oleh ibu bapa ke mahkamah hanya kerana menghukum pelajar yang enggan menunaikan solat.

✳Kes 'PERTAMA' di Malaysia di mana guru diheret oleh ibu bapa ke mahkamah hanya kerana cuba mendisiplinkan pelajar berkaitan bab Solat.

✳Semoga kemenangan berpihak kepada Ustaz Adib .
Teruskan berdoa..

Salam hormat:
Normala Sudirman
Presiden Gerakan Kebangkitan Pendidik Kebangsaan(PENDIDIK).m

Mengenali Pimpinan PAS Yang Dipilih Oleh Perwakilan Muktamar Kali 65.


MENGENALI PIMPINAN PAS YANG DIPILIH OLEH PERWAKILAN MUKTAMAR KALI 65.

Oleh : Dr  Riduan Mohamad Nor

Perwakilan  Muktamar telah memilih saf  kepimpinan sesi 2019-2021, membariskan calon-calon pelbagai latarbelakang untuk menggerakkan nakhoda kepimpinan PAS di zaman yang semakin mencabar ini .PAS diratib namanya oleh kawan dan musuh atas apa jua alasan, menunjukkan harakatul ummah ini sangat relevan dan signifikan  dalam iklim politik dan dakwah dalam negara ini. 

Ustaz Khalil Abdul Hadi,mantan Ketua Dewan Pemuda sesi lepas yang mendapat undi paling tinggi kali ini. Anak butir Presiden PAS ini adalah ADUN Batu Buruk yang mendapat pendidikan di Pakistan,Yaman, United Kingdom dan sedang menyiapkan ijazah Kedoktoran.  Suami kepada Dr Farhana Hasbullah ini juga memiliki lima orang cahayamata. Beliau mengikuti misi "Food Flotilla For Mynmar " pada Februari 2017.

Mantan Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat yang energetik, Hajjah Siti Zailah Yusuf. Seorang tokoh muslimah yang semenjak muda bergulat dimedan jamaah. Alumni UITM dan juga mendapat pendidikan pondok, wanita besi ini terkenal kerana reputasinya membantu rakyat di Kelantan. 

Exco kerajaan Kelantan potfolio Pendidikan Dan Pengajian Tinggi, Dr Fadzli Hassan bekas pensyarah UIAM lahir daripada rahim tarbiah PAS semenjak remaja dan mendapat doktorat daripada Universiti Birmingham United Kingdom dalam kajian Pengislaman  undang-undang Perlembagaan. Anakanda kepada Almarhum Ustaz Hasan Kaabah yang juga pemimpin PAS Kelantan.

Dato Ar. Iskandar Abdul Samad, alumni MCKK yang membesar di Lembah Klang. Beliau belajar Senibina di Universiti Humberside United Kingdom . Semenjak usia muda membangunkan kerja jamaah di kawasan Ampang dan Pandan. Mantan Exco Perumahan Dan Kerajaan Tempatan kerajaan Selangor selama dua penggal.

Pengarah Pusat Penyelidikan PAS  Dr Zuhdi Marzuki mantan Timbalan Presiden GAMIS, tokoh muda radikal di zaman kampus yang menjadi dalang bantahan konsert Sheila Majid dan konsert-konsert hedonisme yang lain. Beliau pelajar pintar yang diasuh semenjak remaja sebagai pimpinan PAS. Mendapat doktorat daripada Universiti of Wales, United Kingdom . Dr Mohd Zuhdi adalah bekas pensyarah kanan Universiti Malaya, kini beliau adalah Rektor KUIZM.

Anak kepada tokoh agama di Kedah, Dr Ahmad Fakhruddin bin Sheikh Fakhrurazi, Pesuruhjaya PAS Negeri Kedah sebelum ini juga  merupakan tokoh pendidikan . Beliau memperolehi Ijazah Sarjana Muda Syariah Undang-Undang daripada UKM,  dan MA dalam Undang-Undang Perbandingan di UIAM. Manakala,  mantan Ketua Dewan Ulama PAS Kedah ini berdoktorat Pengajian Islam di UKM. 

Ustaz Solehen Mukhyi, mantan Exco kerajaan Selangor dan mantan ADUN Sabak adalah tokoh gerakan mahasiswa di zaman mudanya, iaitu Presiden Ikatan Studi Islam UKM.  Bergraduan daripada UKM, seterusnya ke kampus Jordan dan UM. Anak tuan guru pondok yang terkenal di Pasir Mas, Ustaz Dato' Nasaruddin Daud mencicip ilmu di Universiti al Azhar merupakan Exco Kerajaan Kelantan potfolio Penerangan ,Agama dan Seranta yang juga  dijoloki sebagai "Singa PAS". Tokoh agama ini popular dengan kuliah dan ceramah yang berapi dan menarik pendengar.

 Berdarah keturunan Cina serta aktivis tegar Yayasan Amal Malaysia, Dr Halimah Ali dilahirkan di Marudi Sarawak, mantan Ketua Urusan Muslimat Persatuan Mahasiswa Islam Tasmania,  mendapat pendidikan di Elizabeth Matriculation College, Hobart Tasmania, seterusnya memperolehi Ijazah Perubatan daripada Universiti Tasmania. Mantan Exco Selangor dan mantan ADUN Selat Klang ini juga mempunyai Diploma Tasawwur Islam ILHAM.

Pengerusi alumni Pondok Pasir Tumbuh Kelantan dan juga penulis prolifik , Ustaz Mokhtar Senik mendapat pendidikan tinggi di Universiti Pakistan dan juga di Makkah. Beliau juga merupakan pengasas kepada Kompleks  Pendidikan An Nur di Kuantan, Pahang. Suami kepada dua isteri ini adalah bekas tahanan ISA yang pernah mendekam dalam tahanan tanpa bicara.

Pensyarah sebuah kampus tempatan yang juga mantan pendidik Kementerian Pendidikan, Ustaz Misbah Munir Masduki, mantan Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat dan juga aktivis Yayasan Amal Malaysia merupakan lulusan Universiti Malaya untuk Ijazah Pertama. Mendapat MA (Sains Politik) daripada UKM. Calon PhD ini juga ialah Mudir Pusat Dakwah Serantau (PDS) yang aktif mencetak kader-kader dakwah. 

Exco Pertanian kerajaan Terengganu yang juga ADUN Jabi mendapat undi kedua tertinggi ,Dr Azman Ibrahim adalah anak  kelahiran Besut Terengganu pula mendapat pendidikan di Matrikulasi Universiti Malaya. Mendapat Ijazah Pergigian di Universiti Baghdad Iraq, seterusnya berkhidmat dengan Hospital kerajaan sebelum mempunyai Kliniknya sendiri di Kubang Kerian Kelantan. Azman juga adalah pengasas grup penulis dan wartawan yang dikenali sebagai KAMI.

Anak Perak yang berjaya, Dr Najihatussalehah Ahmad, merupakan AJK Dewan Muslimat PAS Pusat yang aktif. Beliau bergraduat daripada Universiti Malaya dalam bidang Perubatan dan aktif dengan gerakan Mahasiswa Islam semenjak di alam kampus. Figura ini mempunyai keunikan lain seperti mampu berbahasa mandarin dan aktif dalam kerja kebajikan.

Berasal daripada Kelantan serta usahawan minyak  yang berjaya, Kamaruzaman Mohamad,mantan Ketua Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan ialah penggerak utama bantahan awam di negara ini. Beliau memiliki ijazah Sains Pendidikan daripada kampus UPM serta Ijazah Sarjana daripada Universiti yang sama dalam bidang Pengurusan Teknologi Maklumat. Figura  ini juga adalah calon PhD di sebuah universiti tempatan.

Mantan Ketua DPPM, Ustaz Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz, Ahli Parlimen Bachok  yang juga mantan Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia  ialah satu-satunya anak almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang terlibat secara aktif dalam PAS diperingkat nasional. Beliau mendapat pendidikan tinggi di Deoband India, seterusnya ke Universiti al Azhar Mesir.

Dr Khairuddin At Takiri Ahli Parlimen Kuala Nerus adalah bekas pensyarah kanan UKM . Beliau mengideakan konsep pasaraya wakaf dan masih dalam pembinaan di Dungun Terengganu. Beliau terlibat dengan perniagaan kosmetik, pakaian , penerbitan dan lain- lain. Mendapat ijazah Pertama dan MA di Jordan, berdoktorat daripada UKM. 

Ustaz Nasrudin Hasan anak kelahiran Besut yang pernah memimpin Dewan Pemuda PAS Pusat. Dibesarkan di Rompin , bermukim ilmu di Pondok Pasir Tumbuh Kelantan, Pondok Sungai Durian, Syria dan Al Azhar Mesir. Beliau penulis yang prolifik , mantan Ahli Parlimen Temerloh pada sesi 2013-2018.

Naib-Naib Presiden pula mempunyai latarbelakang pendidikan yang piawai serta penglibatan sosiopolitik yang mapan semenjak remaja. Ustaz Idris Ahmad bekas pensyarah UITM,  johan Pidato peringkat  kebangsaan semasa belajar di KIK. Beliau memimpin pelajar di UKM di zaman kampus , mendapat ijazah Pertama dan MA daripada UKM Bangi . Ustaz Idris Ahmad pernah menjadi Ahli Parlimen Bukit Gantang pada sesi 2013-2018. Beliau memimpin Lujnah Tarbiah Dan Perkaderan PAS dengan berkesan dengan penyusunan kurikulum yang sistematik.

Timbalan Menteri Besar Kelantan yang juga ADUN Panchor, Dato Nik Amar Nik Abdullah, bekas Ketua Pelajar Maahad Muhammadi Kelantan. Wataknya sederhana dan mudah didekati , mewarisi darah ulama terkenal tanahair kita, iaitu Tok Ayah Kedah.  Anak tokoh PAS Kelantan yang tersohor,  Ustaz Nik Abdullah Arshad, beliau mempunyai M(Phil) daripada Universiti Birmingham United Kingdom. Nik Amar adalah mantan pensyarah UIAM .

Anak Besut yang kini Naib Presiden PAS paling muda, Dr Ahmad Shamsuri Mokhtar adalah Menteri Besar Terengganu yang mendapat sorotan media paling lumayan. Mantan Setpol Presiden PAS Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang ini ialah pakar aero angkasa Malaysia, mendapat pendidikan tinggi di UKM dan berdoktorat daripada Universiti Leeds United Kingdom. 

(Penulis ialah AJK PAS Pusat mulai 2013, Penyelaras Parlimen Besut)

Kepimpinan PAS Sesi 2019-2021



KEPUTUSAN PEMILIHAN AHLI JAWATANKUASA PAS PUSAT BAGI SESI 2019-2021

SELAMAT BERKHIDMAT KEPADA 18 YANG TERPILIH:

1. YB Ustaz Muhammad Khalil B. Abdul Hadi: 956 undi TRG
2. YB Dr. Azman B. Ibrahim: 947 undi TRG
3. Dr. Hajah Halimah Bt. Ali: 943 undi SEL
4. YB Dato’ Dr. Haji Mohamad Fadhli B. Hassan: 860 undi KEL
5. Ustaz Dr. Haji Riduan B. Mohd Nor: 858 undi TRG
6. Dato’ Haji Iskandar B. Abdul Samad: 856 undi SEL
7. YB Dato’ Haji Mohd Nassuruddin B. Daud: 855 undi KEL
8. Dr. Haji Mohd Zuhdi B. Marzuki: 843 undi PRK
9. YB Ustaz Haji Nik Mohd Abduh B. Nik Abdul Aziz: 781 undi KEL
10. YB Dato’ Dr. Mohd Khairuddin B. Aman Razali: 781 undi TRG
11. Dr. Hajah Najihatussolehah Bt. Ahmad: 758 undi PRK
12. Kamaruzzaman B. Mohamad: 747 undi WP
13. Ustaz Dr. Ahmad Fakhruddin B. Sheikh Fakhrurrazi: 726 undi KDH
14. Ustaz Nasruddin B. Hassan: 714 undi PHG
15. YB Hajah Siti Zailah Bt. Mohd Yusoff: 682 undi KEL
16. Ustaz Haji Mokhtar B. Senik: 679 undi PHG
17. Ustaz Haji Misbahul Munir B. Masduki: 670 undi PERAK
18. Ustaz Haji Sallehen B. Mukhyi: 645 undi. SEL

MB Terengganu Naib Presiden PAS baharu



Oleh : ASLANI M

KUANTAN: Selain tumpuan rakyat di negara ini terarah terhadap isu yang melanda negara sekarang dengan isu ‘video hanyir’, perhatian orang ramai juga tertumpu di Bandar Indera Mahkota yang merintis jejak memantapkan penyatuan ummah.

Stadium Tertutup SUKPA yang terletak tidak jauh dari Hospital Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, orang ramai bersesak-sesak bagi mengikuti perkembangan terkini politik tanah air.


Ramai terpaksa meletak kenderaan di jalan utama apabila laluan ke stadium sesak dengan kenderaan di kiri kanan jalan. Malah ada kenderaan pacuan roda meletak kenderaan di atas pembahagi jalan.

Keluarga perwakilan dan pemerhati yang datang kelihatan ramai berehat di bawah redupan pokok di perkarangan stadium. Keselesaan bermuktamar kali ini hasil taawun PAS dan Umno membolehkan premis milik kerajaan negeri dimanfaatkan.

Muktamar pada sebelah petang bermula pada jam 3 petang dengan pembentangan laporan muktamar lepas yang dibentangkan Setiausaha Agung, Dato’ Takiyuddin Hassan dan kewangan dikemukakan Bendahari PAS Pusat, Razman Zakaria.



Sekarang berlangsung proses pengundian bermula 4.06 petang dan berakhir jam 7.06 petang. Proses pengundian diadakan menggunakan kaedah e-undi bagi memilih 29 senarai anggota jawatankuasa PAS Pusat. Seramai 1,230 perwakilan layak mengundi pada muktamar kali ini.

Pengundian dimulakan Mursyidul Am Tuan Guru Dato’ Hashim Jasin, Timbalan Mursyidul Am Ustaz Dato’ Ahmad Yakob, Presiden Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan diikuti pimpinan PAS Pusat serta kawasan-kawasan.

Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan PAS Pusat, Dr. Mohd Fuad Mohd Salleh turut mengumumkan jawatan yang menang tidak bertanding diketuai Presiden Tuan Guru Abdul Hadi dan timbalan presiden Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man.

Malah agak mengejutkan apabila tiga naib presiden juga diumumkan menang tanpa bertanding apabila seorang calon tidak mengesahkan hasrat untuk mempertahankan jawatan. Naib presiden sesi lalu Dato’ Ir Iskandar Abdul Samad.

“Oleh itu saya mengumumkan naib presiden menang tanpa bertanding iaitu Ustaz Idris Ahmad, Dato’ Mohd Abdullah dan Dr Ahmad Samsuri Mokhtar,” katanya. – HARAKAHDAILY 21//6/2019

Sumber:http://muktamar.pas.org.my/mb-tganu-naib-presiden-pas-baharu/

Akhirnya Fitnah PAS Terima RM90 Juta Duit 1MDB Terhapus


Oleh: Abdul Muein Abadi

1. Hari ini menjadi saksi betapa fitnah yang dilemparkan selama ini ke atas Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan Parti Islam Se-Malaysia (PAS) berkaitan wang 1MDB sebanyak RM90 juta telah dipadamkan secara tidak langsung oleh Ketua Pesuruhjaya SPRM sendiri iaitu Latheefa Koya.

2. Dalam sidang media terkini di ibu pejabat SPRM di Putrajaya hari ini, Latheefa Koya mengumumkan bahawa SPRM kini memfailkan permohonan di bawah Akta Pencegahan Penggubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Aktiviti Haram 2001 (AMLA) untuk mendapatkan semula wang berkaitan 1MDB berjumlah RM270 juta daripada 41 individu dan entiti.

3. Jelas terbukti bahawa daripada kesemua 41 individu dan entiti yang dinamakan tersebut, tiada satu akaun pun yang dimiliki oleh Tuan Guru Abdul Hadi Awang mahu pun pemimpin Parti Islam Se-Malaysia (PAS) seperti mana yang dituduh oleh Clare Rewcastle Brown dan Sarawak Report selama ini.

4. Tiada nama akaun Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar seperti mana yang dituduh oleh Clare Rewcastle Brown dan Sarawak Report.

5. Tiada nama akaun Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi seperti mana yang dituduh oleh Clare Rewcastle Brown dan Sarawak Report.

6. Tiada nama akaun Ustaz Nik Abduh seperti mana yang dituduh oleh Clare Rewcastle Brown dan Sarawak Report.

7. Tiada nama akaun Dato' Takiyuddin Hassan seperti mana yang dituduh oleh Clare Rewcastle Brown dan Sarawak Report.

8. Tiada nama akaun Ustaz Hashim Jasin seperti mana yang dituduh oleh Clare Rewcastle Brown dan Sarawak Report.

9. Tiada nama akaun Ustaz Mohd Amar seperti mana yang dituduh oleh Clare Rewcastle Brown dan Sarawak Report.

10. Tiada nama akaun Ustaz Ustaz Nasrudin seperti mana yang dituduh oleh Clare Rewcastle Brown dan Sarawak Report.

11. Tiada nama akaun Ustaz Dato' Dr Khairuddin seperti mana yang dituduh oleh Clare Rewcastle Brown dan Sarawak Report.

12. Tiada nama akaun Ustaz Nik Zawawi seperti mana yang dituduh oleh Clare Rewcastle Brown dan Sarawak Report.

13. Dalam saman pelucuthakan terbesar dalam sejarah negara ini, Latheefa Koya menjelaskan wang tersebut diagihkan kepada penerima daripada akaun peribadi bekas perdana menteri Najib Razak di AmBank.

14. Beliau memaklumkan bahawa sebanyak RM212 juta daripada RM270 juta tersebut adalah dituntut daripada UMNO.

15. Kesemua 41 individu dan entiti tersebut dijadikan sebagai responden dalam permohonan SPRM yang difail di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

16. Menurut Latheefa Koya, kesemua wang ini bukan sahaja “berkaitan dengan Najib”, bahkan ia turut melibatkan “akaun yang berada di bawah namanya”.

17. Status kesemua 41 individu dan entiti penerima ini pada dasarnya dianggap sebagai “pihak ketiga yang menerima wang” di mana mereka dikenalpasti menerima daripada satu akaun, iaitu akaun AmBank.

18. Kesemua 41 individu dan entiti tersebut adalah seperti berikut:

1. Ibrahim Awang Ismail
2. Kasitah Gaddam
3. Ismail Abd Muttalib
4. Hasan Malek
5. Sim Sai Hoon
6. Abdul Manan Ismail
7. Pertubuhan Kebajikan Dakwah Islamiah Malaysia (PEKIDA)
8. Akademi Pemuda
9. Parti Bersatu Rakyat Sabah
10. Yayasan Permata Malaysia
11. Yayasan Tun Hussein Onn
12. Badan Perhubungan Umno Negeri Kelantan
13. UMNO Pekan
14. Gerakan Belia Gagasan 1 Malaysia
15. Badan Perhubungan MCA Negeri Pahang
16. Sarawak United People’s Party
17. Wanita MCA
18. Liberal Democratic Party (LDP) Sabah
19. Yayasan PBAKM
20. Binsabi Sdn Bhd
21. Rayhar Travels Sdn Bhd
22. K&Z Enterprise Sdn Bhd
23. IPG Mediabrands Sdn Bhd
24. Media Edge CIA (M) Sdn Bhd
25. Hattatex Trading
26. Jakel Trading
27. Jakel Trading Sdn Bhd
28. Perano Sdn Bhd
29. AGA Touch (M) Sdn Bhd
30. Habib Jewels Sdn Bhd
31. Naza Quest Auto Sdn Bhd
32. Umno Selangor
33. Umno Pahang
34. Umno Kedah
35. Umno Johor
36. BN Johor Bharu
37. Umno Sabah
38. Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu
39. Bustari Yusuf
40. Yayasan Penyelidikan Transformasi
41. Yayasan Rahah

19. Pendedahan terbaharu SPRM ini juga sekali lagi menyokong laporan SPRM sendiri sebelum ini bahawa PAS ialah parti yang bebas rasuah.

Syabas SPRM. Tahniah PAS.


Penulis ialah Pensyarah Program Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

Islam Memimpin, Wanita Sejahtera agenda besar


KUANTAN: Islam Memimpin, Wanita Sejahtera menjadi tema pilihan untuk Muktamar Tahunan Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPM) Kali Ke-59 yang menjadi agenda besar.

Penyelaras Muktamar DMPM, Dr Nurul Hani Ali berkata, pemilihan tema ini kesinambungan daripada Ucapan Dasar Tuan Guru Presiden pada Muktamar 2017 iaitu “Sejahtera Bersama Islam” dan pada 2018 iaitu “Islam Memimpin”.

"Ia supaya menjadikan muktamar ini sebagai wadah muhasabah diri, berukhuwwah, berorganisasi dan mengukuhkan siasah serta menyebarkan dakwah," katanya ketika menyampaikan ucapan aluan di Muktamar Tahunan Dewan Muslimat PAS yang diadakan di Bukit Gambang City, Pahang.

Beliau turut meluahkan rasa berbesar hati kerana buat julung kalinya perasmian muktamar DMPM tahun ini dirasmikan oleh Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Dalam masa yang sama, Dr Hani mengucapkan terima kasih kepada Dewan Muslimat PAS Pahang yang sudi menjadi tuan rumah untuk muktamar tahun ini.

"Berharap muktamar tahun ini dapat berjalan dengan jayanya.

"Seterusnya dapat mengeratkan lagi ukhuwwah antara perwakilan dan mendapat rahmat daripada Allah SWT," katanya.

Turut hadir Naib Presiden PAS, Ustaz Idris Ahmad; Pesuruhjaya PAS Pahang, Ustaz Rosli Abdul Jabar, Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Ustaz Mokhtar Senik; dan barisan kepimpinan DMPM yang diketuai oleh Senator Ustazah Nuridah Mohd. Salleh serta barisan wakil wanita Umno.

Tidak ketinggalan barisan kepimpinan wanita Dewan Himpunan Penyokong PAS diketuai Cik Kumutha A/P Raman dan parti gabungan Gagasan Sejahtera dan Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PAS Pahang. – HARAKAHDAILY 15/6/2019

Sumber: https://www.harakahdaily.net/index.php/berita/11481-islam-memimpin-wanita-sejahtera-agenda-besar

Malaysia Bakal Jadi Tanah Cina, Bukan Lagi Bumi Melayu?



1. Portal berita antarabangsa scmp.com melaporkan penghijrahan beramai-ramai orang China ke Malaysia: “Why Are Chinese Moving To Malaysia By The Thousands?

2. Dilaporkan, melalui Skim MM2H (Malaysia My Second Home), beribu-ribu warga China ini diberi hak kerakyatan untuk tinggal di Malaysia.

3. Jadi, bagaimana perkara ini bakal menyisihkan orang Melayu di bumi Melayu sendiri?

4. Orang-orang China yang datang beramai-ramai ini bukanlah buruh atau golongan miskin. Mereka adalah kaya-raya yang dan rata-rata adalah professional.

5. Mereka ini akan tinggal di bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur dan tidak perlu berasimilasi dengan orang Melayu kerana populasi Cina sememangnya sudah majoriti di bandar.

6. Jadi, orang-orang Cina ini bergabung untuk menguasai ekonomi dengan tambahan “kekayaan baru” yang dibawa “pendatang baru” ini dari China.

7. Untuk pengetahuan anda yang masih belum ‘bangun tidur’, China kini bukan lagi seperti China yang dahulu.

8. Revolusi industri China telah meningkatkan taraf ekonomi rakyatnya, melahirkan 800 juta golongan kelas pertengahan. Ramai dari 800 juta ini mencari kehidupan baru di luar negara.

9. Antara negara yang menjadi pilihan mereka adalah Malaysia, kerana populasi Cina yang tinggi di bandar dan penguasaan ekonomi oleh orang Cina Malaysia.

10. Orang-orang ‘Cina Baru’ ini memang dikenali sebagai sombong dan tidak mahu bergaul dengan orang lain. Mereka memandang rendah kepada kaum Melayu kerana merasakan negara asal China adalah negara yang jauh lebih hebat.

11. Sasaran mereka ialah bila mereka menguasai ekonomi dan populasi bandar besar nanti, automatik mereka akan mengawal ekonomi dan pengaruh politik Malaysia.

12. Dari segi sosio-ekonomi pula, mereka ini hanya “preferred Chinese” dan hanya membuka peluang pekerjaan sesama mereka. Orang Melayu jangan haraplah untuk kerja berhijrah di bandar. Jika ada kerja pun, kerja bawahan sahaja.

13. Akhirnya, ini akan menyebabkan Melayu akan terus bergelut dengan kemiskinan di kampung, sambil hanya mampu melihat orang-orang Cina ‘baru’ dan ‘lama’ ini hidup mewah bergembira di Kuala Lumpur.

14. Sebab itulah orang Melayu kini perlu bersatu. Hentikan perbalahan sia-sia sesama sendiri.

Penduduk Malaysia akan tenggelam

.Source - https://m.scmp.com/week-asia/geopolitics/article/2080869/why-are-chinese-moving-malaysia-thousands

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=599030363863864&id=551409891959245

Catatan Ucapan Perasmian Muktamar Dewan Muslimat PAS oleh YB DS TG Haji Hadi



Catatan : abusuhaib

1.Hikmah yg besar dan penting Allah dahulukan tugas amar makruf nahi mungkar sebelum disebut amal soleh yg lain. kemuncaknya ialah amalan berpolitik yg dianggap kotor oleh sesetengah pihak.
Sedangkan Dalam Islam, Berpolitik merupakan salah satu tujuan manusia diciptakan iaitu tugas khilafah.

2.Malaikat tidak dpt menunaikan tugas khilafah seperti manusia kerana fitrah mereka berbeza. Manusia lebih mampu melaksanakannya dlm keadaan mereka zalim dan jahil. Makhluk lain tidak sanggup dan gerun utk menerima kewajipan khilafah.

3.Para rasul dilantik Allah sebagai khalifah dan dikurniakan kitab sebagai panduan yg diakhiri dgn perutusan Nabi muhammad saw.
Selepas kewafatan nabi muhammad, tugas khilafah diambil alih oleh umat baginda.



4.termasuk 7 golongan yg dinaungi arasy Allah ialah pemimpin yg adil.

5.Wanita turut terlibat dlm baiatul aqabah , berjanji utk membela nabi dan mempejuangkan Islam.

6.Perubahan politik di barat berlaku secara revolusi yg mengorbankan ribuan nyawa, sedangkan pembukaan Mekah oleh tentera islam hanya korbankan beberapa nyawa.

7.Islam tersebar bukan dgn paksaan, hanya dlm masa yg singkat berjaya menarik hati manusia utk menerimanya.
Islam dipaksa berperang dan umatnya dizalimi. Rumah ibadat bukan islam tidak diganggu dan dirobohkan serta masih wujud hingga hari ini spt gereja di mesir dan chandi brobodor di Indonesia
.
‎ۗ ŁˆَŁ„َŁˆْŁ„َŲ§ ŲÆَŁْŲ¹ُ Ų§Ł„Ł„َّŁ‡ِ Ų§Ł„Ł†َّŲ§Ų³َ ŲØَŲ¹ْŲ¶َŁ‡ُŁ…ْ ŲØِŲØَŲ¹ْŲ¶ٍ Ł„َŁ‡ُŲÆِّŁ…َŲŖْ ŲµَŁˆَŲ§Ł…ِŲ¹ُ ŁˆَŲØِŁŠَŲ¹ٌ ŁˆَŲµَŁ„َŁˆَŲ§ŲŖٌ ŁˆَŁ…َŲ³َŲ§Ų¬ِŲÆُ ŁŠُŲ°ْŁƒَŲ±ُ ŁِŁŠŁ‡َŲ§ Ų§Ų³ْŁ…ُ Ų§Ł„Ł„َّŁ‡ِ ŁƒَŲ«ِŁŠŲ±ًŲ§ ۗ ŁˆَŁ„َŁŠَŁ†ْŲµُŲ±َŁ†َّ Ų§Ł„Ł„َّŁ‡ُ Ł…َŁ†ْ ŁŠَŁ†ْŲµُŲ±ُŁ‡ُ ۗ Ų„ِŁ†َّ Ų§Ł„Ł„َّŁ‡َ Ł„َŁ‚َŁˆِŁŠٌّ Ų¹َŲ²ِŁŠŲ²ٌ

• Abdullah Muhammad Basmeih:
..Dan kalaulah Allah tidak mendorong setengah manusia menentang pencerobohan setengahnya yang lain, nescaya runtuhlah tempat-tempat pertapaan serta gereja-gereja (kaum Nasrani), dan tempat-tempat sembahyang (kaum Yahudi), dan juga masjid-masjid (orang Islam) yang sentiasa disebut nama Allah banyak-banyak padanya dan sesungguhnya Allah akan menolong sesiapa yang menolong ugamaNya (ugama Islam); sesungguhnya Allah Maha Kuat, lagi Maha Kuasa; -
(22:40 Al-Hajj, Ayah 40)

8.Islamophobia yg ditaja barat utk menjauhkan manusia dari islam, berlaku sebaliknya manusia semakin mencari Islam.

9.Islam mendahulukan perdamaian sebelum peperangan.

‎۞ ŁˆَŲ„ِŁ†ْ Ų¬َŁ†َŲ­ُŁˆŲ§ Ł„ِŁ„Ų³َّŁ„ْŁ…ِ ŁَŲ§Ų¬ْŁ†َŲ­ْ Ł„َŁ‡َŲ§ ŁˆَŲŖَŁˆَŁƒَّŁ„ْ Ų¹َŁ„َŁ‰ Ų§Ł„Ł„َّŁ‡ِ ۚ Ų„ِŁ†َّŁ‡ُ Ł‡ُŁˆَ Ų§Ł„Ų³َّŁ…ِŁŠŲ¹ُ Ų§Ł„ْŲ¹َŁ„ِŁŠŁ…ُ

• Abdullah Muhammad Basmeih:
Dan jika mereka (pihak musuh) cenderung kepada perdamaian, maka engkau juga hendaklah cenderung kepadanya serta bertawakalah kepada Allah. Sesungguhnya Ia Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.
(8:61 Al-Anfal, Ayah 61)

Nabi utuskan Uthman- seorang yg penuh diplomasi tanda damai utk berbincang dgn quraisy utk masuk ke kota Mekah menunaikan umrah . Berlaku baiatul ridhwan demi membela uthman.

10.Perjanjian hudaibiyah yg dilihat berat sebelah oleh sesetengah sahabat , namun Nabi dahulukan perdamaian dgn Quraisy lebih dari keperluan melaksanakan umrah. kesannya dakwah islam tersebar dgn lebih luas tanpa halangan dari quraisy.

11.Seorang tokoh wanita saiyidah Nafisah dengan berani menegur pemerintah mesir

12.Pas mendahului parti2 islam lain di dunia dengan membenarkan muslimat bertanding dlm pilihanraya. Khadijah Sidek wanita pertama berjaya menjadi ahli parlimen.

13.Pas perkenalkan politik tahaluf dan taawun, kerjasama dgn semua pihak didahului dgn golongan islam dan bukan Islam yg sedia menerima perjuangan Pas.

14.Syair Jalaluddin ar Rumi
Jadilah seperti matahari yg memancar cahayanya
Jadilah seperti malam yg menutup keaiban org
Jadilah seperti Air yg melempar manfaat kpd manusia lain
Jadilah seperti tanah dlm tawadhuk kepada manusia

Gambang Resort
15/6/2019 11 syawal 1440
11.15am

Syair untuk ahli politik oleh Tok Guru

Terkini: Kita Jatuh Merudum Dalam 4 Indeks Serentak Iaitu ‘Economy’, ‘International Relations’, ‘Political Rights’, & ‘Islamic Index’



Oleh: Abdul Muein Abadi
Penulis ialah Pensyarah Program Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

1. Ini fakta dan data terbaru yang mengejutkan kita. Ranking terkini yang diterbitkan badan analisis indeks tersohor dunia iaitu Islamicity Foundation menunjukkan bahawa negara kita telah jatuh merudum dalam bukan satu, bukan dua, bukan tiga, tetapi EMPAT indeks berbeza.

2. Keempat-empat indeks tersebut ialah Indeks ‘Economy’, Indeks ‘Political Rights’, Indeks ‘International Relations’, serta kedudukan keseluruhan kita dalam ‘Islamic Index’ berbanding 152 negara lain di dunia.

3. Paling mengecewakan tentulah hakikat bahawa kita kini telah kehilangan status sebagai Negara Islam terbaik yang dipegang sejak 2017 apabila kita kini jatuh di belakang Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Albania.

4. Kejatuhan terbesar dicatat dalam Indeks Hak Berpolitik di mana kita jatuh merudum sebanyak 13 anak tangga berbanding tahun 2016 (tangga ke-66) iaitu kini di tangga ke-79. Jika dibandingkan dengan tahun 2017, kita jatuh 8 anak tangga.

5. Berbanding tahun 2017, indeks Ekonomi kita jatuh sebanyak tujuh anak tangga iaitu dari tangga ke-24 (2017) ke tangga ke-31.

6. Indeks ‘International Relations’ kita pula jatuh lapan anak tangga berbanding tahun 2016 iaitu dari kedudukan ke-43 jatuh ke kedudukan ke-51.

7. Kemuncaknya, Ranking keseluruhan Islamicity Index kita jatuh ke kedudukan ke-47, iaitu kedudukan terburuk yang pernah dicapai negara kita dalam sejarah perincian Islamicity Index sejak 2015.

8. Indeks ‘Legal and Governance’ kita turut jatuh merudum jika dibandingkan dengan kedudukan terbaik kita pada tahun 2015 iaitu dari tangga ke-24 ke tangga ke-49 hari ini (25 anak tangga!). Namun jika dibandingkan dengan tahun 2017, kedudukan kita dalam indeks ini tiada perubahan.

9. Sejak pengenalan perincian Islamicity Index kepada empat indeks berbeza pada 2015, kedudukan terkini kita di ranking ke-47 dunia ini ialah kedudukan terburuk yang pernah kita capai, berbanding kedudukan ke-43 pada 2015, ke-41 pada 2016, dan di tangga ke-43 pada tahun 2017.

10. Kesemua empat indeks berbeza yang menentukan kedudukan ranking kita dalam Islamicity Index ini – Indeks Ekonomi, Indeks Hak Berpolitik, Indeks Undang-undang dan Tadbir Urus, serta Indeks Hubungan Antarabangsa – adalah diukur berdasarkan pelbagai komponen kriteria yang tersendiri.

11. Bagi Indeks Ekonomi, terdapat 11 komponen yang menjadi ukuran iaitu ‘Economic Opportunity and Economic Freedom’ (Peluang dan kebebasan ekonomi), ‘Equal access to Education and Health care’ (akses kepada pendidikan dan penjagaan kesihatan), ‘Job Creation and Equal Access to Employment’ (penciptaan peluang pekerjaan dan akses pekerjaan), ‘Property Rights and Sanctity of Contracts’ (hak pemilikan dan penegakan kontrak), ‘Prevention of Corruption’ (pencegahan rasuah), ‘Provision of Poverty, Provision of Aid and basic Human need’ (bantuan kepada orang miskin dan keperluan asas), ‘Taxation and Social Welfare’ (percukaian dan kebajikan sosial), ‘Supportive Financial System’ (sistem kewangan yang menyokong), ‘Adherence to Islamic Finance’ (kepatuhan kepada kewangan Islam), ‘Economic Prosperity’ (kemakmuran ekonomi), dan ‘Economic Justice’ (keadilan ekonomi).

12. Bagi Indeks Undang-undang dan Pentadbiran (Legal & Governance) pula, terdapat empat komponen yang diukur iaitu ‘legal integrity’ (integriti badan perundangan & kehakiman), ‘management index’ (indeks pengurusan), ‘government governance’ (tadbir urus kerajaan), dan ‘perceptions about the government’ (persepsi terhadap kerajaan).

13. Indeks Hak Asasi Manusia & Berpolitik (Human & Political Rights) pula diukur berdasarkan lima dimensi berikut: ‘human development’ (pembangunan insan), ‘civil and political rights’ (hak-hak sivil dan hak-hak berpolitik), ‘women’s rights’ (hak wanita), ‘global democracy’ (demokrasi global), serta ‘perceptions of well-being’ (persepsi kesejahteraan hidup).

14. ‘International Relations Islamicity Index’ pula diukur berdasarkan dua dimensi komponen utama iaitu ‘globalization’ (penyertaan dalam proses globalisasi) dan ‘militarization index’ (indeks pembangunan ketenteraan).

15. Berikut ialah ringkasan Ranking kita yang terkini: ‘Economy’ (ke-31), ‘Legal and Governance’ (ke-49), ‘Human and Political Rights’ (ke-79), ‘International Relations’ (ke-51), dan kedudukan keseluruhan ‘Islamic Index’ (ke-47).

16. Berikut pula ialah ringkasan Ranking kita menurut pecahan indeks bagi tahun 2017: ‘Economy’ (ke-24), ‘Legal and Governance’ (ke-49), ‘Human and Political Rights’ (ke-71), ‘International Relations’ (ke-48), dan kedudukan keseluruhan ‘Islamic Index’ (ke-43).

17. Pada tahun 2016, ringkasan Ranking kita menurut pecahan indeks ialah seperti berikut: ‘Economy’ (ke-27), ‘Legal and Governance’ (ke-40), ‘Human and Political Rights’ (ke-66), ‘International Relations’ (ke-43), dan kedudukan keseluruhan ‘Islamic Index’ (ke-41).

18. Bagi tahun 2015 pula, ringkasan kesemua dimensi Ranking indeks ini adalah seperti berikut: ‘Economy’ (ke-38), ‘Legal and Governance’ (ke-24), ‘Human and Political Rights’ (ke-76), ‘International Relations’ (ke-45), manakala kedudukan keseluruhan ‘Islamic Index’ (ke-43).

19. Semua data boleh diakses secara terbuka di sini:

i. Indeks 2018: http://islamicity-index.org/wp/latest-indices-2018/

ii. Indeks 2017: http://islamicity-index.org/wp/indices2017/

iii. Indeks 2016: http://islamicity-index.org/.../uploads/2017/12/2016.pdf

iv. Indeks 2015: http://islamicity-index.org/pdf/Rankings2015.pdf

v. Perincian penilaian setiap Indeks: http://islamicity-index.org/…/links-downloa…/index-elements/

Diharapkan kesemua fakta dan data ini menjadi peringatan keras kepada para menteri kabinet Pakatan Harapan hari ini. Mereka kini mempunyai dua pilihan sahaja iaitu sama ada berusaha keras untuk mengembalikan semula maruah negara yang kini tercalar di pentas antarabangsa atau letak jawatan.

Ingatlah dua amaran Junjungan Besar Nabi kita ini:
“Jika urusan diserahkan bukan kepada ahlinya, maka tunggulah kehancuran itu” (HR Bukhari).

“Barangsiapa yang memegang kuasa tentang sesuatu urusan kaum Muslimin, lalu dia memberikan suatu tugas kepada seseorang, sedangkan dia mengetahui bahawa ada orang yang lebih baik daripada orang itu, dia telah mengkhianati Allah, Rasul-Nya dan kaum Muslimin” (Hadis Riwayat Al-Hakim).


Melaka tewas kerana pembelotan dari dalam kalangan orang Melayu ?

Rancangan menjadikan Azmin Ali PM ke-8 muktamad

“Umum perlu faham, biar teliti manapun rancangan Mahathir, beliau tahu bahawa ianya berisiko menemui kegagalan biar kecil mana risiko tersebut. Justeru, beliau bersiap sedia untuk membubarkan parlimen pada bila-bila masa sekiranya terdapat tanda-tanda rancangannya akan gagal. Saya yakin bahawa inilah faktor utama yang mendorong beliau untuk mengadap Yang di-Pertuan Agong secara senyap semalam tatkala rakyat Malaysia digemparkan dengan video-video seks Azmin”

Semua ahli politik yang seharusnya mengeluarkan kenyataan berkenaan video homoseks yang tular baru-baru ini (kemudian daripada ini dirujuk sebagai “video seks Azmin”) telahpun mengeluarkan kenyataan.

Semalam, presiden PKR, Dato’ Seri Anwar Ibrahim, mengutuk politik jijik yang dimainkan sesetengah pihak terhadap Dato’ Seri Azmin Ali yang dipercayai merupakan individu yang terpapar dalam video berkenaan.

Walaubagaimanapun, Anwar tidak menafikan bahawa individu-individu dalam video tersebut merupakan Azmin dan Haziq Aziz.

Berbeza pula dengan Mahathir, beliau memberitahu pemberita malam semalam bahawa belau tidak yakin Azmin terlibat dalam video tersebut.

Sekali pandang, ianya memberi persepsi seolah-olah Anwar merupakan dalang di sebalik video berkenaan.

Ini mudah dipercayai, memandangkan Anwar diketahui tidak berpuas hati dengan hubungan akrab antara Mahathir dengan Azmin dan khuatir Azmin akan dipilih oleh Mahathir menjadi Perdana Menteri Malaysia ke-8.

Tetapi umum perlu imbas kembali detik-detik yang menjurus kepada pemecatan Anwar dari kerajaan pada tahun 1998 untuk memahami betapa perlunya seseorang itu was-was terhadap segala apa yang dikatakan oleh kedua-dua Anwar dan Mahathir.

Beberapa minggu sebelum Mahathir bertindak memecat Anwar atas tuduhan meliwat, beliau memberitahu pemberita bahawa timbalannya bukan seorang homoseks dan tidak terlibat dalam hubungan seks di luar tabii sepertimana dicadangkan oleh penerbit buku “50 Dalil Kenapa Anwar Tidak Boleh Jadi PM.”

Anwar pula berulang kali memberitahu pemberita bahawa hubungan beliau dengan Mahathir baik seperti sediakala, walaupun pada ketika itu, bukan hanya kedua-dua mereka sudah jarang berinteraksi, Mahathir pernah mengarahkan Tun Daim Zainuddin untuk ‘menasihati’ Anwar supaya berundur secara sukarela.

Apapun, buat masa ini, tidak ada kepastian daripada mana-mana pihak samada dalang di sebalik video seks Azmin merupakan Anwar atau Mahathir.

Apa yang pasti, Mahathir ingin jadikan Azmin Perdana Menteri Malaysia ke-8 dan akan memusnahkan kerjaya politik Anwar buat selama-lamanya setelah selesai melakukan percaturan tertentu.

Biar sesiapapun dalang di sebalik video tersebut, ianya sudah tentu akan mencetuskan perbalahan sengit di antara puak Azmin dan puak Anwar dan sekaligus memecah-belahkan PKR sepertimana yang dikehendaki Mahathir.

Azmin sudah tentu akan mengesyaki Anwar dan akan memberikan jaminan 200 peratus kepada Mahathir bahawa beliau tidak akan terfikir untuk bersekongkol dengan Anwar setelah menjadi Perdana Menteri Malaysia ke-8.

Mahathir pula akan mampu mencantas Azmin pada bila-bila masa sekiranya perlu memandangkan isu homoseks terbaru ini akan sentiasa menghantui Azmin dan mampu memusnahkan karier politiknya sekiranya tidak mendapat sokongan Mahathir dan anaknya, Dato’ Seri Mukhriz Mahathir.

Apa yang jelas, Mahathir sudahpun memulakan langkahnya untuk meletakkan titik noktah pada karier politik Anwar dan dipercayai akan memastikan bekas timbalannya akan merangkak kembali di penjara Sungai Buloh.

Bagi menjayakan rancangan tersebut, Mahathir melantik Latheefa Koya sebagai ketua Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tanpa merujuk Jawatankuasa Pelantikan Khas Parlimen, Kabinet ataupun ahli-ahli parlimen.

Latheefa dijangka akan membuka semula fail Lim Guan Eng berhubung pembelian Bungalow di bawah harga pasaran dan turut dijangka akan merujuk kembali fail-fail bersangkut-paut skandal terowong dasar laut Pulau Pinang dan skandal penjualan tanah di Taman Manggis, Pulau Pinang.

Guan Eng kemudiannnya akan dipanggil ke meja rundingan bersama ayahnya, Lim Kit Siang, bagi membuat pilihan sekiranya bersetuju Azmin dijadikan Perdana Menteri ke-8 ataupun sekiranya mereka masih berdegil untuk menjadikan Anwar Perdana Menteri Malaysia ke-8.

Opsyen pertama akan melihat Mukhriz dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Tun Daim Zainuddin sebagai Menteri Kewangan, manakala opsyen kedua dipercayai akan melihat Guan Eng menjadi timbalan Anwar dan Rafizi Ramli, menteri kewangan.

Sekiranya Guan Eng memilih opsyen kedua, beliau berkemungkinan besar akan dihadapkan dengan belasan tuduhan rasuah dan salahguna kuasa dan sudah pasti akan dihumban masuk ke penjara dalam tempoh masa tersingkat.

Sekiranya beliau memilih opsyen pertama, Mahathir akan mendapatkan deklarasi daripada kesemua ahli parlimen DAP, PPBM, AMANAH, WARISAN dan mereka di PKR yang bersekongkol dengan Azmin untuk dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong sebagai bukti Azmin mendapat sokongan majoriti ahli parlimen.

Susulan itu, Mahathir akan letak jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia tetapi kekal sebagai Pengerusi Pakatan Harapan.

Beliau kemudiannya akan mengadap Agong bagi mempersembahkan ‘keyakinan’ majoriti ahli parliemen terhadap Azmin supaya Tuanku Baginda berkenan melantik Azmin sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-8.

Apapun, pada ketika itu, Anwar samada sudah berada di penjara Sungai Buloh ataupun dihadapkan ke Mahkhamah atas tuduhan meliwat dan akan dipaksa bersemuka dengan Ketua Hakim baru yang sememangnya yakin beliau peliwat.

Umum perlu faham, biar teliti manapun rancangan Mahathir, beliau tahu bahawa ianya berisiko menemui kegagalan biar kecil mana risiko tersebut.

Justeru, beliau bersiap sedia untuk membubarkan parlimen pada bila-bila masa sekiranya terdapat tanda-tanda rancangannya akan gagal.

Saya yakin bahawa inilah faktor utama yang mendorong beliau untuk mengadap Yang di-Pertuan Agong secara senyap semalam tatkala rakyat Malaysia digemparkan dengan video-video seks Azmin.

Bersambung…

Sumber: https://www.thethirdforce.net/rancangan-menjadikan-azmin-ali-pm-ke-8-muktamad/
© all rights reserved
made with by templateszoo