Usul MBM boleh keliru fahaman pelajar Muslim

oleh: MUHAMMAD FAIZZUDDIN BIN MOHD ZAI

CADANGAN memperkenalkan subjek agama lain di alam persekolahan sebagaimana dikemukakan Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Jufitri Joha adalah bersifat naif, tidak bertanggungjawab dan simplistik. Malah ia menggambarkan MBM tidak cukup maklumat sebenar terhadap situasi pelajar Muslim di negara ini.

Secara hakikatnya, ramai pelajar Muslim di Malaysia masih gagal untuk memahami dan mengaplikasi segala ilmu agama Islam yang sepatutnya diajarkan di alam persekolahan. Kualiti subjek agama Islam di sekolah masih belum cukup baik dan masih belum mampu untuk mempersiapkan pelajar muslim yang ada di Malaysia untuk menjadi seorang Muslim yang baik seperti yang sepatutnya.

Sekiranya dengan keadaan yang penuh kekurangan ini pelajar-pelajar muslim di Malaysia diajar dengan subjek agama lain maka situasi ini akan menambahkan lagi kekeliruan dan salah faham mereka terhadap nilai-nilai Islam yang sebenar.

Cara yang terbaik untuk mengekalkan perpaduan ialah dengan mengekalkan nilai ‘setiap rakyat berhak untuk mendapat pendidikan agama mereka secara baik dan mendalam’. Kami percaya, sekiranya mereka mampu memahami falsafah dalam menjadi Muslim yang baik, Islam itu sendiri akan mendidik setiap pelajar Muslim di Malaysia untuk menghormati agama lain yang ada di dalam negara ini.

Cadangan yang dilontarkan oleh pihak MBM melalui Jufitri Joha ini seolah-olah tidak yakin Islam yang sebenar sangat-sangat menekankan nilai menjaga keharmonian antara agama yang ada dalam dunia ini. Walhal secara hakikatnya, jelas di dalam al Quran serta saranan Rasulullah S.A.W untuk setiap muslim tidak menghina agama lain dan berkerjasama dengan mana-mana pihak sama ada muslim atau tidak dalam menuju ke arah kebaikan.

Selain itu, kenyataan MBM yang mendakwa bahawa subjek agama Islam di negara ini sudah cukup baik adalah salah dan jauh tersasar daripada realiti yang sebenar. Negara kita pada hakikatnya mempunyai krisis pendidikan awal Islam di peringkat sekolah setelah sekian lama dan inilah punca (tidak faham agama Islam dengan baik melalui fundamental agama) kepada lunturnya jati diri muslim dan membawa kepada salah faham dalam mengaplikasi Islam ketika berhadapan dengan agama lain (radikalisme dan ekstremisme).

Kami menyeru kepada pihak MBM untuk lebih kerap turun ke peringkat bawahan rakyat, selami kesusahan dan kekurangan rakyat, dan bersama dengan rakyat dalam menghadapi krisis rakyat marhaen agar Majlis Belia Malaysia mampu memberikan fungsi yang baik dalam mencetak masa depan Malaysia dengan lebih baik.

MUHAMMAD FAIZZUDDIN BIN MOHD ZAI ialah Pengerusi Kluster Belia, Gerakan Pembela Ummah (UMMAH)
Labels:
Reactions:

Post a Comment

[blogger]

1Mediaonline

{facebook#facebook.com/1mediaonline} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget