NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Usah Di Ganggu Kakitangan Awam Yang Berdedikasi.


Saya memandang serius kenyataan Presiden Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam ( CUEPECS ), Datuk Azih Muda bahawa beliau menerima aduan daripada kakitangan awam bahawa terdapat pegawai lantikan politik yang mengganggu tugas mereka.

Perkara sebegitu tidak sepatutnya berlaku memandangkan tugas penjawat awam adalah amat penting untuk melancarkan pentadbiran Kerajaan seperti perancangan pembangunan dan merealisasikan apa jua yang telah di rancang Kerajaan.


Sepatutnya pegawai lantikan politik hendaklah berkerjasama dengan kakitangan awam untuk mendapatkan hasil yang lebih baik demi pembangunan negara dan kesejahteraan rakyat. Perkara sebegini jika berlarutan, di khuatiri pula akan menjejaskan segala apa yang telah di rancang dan telah di jadikan dasar oleh Kerajaan.

Saya juga agak khuatir jika ianya akan menimbulkan tekanan kepada kakitangan awam jika ia di biarkan berterusan, tambahan pula jika ia membabitkan perbezaan poltik dan pandangan mahupun keadah melaksanakan pekerjaan yang telah menjadi amalan kakitangan awam sejak sekian lama.

Perkara sebegini tidak wajar berlaku di masa PH menjadi Kerajaan memandangkan dahulu sewaktu BN menjadi Kerajaan, PH mengecam tindakan sama yang di lakukan. Jika benar seperti yang di dakwa, maka transformasi dan pembaharuan Kerajaan yang di janjikan adalah palsu semata – mata dan sekali lagi hanya gula – gula ketika pilihanraya untuk memancing undi.

Kita harus berterima kasih kepada kakitangan awam yang selama ini telah bertungkus lumus membantu Kerajaan dalam melaksanakan segala dasar, perancangan mahupun agenda pembangunan yang telah di tetapkan.

Saya berharap agar Kerajaan dapat memantau permasalahan ini dan berkerjasama dengan CEUPECS untuk menangani perkara ini agar tidak berulang. Kakitangan awam tonggak pentadbiran negara, mereka wajar dibela serta di dengari aduan mereka.

Muhammad Khalil Abdul Hadi ialah Ketua Pemuda, Dewan Pemuda PAS Malaysia.

https://www.facebook.com/526079594114224/posts/2174713349250832/

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo