NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

TS Prof Syed Muhammad Al-Attas: Hero Melayu Yang Berdebat Dengan Lim Kit Siang



Pada November 1968, Prof Al-Attas berdebat selama 6 jam melawan Lim Kit Siang.

Lim Kit Siang menuduh tindakan orang Melayu menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan adalah rasis dan cauvinis.

Dalam nada tegas, Prof Al-Attas menjawab tuduhan itu dengan menyatakan bahawa orang Melayu tidak boleh dituduh rasis kerana jika orang Cina memeluk Islam dan mengamalkan Bahasa Melayu, dia boleh dianggap sebagai Melayu.

Namun sebaliknya, orang Melayu tidak akan mungkin boleh menjadi orang Cina.

Prof Al-Attas juga mengingatkan Kit Siang bahawa perkara tersebut dipersetujui oleh pemimpin-pemimpin Melayu-Islam, Cina dan India bersama-sama Majlis Raja-Raja pada tahun 1956.

.......

Sebelum itu, pada 1964 Prof Al-Attas berdebat dengan pemimpin tertinggi PAP iaitu Lee Kuan Yew.

Lee Kuan Yew dengan angkuh menyatakan Bahasa Melayu tidak sesuai dijadikan bahasa kebangsaan kerana kedudukannya lebih rendah berbanding Bahasa Cina.

Lee Kuan Yew juga berkata Malaysia patut meniru Switzerland dengan menggunakanpakai konsep 'multilingulism' / pelbagai bahasa.

Menjawab falasi Lee Kuan Yew ini, Prof Al-Attas mengatakan rakyat Switzerland sememangnya sudah mempunyai agama yang sama. Berbeza dengan Malaysia yang mempunyai pelbagai agama dan bangsa.

Mengenai anggapan sinis Kuan Yew bahawa Bahasa Cina lebih hebat dari Bahasa Melayu, Prof Al-Attas menjawab Bahasa Cina yang dituturkan di Malaysia bukanlah Mandarin, tetapi dialek seperti Hokkien, Kantonis, Teochew yang merupakan bahasa pasar golongan buruh.

Maka, tanggapan bahawa status bahasa buruh-buruh ini "lebih hebat" dari bahasa Melayu tidak logik sama sekali.

.

Rujukan:

http://www.utm.my/casis/i-events-2/saturday-night-lecture/the-malay-language-and-its-role-in-nation-building-summary-of-saturday-night-lecture-3rd-series-14th-sept-2013/

https://www.thethirdforce.net/bukti-bahawa-lim-kit-siang-and-anaknya-gandingan-bapa-anak-paling-rasis-di-malaysia/

https://bibliotheca.limkitsiang.com/1968/11/01/lim-kit-siang-replies-to-dr-syed-naguib-alatas/

https://www.roketkini.com/2012/10/05/ucapan-debat-kebudayaan-1968-oleh-lim-kit-siang-bahagian-akhir/

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo