Tarik Diri Statut Rom: Mengapa Menteri Luar Gelabah?


oleh: Rizal Merican

1. SAYA agak musykil dengan keperluan Menteri Luar melalui Kementerian Luar Negeri membuat kenyataan rasmi untuk memanggil Resident Coordinator PBB di Malaysia untuk melakukan penerangan terperinci mengenai status Malaysia.

2. Apa sebenarnya berlaku di antara tarikh 5 April 2019 (tarikh Kabinet membuat keputusan rasmi) hingga 29 April 2019 (tarikh surat rasmi Malaysia kepada Setiausaha Agung PBB)?

3. Apakah selama 24 hari lamanya atau sepanjang lebih tiga minggu tersebut Resident Coordinator PBB di Malaysia tidak pernah dipanggil untuk memberikan penerangan? Apakah YB Menteri Luar memerlukan jangka masa selama itu untuk menghantar sepucuk surat ke PBB?

4. Kaedah komunikasi dan cara Menteri Luar mengurus isu ini amat janggal dan pelik. Adakalanya, ia kelihatan kurang cermat dan sangat tidak efisien.

5. Rasanya tidak perlu menunjukkan ‘sandiwara ketegasan’ di atas perkara yang Menteri Luar sendiri ambil sambil lewa selama ini. Hakikatnya, sepanjang tempoh tiga minggu itulah keputusan Duli Majlis Raja-Raja disindir dan dihina pihak tertentu. Pada tempoh sama juga, pandangan cendikiawan dianggap ‘kangkung’ dan murah.

6. Apa matlamat ‘sandiwara ketegasan’ ini? Apakah sekadar untuk menjernihkan sedikit imej Menteri yang diketahui amat mesra ‘Statut Rom’ sejak dari awal?

*Penulis ialah Ahli Majlis Tertinggi UMNO merangkap Ahli Parlimen Kepala Batas.

Labels:
Reactions:

Post a Comment

[blogger]

1Mediaonline

{facebook#facebook.com/1mediaonline} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget