NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Siapa Gugat Keselamatan Peguam?

oleh: Dr Kamarul

Dua media, iaitu Harian Metro dan Free Malaysia Today, memetik sumber sebagai mendedahkan bahawa tindakan Syazlin Mansor menarik diri dari mewakili Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) serta Jabatan Penyelamat dan Bomba Malaysia (JPBM) dalam prosiding inkues Muhammad Adib Mohd Kassim adalah berpunca daripada faktor keselamatan.

Dalam laporan Harian Metro versi atas talian bertajuk “Peguam tarik diri sebab terima tekanan” dan dalam laporan Harian Metro versi bercetak bertajuk “Khuatir keselamatan diri”, sumber Harian Metro dipetik sebagai berkata: “Selain Syazlin, KPKT turut menerima tekanan sama sehingga kedua-dua pihak memutuskan supaya Syazlin menarik diri daripada inkues itu. Khuatir dengan keselamatan dirinya, Syazlin mengundur diri.”

Dalam laporan Free Malaysia Today bertajuk “Peguam kerajaan, keluarga Adib tarik diri akibat arahan, kata sumber” pula, sumber Free Malaysia Today dipetik sebagai berkata: “KPKT dan Syazlin tidak bersetuju dengan penarikan ini kerana mahu keadilan buat anggota bomba itu, tetapi demi keselamatan, mereka terpaksa membuat keputusan ini.”

Dakwaan terbuka bahawa tindakan Syazlin menarik diri dari prosiding inkues Muhammad Adib atas faktor keselamatan ini adalah satu dakwaan yang amat serius.

Demi keadilan, maka sangat perlu disiasat dan didedahkan siapa yang dikhuatiri akan menggugat keselamatan diri Syazlin dan apa bentuk gugatan tersebut.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo