NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Setahun Kerajaan Terengganu : 45 Pencapaian


1.Memperkenalkan Politik Kasih Sayang untuk menenangkan suhu politik negeri yang sangat tegang.

2.Mendapat dokongan dua orang bekas Menteri Besar Terengganu, Dato’ Seri Ahmad Said dan Dato’ Seri Ahmad Razif dalam isu pembangunan negeri.

3.Melakukan lawatan ke Pejabat Perdana Menteri dalam mengukuhkan hubungan kerajaan negeri dengan kerajaan persekutuan.

4.Suasana Dewan Undangan Negeri Terengganu bertukar menjadi tenang dan perbincangan yang matang, tidak seperti Dewan Rakyat.

5.Menjemput Tun Daim Zainuddin ke program Bicara Darul Iman bersama pegawai kerajaan negeri Terengganu.

6.Pendekatan politik penyelesaian dan solusi bukannya politik tunding jari pada kerajaan lama.

7.Menunaikan 12 daripada 20 manifesto yang telah dijanjikan dalam PRU-14 dalam tahun 2019.

8.Pemberian lot tanah kediaman terutamanya kepada rakyat golongan terkilan tahun 1999-2004.

9.Menyelesaikan masalah geran hak milik tanah di Tanah Rancangan Felcra Mukim Jenagor setelah hampir 20 tahun.

10.Membina jalan sepanjang 1.5 kilometer di Kampung Jebak Puyuh setelah penantian hampir 40 tahun.

11.Air percuma 20 meterpadu kepada rakyat yang layak.

12.Bantuan Lesen Motorsikal Terengganu Sejahtera kepada 25,000 anak muda yang berusia 16-40 tahun.

13.Mewujudkan Sekolah Rendah Islam Darul Iman (SRIDI) di enam DUN sebagai permulaan bagi tahun pertama.

14.Biasiswa Khas kecemerlangan untuk anak Terengganu sebanyak RM 6.5 juta

15.Pinjaman pendidikan untuk menampung kos yuran pengajian sebanyak RM 10 juta.

16.Memperuntukkan sebanyak RM 600 ribu biasiswa untuk Sijil Association of Chartered Certified Accountants (ACCA).

17.Mewujudkan Tabung Ushawa Sejahtera (TUGAS) sebanyak RM 15 juta untuk membantu para usahawan.

18.Pengecualian cukai pintu untuk rakyat Terengganu.

19.Membentangkan Bajet 2019 yang berimbang.

20.Menyelesaikan masalah perumahan Stengga, Kuala Berang yang terbengkalai selama lebih 10 tahun dengan peruntukkan sebanyak RM 10 juta.

21.Mewujudkan program Madinah Ramadan sepanjang sebulan dalam bulan ramadan.

22.Mengadakan Perlancaran Pelan Induk Terengganu Sejahtera (PITAS 2030) sebagai masterplan pembangunan negeri.

23.Melakukan penstrukturan semua anak syarikat kerajaan negeri bagi menjimatkan perbelanjaan negeri.

24. Memajukan kembali aktiviti ekonomi berasaskan pertanian di tapak Rimbunan Kaseh, Rantau Abang dalam masa terdekat selepas dihentikan pada April 2017.

25.Memulakan operasi Paya Bunga Hotel setelah 2 tahun tertangguh.

26.Meletakkan dasar pasir silika tidak dieksport secara mentah tapi dibangunkan industri hiliran untuk meningkatkan pendapatan negeri.

27.Memperkenalkan Kad Sejahtera untuk setiap keluarga miskin.

28.Memperkenalkan rawatan wad kelas ketiga percuma dihospital kerajaan.

29.Memperuntukkan RM 1.5 juta untuk mewujudkan nurseri di pejabat kerajaan negeri.

30.Mendapat penajaan biasiswa penuh pengajian untuk 100 orang anak Terengganu dari Kerajaan Arab Saudi.

31.Penubuhan Pusat Pembangunan Sumber Manusia Negeri Terengganu atau 'Terengganu Human Resource Development Center' (THRDC) bagi menangani masalah penggangguran di negeri Terengganu ..

32.Menaiktaraf Pusat Internet Akses Rakyat (PINTAR) disetiap DUN.

33.Mengadakan program Walimatul Urus Perdana secara percuma di setiap daerah.

34.Membuat perlantikan ADUN Wanita dalam Dewan Undangan Negeri Terengganu sebagai wakil kepada suara wanita.

35.Meneruskan projek Drawbridge dan juga Menara Darul Iman dengan melakukan penjimatan antara RM 30 - 40 juta.

36.Rumah Mampu Milik dijual dengan kadar RM 68,000 berbanding harga pasaran RM 120,000.

37.Menyediakan peruntukan untuk penganjuran Sukan Terengganu (SUTERA) pada tahun 2019 iaitu sukan patuh syariah.

38.Menjadi Juara SUKMA 2018 di Perak.

39.Menjadikan Bulan Rejab sebagai Bulan Penghayatan Ibadah Solat.

40.Menetapkan hari Jumaat adalah hari ilmu dan hari Sabtu adalah hari keluarga.

41.Wakil Rakyat Terengganu menandatangan Ikrar Bebas Rasuah (IBR) dibawah SPRM sebagai komitmen meningkatkan integriti.

42.Meluluskan satu ekar tanah untuk rumah mayat masyarakat Cina di Kemaman.

43.Mewujudkan Skim Bantuan Modal Tani untuk bantu petani dalam bidang pertanian.

44.Kerajaan Negeri telah mewartakan 30,000 hektar hutan sebagai Taman Negeri Kenyir.

45.Menandatangani MoU dengan Universiti Al-Azhar bagi tujuan penubuhan Pusat Bahasa (Markaz Lughah) di Terengganu.

(Ahmad Fahmi Bin Mokhtar)

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo