Rayuan Sumbangan Pembinaan Kompleks Pendidikan Islam Pulau Pinang


Cadangan pembinaan Kompleks Pendidikan Islam Pongsu Seribu, Pulau Pinang (KomTar P1000) adalah manifestasi kepada keperluan semasa PAS P.Pinang serta masyarakat Islam terhadap sebuah kompleks yang dapat memenuhi aspirasi pendidikan Islam di negeri ini.

Projek yang bernilai RM 15 juta bakal menjadi satu lagi kebanggaan PAS meneraju kebangkitan ummah di wilayah utara khususnya di negeri Pulau Pinang bagi menggantikan bangunan lama yang sudah uzur serta tidak dapat lagi menampung kehadiran masyarakat ke program-program ilmiah yang dianjurkan.

Kewujudan kompleks ini dijangka akan dapat merancakkan lagi gerak kerja PAS merancang pelbagai bentuk program pendidikan agar masyarakat mendapat kefahaman Islam sebenar sebagaimana yang dituntut.

Bangunan tiga tingkat tersebut akan menempatkan kawasan meletak kenderaan, dewan terbuka serta surau di aras satu. Sementara aras dua menempatkan dewan serba guna yang luas, bilik kelas serta bilik seminar dan di aras tiga pula adalah bilik tetamu, bilik pejabat, dan bilik seminar.

Sumbangan untuk KomTarP1000 boleh disalurkan melalui akaun Bank Islam 07043011031303 atas nama KOMPLEKS PAS PULAU PINANG. Untuk keterangan lanjut mengenai sumbangan dan pembangunan KomTarP1000 boleh hubungi talian 04-5755584,atau WhatsApp 01156355848.

Orang ramai juga dijemput untuk like dan share seluasnya page fb Kompleks Pendidikan Islam Pongsu Seribu, Pulau Pinang , bagi membantu pihak pengurusan KomTarP1000 menjayakan pembangunan kompleks ini dalam masa terdekat.

Firman Allah SWT:
“Apa yang di sisimu akan lenyap, dan apa yang ada di sisi Allah adalah kekal. Dan sesungguhnya Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang sabar dengan pahala yang lebih baik daripada apa yang mereka kerjakan”. (Surah An Nahl ayat 96)

Kompleks Pendidikan Islam Pongsu Seribu,
13200 Kepala Batas, Seberang Perai Utara, P.Pinang.
Labels:
Reactions:

Post a Comment

[blogger]

1Mediaonline

{facebook#facebook.com/1mediaonline} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget