"PSR: Tidak 'Telus', Tapi Bakal 'Tembus'?"


1. Kedegilan kerajaan negeri untuk tetap meneruskan projek Tambakan Selatan Pulau Pinang (PSR) semakin dicurigai dan diragui ekoran kegagalan memenuhi banyak perkara melibatkan aspek telus dan mampu. Termasuk tidak memberi penjelasan memuaskan bukan sahaja kepada media, malah juga di Persidangan Dun baru-baru ini.

2. Ketua Menteri, Chow Kon Yeow seolah-olah 'membaca skrip balik tabir', manakala Timbalan Ketua Menteri, Dr P Ramasamy terus dengan sikap emosinya yang dilihat seakan melenting. Ketika sama, publisiti umum untuk semakan awam menilai Kajian Impak Alam Sekitar (EIA); diadakan pada waktu 'sempit' yang merumitkan untuk diberi maklum balas.

3. Projek Tambakan Selatan Pulau Pinang dibantah awam kerana risiko dan kesan negatif besar berbanding manfaat bakal dibawanya. Ia perlukan kos sangat tinggi bagi setiap komponen projek, antaranya kos tambakan iaitu melebihi RM80 perkaki persegi. Ini jauh terlalu mahal berganda dari kos tambakan di Melaka dan Johor.

4. Pan Island Link 1 (PIL 1) pula bakal menjadi projek lebuh raya termahal di Malaysia hampir mencapai RM500 juta perkilometer berbanding Lebuh Raya KIDEX cuma RM161 juta. Dengan kos selenggara melebihi RM65 juta setahun, kewangan negeri mustahil dapat menjayakan ianya bebas tol. Apakah sekali lagi penduduk Pulau Pinang bakal ditipu DAP?

5. Begitu juga projek Transit Aliran Ringan (LRT) Bayan Lepas memerlukan modal hingga RM9 bilion dan kos operasi pula RM170 juta setahun. Malah, jangkaan 42 juta pengguna setahun atau bersamaan 116,000 sehari; jauh lebih tinggi dari LRT Ampang - Sri Petaling yang paling sibuk di mana selepas 19 tahun baru mencapai 61 juta pengguna.

6. Sedarkah juga, jangkaan diletak itu sebenarnya membayangkan aliran trafik sangat tinggi di dalam pulau? Seluruh segmen Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang (PTMP) akan sia-sia kerana tidak menjadi penyelesaian masalah. Sebaliknya pula, bakal 'meninggikan' lagi tekanan kepada penduduk berdepan kesesakan lalu lintas.

7. Kemampanan kewangan juga dipertikai kerana perbelanjaan dengan hasil berada pada aliran tunai dan garis masa yang tidak sepadan. Ini kerana kos untuk pembinaan adalah segera, sedangkan hasil jualan yang amat mahal itu adalah jangka panjang. Jika hasil kurang, pasaran hartanah pasti terjejas teruk akibat berlaku lambakan.

8. Malah, pinjaman awal RM1 bilion yang dipohon daripada Kerajaan Pusat tidak memadai bagi memulakan fasa pertama bernilai RM17 bilion. Bagaimana jika pinjaman itu tidak diluluskan oleh Kerajaan Pusat? Ironinya, permohonan itu sudah menunjukkan bahawa wujud ketidakmampuan kewangan pihak-pihak terlibat.

9. Lebih jelik kerana ia sering diumum akan 'dibiayai sendiri' Konsortium SRS selaku pemaju. Paling nyata akibat daripada PSR; penduduk miskin bakal 'terusir' dan alam sekitar akan musnah, ditambah isu kelulusan dan kepentingan. Apakah, liabiliti yang ada menunjukkan projek tiga komponen ini sebenarnya tidak 'telus', tapi 'tembus'?

"Islam Memimpin"

YB USTAZ MOHD YUSNI MAT PIAH
Ketua Penerangan
Badan Perhubungan PAS Negeri Pulau Pinang
ADUN Penaga

- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -
MEDIA STATEMENT
PENANG STATE PAS LIAISON BODY
May 15, 2019 | Ramadan 10, 1440

"PSR: NOT 'TRANSPARENT', BUT 'TRANSLUCENT'?"

1. The state government's determination to go ahead with the Penang South Reclamation (PSR) project is increasingly suspicious and doubful due to the failure to fulfill many criteria related to transparent and competency. Including not giving satisfactory explanation not only to the media, but also at the recent State Assembly.

2. Chief Minister, Chow Kon Yeow seems to be reading out a script prepared 'behind-the-scenes', while Deputy Chief Minister, Dr P Ramasamy continues to bounce back and forth with his emotional stance. At the same time, the constrained time frame for conducting general publicity for the public review of the Environmental Impact Assessment (EIA) which makes it difficult to give feedback.

3. The public object to the PSR because of the great risks and negative impacts compared to the benefits it brings. It needs a very high cost for each component of the project, including the cost of the reclamation which is more than RM80 per square foot. This is more than twice the price the costs of reclamation in Melaka. It is also more expensive than reclamation in Johor.

4. Pan Island Link 1 (PIL 1) will be the most expensive highway project in Malaysia at almost RM500 million per kilometer. A few years ago, the KIDEX Highway was cancelled because it was potentially most expensive highway in Malaysia at RM161 million. With the cost of maintaining is more than RM65 million a year, the state's finances are impossible to make it toll free. Will Penang residents be deceived by the DAP again?

5. Similarly, the Bayan Lepas LRT (Light Rail Transit) project requires a capital of up to RM9 billion and operating costs of RM170 million per year, if not more. As has been argued in the newspapers, the ridership forecast is highly inflated. Expectations of 42 million users a year or equivalent to 116,000 a day. Whereas Ampang's LRT – the busiest in Kuala Lumpur – has just reached 61 million users after 19 years.

6. Is the projection of a very high traffic flow on the island accurate? The entire Penang Transport Masterplan (PTMP) segment will be a waste of resources because it will not solve the problem. On the other hand, it will exacerbate the pressure on the residents to face traffic jams.

7. Financial sustainability is also disputed as expenditure with revenue is in cash flow and timelines are inconsistent. This is because the cost for construction is immediate, whereas the most expensive sales revenue is long term. If the yield is less, the real estate market would have been badly affected as a result of property overhang.

8. In fact, the initial RM1 billion loan applied from the federal government is not enough to start the first phase of RM17 billion. What if the loan was not approved by the Central Government? Ironically, the application has shown that the financial incompetency of the parties involved.

9. It's even worse than that as it is often announced to be 'self-funded' SRS Consortium as a developer. Most visible as a result of PSR; the poor will be evicted and the environment will be destroyed, plus issues of approval and vested interests. What the existing liabilities indicate is that these three component projects are actually not 'transparent', but 'translucent'?

"Islam Leads"

YB USTAZ MOHD YUSNI MAT PIAH
Information Chief
Penang PAS's Liaison Body
Penaga Assemblyman
Labels:
Reactions:

Post a Comment

[blogger]

1Mediaonline

{facebook#facebook.com/1mediaonline} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget