NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PRK Sandakan: 32% keluar mengundi sehingga 12 tengah hari


SANDAKAN: Peratusan yang keluar mengundi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Sandakan sehingga 12 tengah hari tadi adalah 32 peratus setelah kesemua 19 pusat mengundi dengan 90 saluran dibuka pada 7.30 pagi tadi.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Azhar Azizan Harun dan Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Omar Mammah antara yang meninjau proses pengundian di beberapa pusat mengundi seperti Sekolah Menengah Yu Yuan dan Sekolah Kebangsaan Sri Tanjung Papat 1 dan 2.

Calon-calon yang mengundi pagi tadi ialah calon DAP Vivian Wong Shir Yee, calon Bebas Chia Siew Yung dan calon Bebas Sulaiman Abdul Samat.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo