Pengurusan Hal Ehwal Orang Islam : Usah Keliru dan Mengelirukan


oleh:Siti Zailah bt Mohd Yusoff
10 Ramadhan 1440H / 15 Mei 2019

1. Dewan Muslimat PAS Negeri Kelantan (DMPNK) menyokong penuh usaha JAHEAIK dalam mendidik masyarakat Islam Kelantan agar berpakaian sopan dan menutup aurat terutamanya pada bulan Ramadan yang mulia selaras dengan amanah yang dipertanggungjawabkan.http://www.thestar.com.my/news/nation/2019/05/14/sis-lambasts-kelantan-religious-dept-stop-obsessing-about-what-women-wear/

2.Justeru, atas autoriti dan tanggungjawab apakah SIS mempersoalkan tindakan JAHEAIK tersebut tanpa terlebih dahulu menyemak dan mendapat penjelasan pihak berautoriti. Malah, respon yang diberikan amatlah mengelirukan dan menyimpang daripada ajaran Islam sebenar. Kenyataan sebegini amatlah mendukacitakan kerana mendorong masyarakat kepada kefahaman Islam yang mengelirukan.

3. Dalam usaha mendidik masyarakat, pemberian notis kepada 39 wanita untuk menghadiri sesi kaunseling adalah merupakan antara salah satu cara yang paling berhemah dan ini menunjukkan Islam amat menjaga maruah wanita dengan cara mendidik, mendahului amaran apatah lagi denda atau kekerasan.

4.Kelantan komited utk menunaikan ajaran Islam dalam semua bidang dan semua masa. ‘Uniform’ Islam bukan terhad ketika menunaikan solat dan manasik haji dan umrah di Makkah sahaja, malah semua tempat. Adakah ini menyusahkan ? Adakah aurat wanita Islam itu perlu dijaga terhad ketika dalam solat, umrah dan haji semata-mata?

5.Di mana kelantangan SIS dalam isu hak wanita Islam yang bekerja untuk bertudung khususnya dalam bidang penerbangan? Di mana kelantangan SIS dalam memastikan wanita, keluarga dan anak-anak hidup dalam budaya hidup normal tanpa LGBT?

6.Lalu, pada bahagian manakah lagi SIS tidak berpuas hati? Apakah maksud kebebasan yang pihak SIS impikan? Apakah setelah masyarakat telah rosak dan punah, baru kita terpinga-pinga berfikir instrumen apakah yang perlu digunakan untuk mengatasinya. Seharusnya SIS memberikan galakan dan kerjasama dalam usaha mengembalikan masyarakat untuk mengamalkan cara hidup muslim yang sebenar selaras dengan ‘Idul Fitri yang bakal diraikan agar semua manusia kembali kepada fitrah.

Lalu, saya mahu bertanya, siapa SIS dalam urusan Islam & ummatnya di Malaysia?

Siti Zailah bt Mohd Yusoff ialah Ahli Parlimen Rantau Panjang merangka Ketua Dewan Muslimat PAS Kelantan
Labels:
Reactions:

Post a Comment

[blogger]

1Mediaonline

{facebook#facebook.com/1mediaonline} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget