NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Pelajar tajaan JPA terima pengiktirafan tertinggi Pennsylvania State University



PUTRAJAYA: Seorang pelajar tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) menerima pengiktirafan tertinggi dalam bidang kejuruteraan di Pennsylvania State University, Amerika Syarikat.

JPA dalam satu kenyataan hari ini, berkata Muhamad Saiful Hakimi Daud, 24, dari Sungai Petani, Kedah, dianugerahkan Marshal Kehormat Kejuruteraan College of Earth and Mineral Sciences’, di Pegula Ice Arena pada 3 Mei lalu.

“Beliau adalah pelajar Malaysia pertama yang dipilih untuk menerima anugerah itu dengan skor penuh Purata Nilai Gred Kumulatiff (PNGK) 4.0,”katanya.

JPA berkata wakil Pennsylvania State University memuji Muhamad Saiful Hakimi atas pencapaian akademiknya, serta kemahiran kepimpinan yang tinggi.

Muhamad Saiful Hakimi kini mengikuti Ijazah Sarjana Muda Sains dalam Petroleum and Natural Gas Engineering Minor in Energy Business and Finance di Pennsylvania State University. - BERNAMA

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo