PAS kerah ahli berhimpun di KL, Sabtu ini



BANGI, 24 Syaaban 1440H, Selasa – PAS mengerahkan semua ahli dan penyokong parti untuk hadir ke Program Himpunan Rakyat Pertahan Kedaulatan Islam dan Perlembagaan Negara di ibu negara, Sabtu ini.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, parti itu membuat ketetapan menyokong penuh himpunan yang dianjurkan oleh Gerakan Pembela Ummah (UMMAH), bagi menyatakan hasrat rakyat yang tidak selesa dan tergugat dengan tindakan pelbagai pihak terhadap kedaulatan Islam.

“Justeru, semua pimpinan dan ahli-ahli PAS negeri, Wilayah Persekutuan, kawasan, cawangan dan dewan-dewan (semua peringkat) diarahkan untuk turun beramai-ramai bagi menghadiri perhimpunan tersebut di samping menyeru, mengajak dan membawa semaksimum mungkin para penyokong PAS sebagai menzahirkan semangat dan kebersamaan kita dalam isu-isu berkenaan.

“Sila dengan segera edarkan arahan ini ke semua peringkat parti di bawah pentadbiran saudara/i bagi menjayakan himpunan penting ini,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Himpunan Rakyat Pertahan Kedaulatan Islam dijadual berlangsung di Masjid Jamek Kuala Lumpur dan di hadapan pusat membeli-belah Sogo pada Sabtu ini, bermula jam 1 tengah hari hingga 4 petang.

Ia diadakan bertujuan untuk membantah ancaman terhadap kedaulatan Islam di negara ini, termasuk beberapa isu yang cuba menggugat kedudukan Islam dan Perlembagaan antaranya Statut Rom, keadilan kematian anggota bomba, Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim, isu pendidikan dan desakan pemecatan Peguam Negara, Tommy Thomas.
Labels:
Reactions:

Post a Comment

[blogger]

1Mediaonline

{facebook#facebook.com/1mediaonline} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget