Najib, Kit Siang berdebat selepas Ramadan

MELAKA: Debat diantara bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan penasihat DAP, Lim Kit Siang dijangka diadakan selepas bulan Ramadan ini.



Bagaimanapun, tarikh, masa dan tempat perdebatan itu akan dibincangkan dalam tempoh terdekat.



Ujar bekas perdana menteri itu, beliau menerima cabaran untuk berdebat itu. 

Bagaimanapun platform yang bakal digunakan akan ditentukan kemudian.



Selain itu, tajuk dan syarat perdebatan itu juga akan diputuskan menerusi perbincangan khas bersama beberapa pihak pada Aidilfitri ini.



“Debat itu saya terima cabaran dia, insyaAllah kita akan tentukan tarikhnya. Saya minta lepas Ramadan. Takkan kita nak debat dalam Ramadan dan tarikh, tempat dan kaedahnya kita akan bincang.

"Tetapi perdebatan itu kita tetap akan adakan. Tajuk itu kita akan bincang dan kita akan tentukan tajuk yang sesuai.
," kata Najib.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Majlis Iftar Jamaie di kediaman Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Melaka, Datuk Seri Mohamad Ali Mohamad.



Hadir sama Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri, Datuk Seri Ab. Raof Yusoh.



Ini bukan kali pertama cabaran berdebat membabitkan kedua-dua seteru politik itu kerana cabaran itu sudah bermula pada Julai tahun lalu apabila Kit Siang mencabar Najib menyertai debat umum bertajuk Islam Bukan Keptokrasi.
Labels:
Reactions:

Post a Comment

[blogger]

1Mediaonline

{facebook#facebook.com/1mediaonline} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget