NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Maszlee bakal tunduk pada DAP?


GAMBAR pertemuan antara Menteri Pendidikan Maszlee Malik dan Ketua Pemuda DAP (DAPSY), Howard Lee mencetuskan 1001 tanda tanya.

Lebih menimbulkan persoalan, Maszlee memuatnaik gambar itu ketika isu matrikulasi hangat diperkatakan.

Tambah pelik lagi, gambar itu terpampang pada Facebook Maszlee kira-kira tiga hari selepas Bangsa DAPSY beri amaran kepada Menteri Pendidikan itu agar menarik balik kenyataannya yang mengaitkan isu kuota matrikulasi dengan kehendak majikan yang mengutamakan calon fasih bahasa Mandarin.

Lagi menghairankan, tiba-tiba hari ini Maszlee berkata pihaknya sedang meneliti cadangan yang dikemukakan Howard kepadanya berkaitan isu matrikulasi.

Lagi ajaib, Maszlee berkata cadangan itu telah diusulkan Howard dalam pertemuan yang berlangsung di pejabatnya di Putrajaya beberapa minggu lalu.

Adakah pertemuan itu mungkin berlaku sebelum atau selepas Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad berkata bahawa matrikulasi adalah pintu belakang bagi orang Melayu untuk ke universiti.

Atau mungkin berlaku selepas Tun Daim Zainuddin secara terbuka berkata mahu matrikulasi dihapuskan?

Atau adakah pertemuan itu berlaku selepas Maszlee diasak Bangsa DAP dan sekutunya kerana menyentuh isu syarat fasih berbahasa Mandarin?

Apa pun persoalannya, Maszlee seakan-akan mahu tunduk kepada kehendak DAP berhubung isu matrikulasi, antaranya mengenai cadangan untuk menggabungkan STPM dengan program matrikulasi sebagai sebahagian daripada langkah menyamakan kemasukan ke universiti.

Hebat benar Pemuda Bangsa DAP ini sehingga Maszlee sedia mendengar cadangan dari Howard.

Memang benar, sebagai warganegara kita bebas untuk bersuara memberi cadangan mengenai perkara yang bertujuan memberi penambahbaikan kepada pembangunan negara terutama sistem pendidikan.

Yang membangkitkan kemarahan ialah matrikulasi ini adalah berkait rapat dengan orang Melayu. Jadi kenapa DAP perlu sibuk hal ini?

Bukan mereka tidak tahu bahawa program ini merupakan simbolik kepada kontrak sosial yang termaktub dalam Perlembagaan negara.

Satu lagi persoalan kenapa wakil daripada DAP sahaja yang diterima Maszlee?

Sedangkan negara kita ini ada ketua-ketua pelajar daripada universiti tempatan atau luar negara.

Mahupun belia-belia cerdik pandai lain yang dirasakan lebih layak untuk bercakap soal matrikulasi.

Adakah Maszlee sudah tidak tahan ditekan DAP atau beliau sebenarnya ‘macai’ DAP?

Bagaimanapun, apa sahaja perihal perbincangan mereka diharap Maszlee tidak terlalu tunduk sangat dengan puak DAP.

Ingat, orang Melayu sudah tahu dengan wayang mainan Pakatan Harapan terutamanya Bangsa DAP. – NTHQiBord, 25 Mei 2019.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo