NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Lelaki diheret ke mahkamah atas tuduhan bakar kereta Mufti Perlis


Seorang peniaga pasar malam hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kangar atas pertuduhan membakar kereta rasmi milik kerajaan negeri yang digunakan oleh Mufti Negeri Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin.

Tertuduh, Mohd Azimar Abdul Razak Azimar, 36, dari Kampung Jelempok, Arau dituduh melakukan kesalahan itu dengan niat hendak merosakkan kenderaan jenis Honda Accord itu di kediaman mufti itu di Jalan Pesiaran Wawasan, Kangar bersama beberapa lagi rakannya pada kira-kira 5 pagi, 22 Mei lepas.

Dia didakwa mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan (KK) dan dibaca bersama Seksyen 34 KK yang membawa hukuman penjara maksimum 14 tahun dan denda jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Nurshuhada Mohd Yatim memohon mahkamah tidak menawarkan jaminan kerana kes itu melibatkan kepentingan awam selain kenderaan terbabit milik kerajaan negeri.

Beliau juga berkata dibimbangi tertuduh akan mengulangi perbuatannya selain bimbang keselamatan tertuduh kerana kes itu telah viral.

Peniaga itu yang diwakili peguam Najdah Romli dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), bagaimanapun memohon anak guamnya dilepaskan dengan jaminan kerana tertuduh mempunyai dua anak masing-masing berumur sembilan dan 11 tahun serta menanggung seorang kakak berumur 46 tahun yang mengalami strok.

Hakim Ainul Shahrin Mohamad membenarkan rayuan tertuduh dan membenarkan dia diikat jamin RM8,000 dengan seorang penjamin dan tertuduh juga perlu melapor diri kepada pegawai penyiasat kes pada setiap 1 hari bulan dan diberi amaran tidak mendekati mangsa, keluarga dan anggota keluarga terdekat mangsa.

Beliau kemudian menetapkan kes itu disebut semula pada 2 Julai depan.

Sementara itu polis masih memburu seorang lagi rakan tertuduh dikenali sebagai Mei Tomoi yang di percayai bersubahat dalam perbuatan itu manakala empat lagi rakannya masih dalam tahanan reman.

- Bernama

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo