NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Kit Siang bukan pengecut, tapi penipu bersiri, kata Najib



oleh: DATUK SERI NAJIB RAZAK

Saya dah bersedia. Anda bila?

Ini debat. Bukan gusti. Kenapa nak lari?

Saya amat kecewa bahawa pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang menggunakan "race card" atau alasan sentimen perkauman Melayu lawan Cina untuk mengelak dari berdebat.

Kenapa DAP sering mainkan isu perkauman?

Adakah ini satu pengakuan dari Kit Siang bahawa DAP adalah parti Cina?

Ini debat antara dua ahli parlimen. Tak ada kena-mengena dengan isu perkauman.

Jika ikut logik Kit Siang, tidakkah ia juga isu perkauman apabila Kit Siang mengeluarkan kenyataan akhbar setiap hari untuk menyerang saya?


Ratusan kenyataan akhbar dikeluarkan MenHEN (Menteri Hal Ehwal Najib, Lim Kit Siang) untuk serang saya.

Tak isu perkauman ke? Tak Cina lawan Melayu ke?

Kit Siang patut mengaku bahawa sebab utama Kit Siang tidak mahu berdepat ialah dia tahu dia tidak mampu untuk menjawab fakta-fakta yang saya akan dedahkan dalam debat itu.

Kerana ia akan sekali lagi membongkarkan Kit Siang dan kerajaan PH sebagai satu kerajaan pembohong.

Saya akan tanya, adakah Kit Siang mengaku bahawa wang yang disebut RM2.6 bilion itu sudahpun dipulangkan selepas 4 bulan berikutan PRU13.Ianya tidak disimpan oleh saya.

Dan ini sudah didedahkan dalam mahkamah bulan lepas.

Saya akan tanya, adakah Kit Siang mengaku bahawa terdapat banyak bayaran kepada saya adalah dari Kementerian Kewangan Arab Saudi sedangkan ia juga sudah didedahkan dalam mahkamah bulan lepas.

Saya akan tanya, adakah Kit Siang mengaku bahawa perjanjian penyelesaian IPIC dengan 1MDB ada klausa untuk IPIC membayar balik kepada 1MDB wang yang dikatakan hilang sebelum 30 Disember 2020 dan kenapa kerajaan PH tak meneruskan perjanjian ini.




Kit Siang juga akan ditanya kenapa kerajaan PH tak mahu dedahkan perjanjian itu untuk membuktikan saya membohong?

Saya akan tanya kenapa skandal forex BNM RM33.2 bilion (bernilai RM100 bilion dalam nilai wang hari ini) tidak membankrapkan negara walaupun satu aset atau satu ringgit tidak dapat dipulangkan tetapi pinjaman RM31 bilion 1MDB pula boleh membankrapkan negara walaupun 1MDB ada perjanjian penyelesaian, ada aset-aset bernilai RM140 bilion dan RM40 bilion yang kini digelar oleh PH sebagai aset terbaik negara.

Saya juga akan tanya jika Tony Pua telah berbohong bahawa kos projek ECRL hanya RM29 bilion sedangkan PH telah bersetuju dengan harga RM44 bilion.

Itupun selepas jajaran telah ditukar, jumlah jarak dan stesen telah dikurangkan untuk banyak mengurangkan kos sehingga ECRL tidak lagi sampai ke Kuala Lumpur.

Saya akan tanya Kit Siang jika ini adalah bukti bahawa PH sedang songlap RM15 bilion jika logik dan tuduhan Tony Pua adalah betul.

Saya akan tanya kenapa ekonomi kerajaan BN semasa saya PM yang dia gelar kleptrokat boleh membangunkan negara dengan begitu pesat sehingga pasaran saham capai tahap tertinggi dalam sejarah sebelum PRU14 dan adakah ia malu bahawa pasaran saham di bawah PH diberi gelaran paling corot dalam dunia.

Saya juga akan tanya kenapa Kit Siang yang dia mengaku diri sebagai berintegriti tidak rasa bersalah apabila kes rasuah anak dia yang sudah berlangsung dalam mahkamah digugurkan begitu sahaja sehingga pihak SPRM mengeluarkan kenyeataan rasmi bahawa mereka terkejut.

Dan saya akan tanya Kit Siang kenapa tidak ada kes rasuah terhadap anak atau pemimpin-pemimpin DAP sedangkan kertas siasatan SPRM tentang terowong yang terbongkar telahpun disahkan sebagai sahih oleh menteri di dalam Dewan Rakyat.

Saya juga akan tanya Kit Siang kenapa data BNM menunjukkan hutang negara sudah meningkat dengan kadar jauh lebih pantas di bawah kerajaan PH dan telah mencapai RM785.4 bilion hari ini berbanding RM686.8 bilion pada akhir tahun 2017 dan kenapa anak dia berbohong bahawa hutang sudah menurun.

Banyak lagi yang saya ingin tanya kepada Kit Siang.

Dan saya akan tunggu Kit Siang menjawab.

Tapi dia sudah lari.

Walaubagaimanapun, saya tidak akan menggelar Kit Siang sebagai pengecut.

Saya hanya akan menggelar beliau sebagai seorang penipu bersiri dan seorang yang tak jujur.

Lagi satu.

Selepas Kit Siang lari diri seperti ini, dia tidak ada hak lagi untuk mengeluarkan apa-apa kenyataan untuk menyerang saya.

DATUK SERI NAJIB RAZAK ialah bekas perdana menteri dan anggota parlimen Pekan.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo