Khalil puji Dr Mahathir tegas isu Palestin


KUALA TERENGGANU - Ketua Pemuda Pas, Muhammad Khalil Abdul Hadi memuji ketegasan kerajaan, khususnya Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung isu Palestin.

Menurutnya, Dr Mahathir konsisten dalam memperjuangkan isu umat Islam Palestin sejak dahulu sehingga sekarang dan mengharapkannya berterusan.

“Ini tidak diambil oleh sebahagian negara-negara Arab. Tapi Malaysia mengambil sikap yang konsisten dalam isu ini, khususnya pendirian PM sendiri. Ia disusuli dengan pemberian biasiswa kepada pelajar Palestin.

“Ia satu langkah positif yang saya harap akan berkekalan, bahkan dikembangkan lagi bagi membantu rakyat Palestin kerana ia isu umat Islam. Ia bukan isu orang Palestin sahaja,” katanya ketika ditemui pada Majlis Berbuka Puasa bersama Anak-Anak Yatim 2019 anjuran EPIC Berhad di Paya Bunga Hotel di sini, semalam.

Turut hadir, Ketua Pegawai Operasi Kumpulan EPIC Berhad, Mohd Shamsol Bahrin Mohd Kamil; Pengurus Besar Perancangan Korporat, Komunikasi, Pembangunan dan Projek Khas Kumpulan EPIC Berhad, Abdul Adzim Abdul Hamid dan Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Ahmad Amzad Hashim.

Pada majlis itu, seramai 133 pelajar tahfiz daripada Madrasah Tarbiyyah Islamiyah Darul Hijrah diraikan oleh anak syarikat milik kerajaan Terengganu itu.

Sementara itu, ditanya mengenai ada segelintir pihak yang tidak berpuas hati dengan pemberian biasiswa kepada rakyat Palestin itu, Khalil berkata, ia adalah satu perkara biasa memandangkan sukar untuk mencari satu persetujuan 100 peratus daripada semua pihak dalam apa-apa isu.

“Tapi yang paling penting, asasnya dalam isu Palestin, Malaysia konsisten dalam membela umat Islam Palestin,” katanya.

Sebelum ini, Dr Mahathir mengumumkan kerajaan bersetuju menawarkan biasiswa kepada pelajar Palestin bagi menyambung pengajian di 12 universiti terkemuka di negara ini.

Biasiswa berkenaan ditawarkan kepada pelajar terpilih melalui Pertubuhan Kebudayaan Palestin Malaysia (PCOM), membolehkan pelajar Palestin melanjutkan pengajian peringkat sarjana muda, ijazah, ijazah sarjana dan ijazah doktor falsafah.


Sumber : https://www.sinarharian.com.my/article/30168/BERITA/Nasional/Khalil-puji-Dr-Mahathir-tegas-isu-Palestin
Labels:
Reactions:

Post a Comment

[blogger]

1Mediaonline

{facebook#facebook.com/1mediaonline} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget