Keresahan Melayu Muslim Tidak Dapat Dinafikan


oleh: Dr Rozaimi Ramle

Heboh baru-baru ini isu penahanan seorang India Muslim yang bernama Zamri Vinoth kerana laporan polis yang dibuat oleh penganut Hindu.

Isu ini menjadikan masyarakat Melayu Muslim yang merupakan pengundi terbesar dalam negara ini berasa resah. Mungkin ada saja menteri yang berada dalam sindrom penafian dengan menafikan perkara itu. Tetapi kajian dan tinjauan badan bebas menunjukkan bahawa kerajaan PH sudah mula kehilangan sokongan. Popularitinya semakin menurun.

Jika ada usaha penambahbaikan terhadap institusi Islam dan Melayu dilakukan oleh PH pun ia seolah tidak sampai kepada masyarakat Melayu. Maka orang Melayu berhak merasa resah dengan kerajaan baru ini.

Saya merasakan menteri-menteri PH tidak wajar duduk di dalam zon selesa. Usaha penambahbaikan mesti dilakukan. Jika ada usaha yang telah terlaksana, agensi penyampai agenda kerajaan perlu diperkukuhkan.

Saya tidak boleh nafikan bahawa saya agak kagum dengan usaha kerajaan negeri Terengganu dan Menteri Besarnya. Penyampaian maklumatnya pantas melaporkan usaha kerajaan baru.

Politik sebahagiannya adalah persepsi.

Persepsi positif inilah yang dilihat gagal diurus dan dibentuk yang sepatutnya diterajui Menteri Komunikasi dan Multimedia. Namun walhasilnya adalah tidak seperti diharapkan untuk kerajaan semasa Pakatan Harapan.


Labels:
Reactions:

Post a Comment

[blogger]

1Mediaonline

{facebook#facebook.com/1mediaonline} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget