NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Isu Keselamatan Dan Perpaduan: Dr Maza Tidak Keseorangan


oleh: Dr Kamarul

Kasihan juga bila melihat Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd. Asri Zainul Abidin, berhadapan dengan kecaman bertalu-talu di media perdana dan media sosial oleh mereka yang dulu rapat dengan beliau kerana mendakwa umat Islam tidak selamat di bawah PH.

Hari ini beliau mencabar supaya dibuat kaji selidik mengenainya: “Boleh buat kaji selidik, banyak netizen sokong apa saya kata termasuk daripada penyokong PH sendiri. Dalam isu ini, saya rasa beliau (Tun Dr Mahathir) tidak boleh menang dengan saya.”

Dengan beraninya Datuk Dr Mohd. Asri mendakwa: “Semua orang Islam dapat merasai keresahan itu. Negara ini telah 60 tahun dalam keadaan harmoni walaupun ada beberapa isu berhubung perkauman namun situasinya tidak segetir sekarang.”

Membaca cabaran dan dakwaan beliau, saya segera teringat kepada kata-kata yang membawa maksud sama tetapi dalam nada yang lebih keras yang disuarakan oleh salah seorang panelis Forum Malaysia & Statut Rome di Universiti Malaya pada 27 April lalu.

Kata Asheeq Ali:
(1) “Kerajaan hari ini gagal memastikan keamanan negara terjaga” (“The government of today has failed to make sure the peace of our country is be taken care of”).
(2) “Perpaduan negara sekarang jauh lebih teruk berbanding sebelum 9 Mei (2018), perpaduan rakyat pada 9 Mei (2018) hari ini tiada lagi” (“The unity of our country is now far worse than what was were before the 9 of May, the unity of the people on the 9 of May is today no longer here”).
(3) “Saya mahu kerajaan bertanggungjawab ke atas perkara ini, saya mahu Menteri Perpaduan bertanggungjawab, sila letak jawatan, Mr Senator Waytha Moorthy” (“I want the government to be accountable for this, I want the Minister of Unity to be accountable, please resign from your post, Mr Senator Waytha Moorthy”).

Dakwaan bahawa kerajaan hari ini gagal memastikan keamanan negara terjaga, dan perpaduan rakyat hari ini tiada lagi, yang dibuat di hadapan Peguam Negara, adalah dakwaan serius yang lebih keras berbanding apa yang disuarakan oleh Datuk Dr Mohd. Asri.

Malangnya selaran keras Asheeq Ali ini, termasuk gesaan beliau supaya Menteri Perpaduan meletakkan jawatan, tidak ditonjolkan oleh media yang lebih berminat dengan kutukan ke atas ahli-ahli akademik yang membuat pembentangan kepada Raja-Raja Melayu.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo