NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Isu Dr Maszlee: 15 Bidasan Terbaik Pemimpin Bersatu


oleh: Dr. Kamarul

(1) Dr Muhammad Faiz Na'aman, Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi BERSATU Malaysia, 21 Mei 2019: “Ada Melayu takut DAP lebih dari takut Tuhan. Jika DAP mengada, kita tegur lah. Apa susah? Kita tetap pihak majoriti dalam Malaysia.”

(2) Muzzammil Ismail, Ahli EXCO ARMADA BERSATU Malaysia, 20 Mei 2019: “Mendesak dan menggesa agar kuota dihapuskan adalah kerja gila dan tidak berasaskan Perlembagaan. Tema Malaysia Baru tidak hanya berkait rapat dengan kesamarataan, iaitu penghapusan kuota terhadap kaum.”

(3) Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, Ketua ARMADA BERSATU Malaysia merangkap Menteri Belia dan Sukan, 22 Mei 2019: “‘Tembak-menembak’ ini tidak patut berlaku, walaupun kritikan yang membina memang perlu tetapi kalau sudah sampai ke tahap ini ia tidak lagi masuk akal.”

(4) Mohd Hafez Mubin Salleh, Ketua ARMADA BERSATU Perak, 21 Mei 2019: “Selaku pemimpin-pemimpin kepada kerajaan negeri yang telah diberi dua penggal kepercayaan oleh rakyat, sepatutnya Datuk Teng Chang Khim dan Dr P Ramasamy tidaklah bodoh untuk memilih perkataan beradab untuk menyuarakan pendapat terutamanya pada rakan seangkatan, tidaklah pula bodoh untuk mendapatkan maklumat terperinci atau pencerahan berhubung sesuatu kenyataan menteri daripada pihak berkaitan.”

(5) Dr Muhammad Faiz Na'aman, Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi BERSATU Malaysia, 23 Mei 2019: “Sudah tentu bagi manusia yang waras, komuniti yang lebih besar populasinya perlu diberi lebih ruang kerana peratusan mereka yang memerlukan bantuan dari komuniti tersebut adalah jauh lebih besar dari komuniti minoriti itu tadi.”

(6) Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof, Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi BERSATU Malaysia merangkap Menteri Pembangunan Usahawan, 19 Mei 2019: “Yang mengkritik Dr Maszlee kena belajar, faham sejarah dan dinasihatkan janganlah menunjukkan diri sebagai pembangkang dalam kerajaan... Kenapa pemimpin-pemimpin dalam kerajaan perlu menyerang dasar kerajaan secara terbuka seolah-olah menampakkan tidak mahu sehaluan dengan kerajaan yang baru ditubuhkan?”

(7) Abu Bakar Yahya, Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi BERSATU Malaysia merangkap Setiausaha Politik Perdana Menteri, 22 Mei 2019: “Jangan jadikan isu ini untuk meraih sokongan politik dengan mengapi-apikan sentimen perkauman, hormatilah Perlembagaan Persekutuan, kontrak sosial serta prinsip keadilan sosial.”

(8) Dr Muhammad Faiz Na'aman, Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi BERSATU Malaysia, 20 Mei 2019: “Jangan sampai ada pungutan suara peringkat nasional untuk tutup sekolah vernakular ke Majlis Raja-Raja. A tit for tat response.”

(9) Muzzammil Ismail, Ahli EXCO ARMADA BERSATU Malaysia, 20 Mei 2019: “Jika mahu bicara soal keadilan, jangan cabar keterbukaan yang diberi. Jika tidak, bubarkan sekolah vernakular baru kita bincang tentang kuota matrikulasi.”

(10) Dr Muhammad Faiz Na'aman, Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi BERSATU Malaysia, 20 Mei 2019: “Jika MCA, GERAKAN & DAP boleh senada pertahan agenda mereka bersama kenapa tidak kami BERSATU, UMNO, PAS & AMANAH? Simple logic.”

(11) Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, Ketua ARMADA BERSATU Malaysia merangkap Menteri Belia dan Sukan, 22 Mei 2019: “Kalau Pemuda Sosialis DAP tak bersetuju boleh tanya menteri-menteri mereka yang juga berada dalam jemaah menteri.”

(12) Shameer Sulaiman, Ketua ARMADA BERSATU Pulau Pinang, 20 Mei 2019: “Isu kuota Bumiputera untuk kemasukan ke matrikulasi telah diputuskan oleh mesyuarat jemaah menteri yang turut dianggotai oleh YB Lim Guan Eng dan beberapa pimpinan DAP yang lain dan perkara ini tidak perlu dipertikaikan lagi.”

(13) Shameer Sulaiman, Ketua ARMADA BERSATU Pulau Pinang, 20 Mei 2019: “Sekali lagi ARMADA turut mengingatkan supaya Dr Ramasamy seharusnya diam dan lebih proaktif kepada pembangunan/perancangan dalam pemerkasaan pendidikan di Pulau Pinang.”

(14) Datuk Seri Rina Mohd Harun, Ketua Srikandi BERSATU Malaysia merangkap Menteri Pembangunan Luar Bandar, 19 Mei 2019: “Sebagai menteri, mesti Dr Maszlee tahu apa yang terjadi. Dalam kementeriannya, sudah pasti apabila dia hendak keluarkan kenyataan itu, dia sudah ada data untuk menyokong fakta yang dikeluarkan.”

15) Dr Maszlee Malik, Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi BERSATU Malaysia merangkap Menteri Pendidikan, 23 Mei 2019: “Saya percaya, menjadi rakyat Malaysia yang baik dan menghayati Rukun Negara ini tidak akan menjadikan kita mudah menggelar dan mencela orang sesuka hati meskipun kita tidak bersetuju dengan pendapatnya.”

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo