Inkues Adib: Mahkamah tolak permohonan peguam tangguh prosiding



SHAH ALAM - [DIKEMASKINI] Mahkamah Koroner menolak permohonan peguam Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) untuk menangguhkan prosiding inkues kematian anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim.
Koroner Rofiah Mohamad membuat keputusan itu selepas mendengar hujahan pihak-pihak berkepentingan hari ini.

Dalam keputusannya, Rofiah berkata, mahkamah tidak berhasrat untuk memanjangkan inkues ini sehinggalah rayuan berhubung bantahan mengenai saksi ke-24 dipanggil semula diputuskan oleh Mahkamah Rayuan.

"Justeru, saya akan meneruskan inkues ini pada Jumaat ini dengan memanggil semula saksi ke-24," katanya.

Pada 30 April lalu, Mahkamah Tinggi mengenepikan keputusan Mahkamah Koroner pada 23 April yang menolak permohonan pasukan pengendali inkues untuk memanggil semula saksi ke-24 iaitu Pakar Bedah Forensik, Hospital Kuala Lumpur, Dr Ahmad Hafizam Hasmi bagi memberi keterangan.

Terdahulu, peguam KPKT, Syazlin Mansor berhujah, pihaknya tidak berniat untuk menangguhkan prosiding kerana mengambil kira faktor pasukan pengendali yang terlebih dahulu membuat penangguhan kerana membuat rayuan di Mahkamah Tinggi.

"Sehubungan itu, saya memohon agar membenarkan prosiding di Mahkamah Rayuan didengari terlebih dahulu," ujarnya.

Pegawai Pengendali, Faten Hadni Khairuddin bagaimanapun membantah permohonan itu atas alasan permohonan penangguhan lanjutan perlu dipohon di mahkamah tinggi.

"Permohonan itu tidak dibuat oleh pihak peguam malahan mahkamah tinggi juga mengarahkan kes didengar pada 10 Mei," jelasnya.

Sementara itu, Syazlin memberitahu Sinar Harian bahawa pihaknya telah memfailkan permohonan rayuan di Mahkamah Rayuan pada Jumaat lepas.

"Bagaimanapun belum ada sebarang tarikh pendengaran ditetapkan," katanya.

Prosiding perbicaraan inkuiri itu memasuki hari ke-31 dengan 29 saksi tampil memberi keterangan.

Muhammad Adib, 24, cedera parah dalam rusuhan Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya pada 27 November tahun lalu dan meninggal dunia pada 17 Disember lalu di Institut Jantung Negara selepas 21 hari dirawat.


Sumber: https://www.sinarharian.com.my/article/26926/KHAS/Inkues-Adib/Mahkamah-tolak-permohonan-peguam-tangguh-prosiding
Labels:
Reactions:

Post a Comment

[blogger]

1Mediaonline

{facebook#facebook.com/1mediaonline} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget