NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Hadi kata Anwar berlakon, ucapan berubah ikut majlis


Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, lakonan Anwar berubah-ubah mengikut keadaan dan ia jelas dilihat berdasarkan majlis-majlis yang dihadiri sebelum ini dengan ada di antaranya yang menimbulkan kontroversi termasuk membabitkan babak menari – Foto MSN

“Itu gambaran dan rakyat melihat. Di tempat orang Islam dia begitu manakala di majlis sambutan Deepavali, cara Deepavali dan sambutan Hari Krismas, cara Krismas.

“Saya tak perlu komenlah, cukuplah dengan apa yang dia (Anwar) lakonkan itu,” katanya

Semalam, Anwar meluahkan hasrat ingin dikenali sebagai pemimpin negara yang memiliki keyakinan teguh terhadap Islam apabila memegang jawatan sebagai Perdana Menteri kelak di samping mahu menjadi pemimpin yang sangat prihatin terhadap orang bukan Islam.

Anwar berkata “Saya mahu insya-Allah jika diberi ruang untuk mentadbir negara ini, tadbir sebagai tokoh yang jelas pendirian dan keyakinan dalam Islam.


“Tetapi dikenali sebagai seorang yang sangat prihatin dan mengasihani kawan-kawan kita baik dalam kalangan bukan Islam seperti Kristian, Hindu kerana mereka juga warga kita yang setia,” katanya ketika berucap.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo