51 mangsa banjir kilat Pulau Pinang dipindahkan


 BUTTERWORTH, 4 Ramadan 1440H, Khamis – Hujan lebat di beberapa kawasan di Pulau Pinang sejak malam tadi telah menyebabkan berlakunya banjir kilat sehingga 51 orang penduduk di Sungai Dua berlindung di pusat pemindahan sementara.

Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar Pulau Pinang Phee Boon Poh berkata, mangsa banjir yang terdiri daripada 27 orang dewasa termasuk; dua warga emas, 23 kanak-kanak dan seorang bayi itu dipindahkan ke Dewan Muhibbah, Sungai Dua di sini jam 5.30 pagi.



"Sehingga pagi ini, kawasan yang dilanda banjir ialah Flat Mak Mandin, Kampung Lahar Ikan Mati, Kampung Setol, Kampung Merbau Kudung, Kampung Sungai Lokan dan Kampung Chegar. Semua mangsa terbabit telah dipindahkan ke Dewan Muhibbah," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, pihaknya telah mengambil langkah segera sebagai penyelesaian jangka pendek dengan menjalankan kerja pembersihan dan penyelenggaraan serta memastikan tiada halangan ke atas sistem saliran sedia ada.

"Selain itu, kami juga akan melaksanakan pembaikan segera ke atas semua struktur yang telah rosak di kawasan kejadian," katanya.

Sementara itu, Phee berkata di bahagian pulau pula, beberapa buah rumah di Teluk Kumbar dan Balik Pulau turut dilaporkan telah dinaiki air melebihi paras buku lali.

Katanya, antara kawasan yang terbait ialah Flat Sri Indah, Kampung Pulau Betong, Permatang Tengah dan Kampung Sulup.


"Beberapa kejadian pokok tumbang juga dilaporkan berlaku sejak petang semalam hingga awal pagi ini, antara di Jalan Paya Terubong menuju ke Relau dan ke Air Itam," katanya.

Selain itu, banjir kilat dan hujan lebat itu juga telah menyebabkan kesesakan teruk di jalan-jalan utama termasuk, di atas Jambatan Pulau Pinang menghala kedua-dua arah dan di Lebuh Raya Jelutong.

Kenyataan yang dikeluarkan Jabatan Meteorologi semalam, hujan yang berlaku sejak Isnin lalu di Pulau Pinang dijangka berterusan sepanjang hari ini. – Bernama
Reactions:

Post a Comment

[blogger]

1Mediaonline

{facebook#facebook.com/1mediaonline} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget