1 Tahun Kerajaan Pakatan Harapan : Ke Mana Halatujunya?


Oleh: Muhammad Khalil Abdul Hadi

Sudah genap setahun PH jadi Kerajaan. Daripada ramai yang menyokong PH ketika PRU yang lalu hingga mencatatkan peratusan sokongan paling tinggi sejak PH di tubuhkan, terbaru, peratusan sokongan terhadap PH berada di tahap yang paling rendah sekali selepas PRU 14 membuktikan ramai yang telah berpatah arang dengan PH.

Mengapa majoriti yang menyokong PH ketika PRU 14 yang lalu telah berpaling tadah dengan tidak menyokong PH malah mengkritik teruk Kerajaan PH dan polisi – polisi mereka ? Ini kerana selepas setahun PH menjadi Kerajaan, ramai rakyat merasakan bahawa langsung tiada perubahan yang berlaku seperti yang di janjikan PH seperti sebelum PRU 14.

GST yang di potretkan PH sebelum PRU 14 sebagai punca utama harga dan kos barangan termasuk perkhidmatan meningkat, walau setelah di hapus GST oleh Kerajaan PH, ia tetap gagal menurunkan kesemua yang di janjikan.

PH memperkenalkan semula SST dengan retorik bahawa harga dan kos barangan termasuk perkhidmatan akan turun selepas di laksanakan SST, harga majoriti barangan keperluan dan kos barangan tetap tidak turun malah ada banyak yang meningkat dengan cukup drastik.

Ringgit jatuh teruk dan keadaan ekonomi tidak menentu selepas PH menjadi Kerajaan. Kerajaan seperti tiada haluan dalam menguruskan ekonomi negara. Harga komoditi utama negara seperti sawit dan getah turun dengan cukup drastik hingga menjejaskan kehidupan peneroka dan pekebun kecil.

Ketiadaan pelan jangka pendek mahupun panjang yang berkesan dalam menangani kelembapan ekonomi negara walaupun setelah di bentangkan belanjawan 2019 untuk merancakkan semula ekonomi membuktikan Kerajaan terutamanya Menteri Kewangan gagal dalam menguruskan ekonomi dengan berkesan.

Halatuju politik PH juga di lihat kucar kacir dan tidak konsisten oleh pemerhati politik tempatan mahupun antarabangsa. Walaupun telah bergelar Kerajaan, PH di lihat jelas tidak sependapat, kerap mengeluarkan kenyataan mahupun polisi yang tidak konsisten sesama mereka malah adakala sikap berpolitik secara berlebihan sesama mereka jelas memaparkan sebenarnya setiap parti di dalam PH mempunyai agenda masing – masing yang tidak selari dengan polisi mahupun manifesto mereka.

Lebih memburukkan keadaan, kebanyakkan polisi dan amalan Kerajaan BN dahulu yang di kritik hebat oleh PH di kekalkan atau U - Turn. PTPTN tidak di hapuskan seperti di janji, AES bukan sahaja di kekalkan malah di tambah dan banyak lagi jika mahu di sebut satu persatu.

Semenjak PH menjadi Kerajaan, majoriti orang Melayu Islam mula khuatir dengan sikap Kerajaan PH yang di lihat seperti tidak mempertahankan Islam, hak dan keistimewaan orang Melayu dan Bumiputra serta Raja – Raja Melayu. ICERD dan Statue Rome adalah contoh jelas bagaimana orang Melayu Islam bangkit menolak keputusan Kerajaan PH, malah Raja – Raja Melayu turut tidak bersetuju dengan tindakan Kerajaan.

Jelas apa yang boleh di lihat, PH gagal menjadi Kerajaan seperti yang di janjikan mereka sebelum PRU 14. Apa yang tercatat di manifesto PH dahulu hanya gula – gula kepada rakyat untuk mendapat undi. Jika PH sebuah Kerajaan yang berwibawa, mereka akan mampu melunaskan segala janji mereka namun mereka gagal.

Walaupun PH mempotretkan mereka mempunyai pakar dalam segala bidang, namun jika melihat keadaan sekarang samada ekonomi mahupun polisi, yang di potretkan sebagai pakar itu adalah pakar kegagalan dan langsung tidak layak di gelar pakar. Ternyata PH tiada halatuju dalam memerintah negara dan harapan hanya tinggal kenangan.

Cukuplah sekali kita tertipu, jangan biar pisang berbuah kali kedua.

Muhammad Khalil Abdul Hadi ialah Ketua Pemuda,Dewan Pemuda PAS Malaysia.
Labels:
Reactions:

Post a Comment

[blogger]

1Mediaonline

{facebook#facebook.com/1mediaonline} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget