UMMAH, PPIM lancar Kempen Beli Produk Muslim di seluruh negara




Oleh Ainul Illia Meor Suzurudin

KUALA LUMPUR, 26 Rejab 1440H, Selasa – Bagi meningkatkan ekonomi dan pendapatan umat Islam, Gerakan Pembela Ummah (UMMAH) dengan kerjasama Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) hari ini melancarkan Kempen Beli Produk Muslim di ibu negara.

Kempen bertujuan memberi galakan kepada ekonomi orang Islam selain mengetengahkan produk serta perkhidmatan halal seluruh negara.

Pengerusi UMMAH, Haji Aminuddin Yahaya berkata, sokongan daripada umat Islam sangat penting kerana masih banyak lagi produk muslim yang berada di pinggiran bandar.

"Banyak produk bergerak seperti 'hidup segan, mati tak mahu'. Itulah hakikatnya produk muslim. Dengan kempen ini kita berharap dapat membina jaringan.

"Kita bukan tolak produk orang lain. Tetapi kita nak beri keutamaan kepada produk orang Islam. Jangan fikir negatif kononnya asal Melayu sahaja tak bagus, asal Melayu sahaja tak baik.

"Mungkin ada sedikit kekurangan, dari segi pengedaran, kualiti, promosi. Namun akan dipertingkat dari semasa ke semasa," katanya.

Haji Aminuddin berkata, dalam dunia ini tidak pernah berlaku golongan majoriti kalah ekonominya dengan golongan minoriti.

Justeru, telah sampai masanya untuk kita memberi sokongan kepada produk muslim sendiri.

"Banyak produk muslim di pasaran, cuma yang kurang adalah sokongan daripada orang kita. Maka, kita berharap pelancaran kempen bersama PPIM hari ini, akan dapat digerakkan di seluruh Malaysia dengan jayanya," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis pelancaran Kempen Beli Produk Muslim, yang berlangsung di Megaview Banquet Deck, Menara Kuala Lumpur, hari ini.

Selain itu, Haji Aminuddin yang juga Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) menaruh harapan agar produk-produk muslim di negara ini suatu hari nanti akan menjadi ikon kepada Malaysia.

"Kita akan bina satu syarikat gergasi yang boleh disenaraikan di dalam Bursa Saham. Kita juga harap melalui kempen ini dapat memberi kesedaran kepada umat kita bahawa cukuplah untuk mengkayakan orang lain. Kita kena kayakan orang Islam pula.

"Saya yakin kita boleh buat. Walaupun orang kata orang Melayu ni lemah, malas. Itu semua doktrin yang tak betul. Kita hebat. Kita kena yakin kita boleh buat. Nasib kita adalah di tangan kita. Kita tak boleh nak harapkan orang lain tolong bangsa kita," katanya.

Sumber: https://www.ismaweb.net/2019/04/02/ummah-ppim-lancar-kempen-beli-produk-muslim-di-seluruh-negara/

Labels:
Reactions:

Post a Comment

[blogger]

1Mediaonline

{facebook#facebook.com/1mediaonline} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget