UEC: Rais bantah Peguam Negara

KUALA LUMPUR 1 April - Tindakan Peguam Negara, Tommy Thomas mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) didakwa dibuat ‘secara unilateral’ tanpa menunggu kementerian yang berkenaan iaitu Kementerian Pendidikan untuk siap berbincang dan tanpa merujuk kepada Kabinet untuk membuat keputusan.



Pengerusi Bersatu Negeri Sembilan, Tan Sri Dr. Rais Yatim berkata, Tommy sepatutnya memberi sedikit masa lagi kepada kerajaan untuk membuat pengumuman rasmi mengenai UEC sebelum keputusan terbaik dicapai.

“Dakwaan Peguam Negara terjebak dalam politik partisan menjadi lebih kuat bila Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching mengumumkan bagi pihaknya pengiktirafan ke atas UEC dalam bidang undang-undang.

“Beliau kini membuatkan kita ada dua saluran rasmi pendidikan. Dalam undang-undang anda iktiraf UEC, dalam sistem vernakular keputusan belum dibuat,” katanya di laman Facebook miliknya hari ini.

Tambah Rais, adalah lebih baik sekiranya Tommy mengeluarkan kenyataan tentang perkara itu dan tidak membenarkan Nie Ching mengeksploitasi kedudukannya.

“Pada masa ini, tidak terlalu kondusif bagi Peguam Negara untuk terpalit dalam kontroversi seperti ini.

“Tunggu kementerian yang berkenaan untuk menyelesaikan perbincangannya. Kemudian buat keputusan selepas berunding dengan Kabinet,” katanya dalam nota bantahan kepada Tommy yang dimuat naik dalam laman Facebook miliknya hari ini. - UTUSAN ONLINE

Sumber: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/uec-rais-bantah-peguam-negara-1.873948#ixzz5jqqG9bLr
Labels:
Reactions:

Post a Comment

[blogger]

1Mediaonline

{facebook#facebook.com/1mediaonline} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget