NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Trend PRK Semenyih Berterusan: Tok Mat dijangka menang selesa.


oleh: Arif Anwar

Pada minggu terakhir berkempen bagi Pilihanraya Kecil (PRK) N27 Rantau, Gerakan Pengundi Sedar (GPS) telah membuat satu kajian lapangan di kawasan DUN Rantau untuk mengetahui penerimaan rakyat terhadap calon-calon yang bertanding pada kali ini.

Dapatan ini kami temui menerusi kajian yang dilakukan secara tatap muka bermula pada 8-11 April 2019, kami telah menemui 408 responden di DUN Rantau meliputi semua segmen kaum, jantina dan umur pengundi serta lokaliti. Dengan menggunakan teknik persampelan rawak berstrata, ralat kajian adalah 5%.

DUN Rantau mempunyai 20,472 jumlah pengundi berdaftar. 54% atau 11,054 adalah Melayu, 27% atau 5,527 adalah India, 19% atau 3,889 adalah Cina dan 1% atau 204 lain-lain.

Calon Barisan Nasional iaitu Datuk Seri Mohamad Hasan (Tok Mat) mampu menang pada PRK pada kali ini, dengan jangkaan undi majoriti antara 3000 hingga 5000 undi.

Antara rumusan dari kajian ini ialah:

1. Pengundi Melayu memberi sokongan yang padu terhadap Tok Mat terutamanya pengundi muda (bawah 30 tahun) di mana 75% pengundi Melayu muda menyokong beliau.

2. Walaupun 66% responden dari pengundi Cina menyokong Dr Streram, namun mereka juga dilihat mengambil pendirian 'tunggu dan lihat' kerana masih buntu menilai prestasi pentadbiran kerajaan PH. Hal ini dapat disimpulkan kerana 55-64% responden cina menjawab 'tidak pasti' untuk soalan : ‘adakah anda berpuashati dengan prestasi kerajaan persekutuan'. Oleh itu, kami meramalkan bahawa peratusan keluar mengundi bagi masyarakat cina rendah. Malah, trend ini terbukti sejak PRK Semenyih lagi.

3.Baki 34% pengundi Cina yang menyatakan berpuashati dengan pentadbiran Tok Mat sebelum ini masih belum boleh menjamin kemenangan bergaya BN kerana secara keseluruhan hanya 47% pengundi Cina yang menyatakan kesediaan untuk keluar mengundi.

4. Pengundi India secara umumnya ramai yang cenderung untuk mengundi Dr Streram iaitu sebanyak 59%. Namun, jumlah pengundi India yang masih atas pagar juga adalah signifikan.

Kesimpulannya, Dr Streram dijangka sukar untuk menang PRK ini, malah majoriti Tok Mat bertambah banyak 3000-5000 undi kerana sokongan padu pengundi Melayu, dan kurang pengundi Cina turun mengundi. Trend pengundi Cina berterusan dari PRK Semenyih yang menyaksikan kaum mereka teragak-agak utk menilai sesuatu isu.

Trend PRK Semenyih sememangnya merebak ke PRK Rantau khususnya untuk pengundi Melayu & Cina, cuma pada PRK kali ini ia menunjukkan peningkatan trend pengundi Melayu kerana kerusi ini ditandingi 'giant leader’.

Apa yang akan membimbangkan PH adalah jika Tok Mat menang, ia menjadi satu petanda bahawa pengundi Melayu luar bandar menolak PH dan tidak terkesan dengan momokan kesatuan UMNO-PAS. Ini satu perkara yang harus difikirkan secara serius oleh PH menjelang PRU ke-15 nanti.

Arif Anwar ialah dari Gerakan Pengundi Sedar (GPS)
11 April 2019

Sumber: https://www.facebook.com/pengundisedar/photos/a.1717502435225313/1992806074361613/?type=3&theater

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo