NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Tidak wajar bukan Islam urus harta TH


KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Kuala Nerus, Dato' Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata tidak sewajarnya harta Tabung Haji (TH) milik umat Islam diberi tanggungjawab kepada orang bukan Islam untuk mengurus.

Katanya, dalam kaedah Islam perkara yang melibatkan orang Islam khususnya berkenaan institusi TH mesti diketuai oleh orang Islam.

Beliau mempersoalkan kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama), Datuk Seri Dr Mujahid Yusof yang menyatakan bahawa Prokhas Sdn. Bhd tidak mengurus aset dan harta TH, sebaliknya harta itu diuruskan oleh Syarikat tujuan khas (SPV), Urusharta Jamaah Sdn. Bhd yang mempunyai kuasa eksekutif.

"CEO (ketua pegawai eksekutif) besar kuasanya. Kalau menteri berkata bahawa Prokhas bukan hanya mengurus TH, juga mengurus yang lain, kenapa tidak diasingkan TH kerana ia melibatkan orang Islam?" soalnya ketika ditemui di lobi Parlimen, semalam.

Menurutnya yang memetik hadis bahawa "jangan ambil cahaya api daripada orang musyrik" yang membawa maksud jangan minta pandangan orang musyrik dalam perkara melibatkan orang Islam.

"TH milik orang Islam. Apa sahaja yang hendak dilakukan untuk TH tidak boleh melibatkan walau seorang bukan Islam. Apatah lagi melibatkan CEO Prokhas yang mempunyai tanggungjawab besar kepada pengurusan melibatkan TH.

"Sebab itu Prokhas tidak wajar diberikan tanggungjawab, kalau perlu SPV lantik satu lagi syarikat lain khusus untuk urus TH melibatkan orang Islam sahaja bukan diketuai bukan muslim.

Terdahulu, Dewan Rakyat kecoh apabila Menteri Agama 'diasak' dengan pelbagai persoalan daripada pihak pembangkang ekoran jawapan yang tidak jelas diberikannya berhubung aset dan harta TH yang diurus oleh Prokhas Sdn. Bhd diketuai orang bukan Islam ketika sesi penggulungan perbahasan usul menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong bagi kementeriannya di Dewan Rakyat. – HARAKAHDAILY 2/4/2019

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo