NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Terengganu Tunai Janji Manifesto Untuk Anak Muda


Oleh: Fidee Aziz

KUALA TERENGGANU, 16 April- Kerajaan Negeri terus menunaikan janji apabila melaksanakan salah satu daripada dua puluh manifesto PAS pada Pilihanraya Umum Ke-14 lalu iaitu pembahagian lesen motosikal secara percuma.

Lebih 25000 orang belia dan beliawanis yang berumur antara 16 hingga 40 tahun mendapat manfaat daripada Program Lesen Motosikal Terengganu Sejahtera (LMTS) yang digerakkan bagi meringankan bebanan keluarga.

Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kampung Kolam Kuala Ibai, Mohd Hamdi Abas berkata, program berkenaan berjalan lancar selepas PAS mengambil alih tampuk pimpinan daripada kerajaan terdahulu.
"Terima kasih kepada kerajaan negeri kerana telah melaksanakan manifesto yang diutarakan iaitu pembahagian lesen motor kepada golongan belia dengan jayanya.

"Satu anugerah yang tidak ternilai untuk belia kerana mereka dapat memiliki lesen motosikal tanpa sebarang bayaran apabila ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan negeri," ujarnya

Beliau berkata demikian kepada pemberita Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI) ketika ditemui pada program pembahagian baucer peringkat Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kampung Kolam di Pusat Khidmat Masyarakat Kolam Kuala Ibai, semalam.

Sumber: https://www.teganukita.net/2019/04/terengganu-tunai-janji-manifesto-untuk.html

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo