Tak mustahil DAP kalah di Sandakan



TAK MUSTAHIL DAP KALAH DI SANDAKAN
oleh: Dr Kamarul

Jika dilihat dari rekod PRU 2018, memang benar DAP menang besar di P186 Sandakan bila Stephen Wong Tien Fatt mengalahkan Lim Ming Hoo dari BN dengan majoriti 10,098 undi.

Begitupun, perlu diingat bahawa kemenangan besar DAP di P186 Sandakan ini bukanlah sangat disebabkan oleh kekuatan DAP tetapi dibantu oleh gelombang besar seluruh negara.

Cerminan lebih tepat kepada pengaruh DAP di P186 Sandakan adalah dalam PRU 2013 bila Stephen Wong Tien Fatt mengalahkan Liew Vui Keong dari BN dengan majoriti 1,088 undi sahaja.

Memang benar DAP, melalui Fung Ket Wing pernah menang di P123/P140 Sandakan dalam PRU 1978, 1982 dan 1986, tetapi majoritinya hanyalah 2,639, 3,416 dan 5,767 undi sahaja.

Antara PRU 1990 dan PRU 2008, pemenang di P140/P161/P186 Sandakan adalah pihak lain, iaitu:
(1) Lai Lun Tzee dari PBS yang menang dengan majoriti 868 undi dalam PRU 1990.
(2) Lau Ngan Siew dari BN yang menang dengan majoriti 3,074 undi dalam PRU 1995.
(3) Lau Ngan Siew dari BN yang menang dengan majoriti 4,368 undi dalam PRU 1999.
(4) Chong Hon Min dari BEBAS yang menang dengan majoriti 1,330 undi dalam PRU 2004.
(5) Liew Vui Keong dari BN yang menang dengan majoriti 176 undi dalam PRU 2008.

Oleh itu, berdasarkan kepada volatility yang ada dalam corak pengundian di P186 Sandakan, dan perubahan semasa, tidak mustahil DAP boleh kalah dalam PRK pada 11 Mei 2009 ini.

Apa lagi bila, mengikut data PRU 2018, Bumiputera Islam membentuk 43.9% dari seluruh pengundi berbanding 49.29% Cina, 5.71% Bumiputera Bukan Islam dan 1.09% Lain-Lain.
Reactions:

Post a Comment

[blogger]

1Mediaonline

{facebook#facebook.com/1mediaonline} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget