Tabung Haji: Hibah Atau Hiba?


oleh: Shahir Adnan 

1. Dewan Pemuda IKATAN Malaysia mengamati situasi terkini umat Islam di Malaysia yang rata-ratanya meluahkan perasaan sedih dan hiba dengan pengumuman Tabung Haji. Terbaru, pengumuman hibah sebanyak 1.25% itu adalah hibah paling rendah yang dicatatkan dalam sejarah penubuhan Tabung Haji itu sendiri.

2. Ada juga pihak yang memberikan alasan nombor satu kenapa hibah itu rendah: Salah kerajaan terdahulu dan salah Najib Razak. Dewan Pemuda IKATAN Malaysia mewakili seluruh rakyat Malaysia, menggesa kerajaan Pakatan Harapan dan Menteri-Menteri agar berhenti menunding jari kepada kerajaan terdahulu.

3. Faktanya, bagaimanakah salah kerajaan terdahulu jika hutang negara pada waktu Barisan Nasional memerintah adalah sekitar RM686 billion. Kini setelah hampir setahun kerajaan Pakatan Harapan memerintah negara, hutang negara melonjak tinggi kepada RM740 billion. Hibah rendah adalah kerana kegagalan kerajaan Pakatan Harapan dalam mentadbir urus ekonomi Malaysia.

4. Pada zaman sebelum wujudnya Lembaga Tabung Haji, tiada institusi kewangan Islam untuk umat Islam Malaysia mengumpul wang bagi menanggung kos perbelanjaan menunaikan haji. Kerajaan memberikan hibah yang melebihi faedah yang diberikan oleh perbankan konvensional sebagai hadiah kepada penyimpan di Tabung Haji. Hibah 1.25% amat kecil jika dibandingkan dengan pulangan di Amanah Saham sekitar 6.00% – 7.00% dan akaun simpanan tetap di bank sekitar 3.50%.


5. Diharapkan institusi Tabung Haji terus gah di persada antarabangsa dan terus mendapat sokongan rakyat Malaysia. Rakyat Malaysia beragama Islam harus terus bertahan dengan kerenah Kerajaan Pakatan Harapan.

Demi Bangsa Malaysia!

Shahir Adnan ialah Ketua Pemuda Parti IKATAN Bangsa Malaysia
Reactions:

Post a Comment

[blogger]

1Mediaonline

{facebook#facebook.com/1mediaonline} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget